Oleh Izzah Abbasy
Isteri kepada pelawak Along Cham yang juga merupakan penyanyi dan bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim keempat Zila Seeron mengesahkan sudah tidak bersefahaman bersama suaminya itu. Zila turut mengakui tidak lagi tinggal sebumbung bersama suaminya sejak beberapa bulan yang lalu. Zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron, 28, berkata, sudah empat bulan mereka tidak tinggal bersama dan kini sedang berdepan proses mahkamah difailkan Along membabitkan kes nusyuz. "Saya pelik apabila dia failkan saman kononnya saya nusyuz. Sedangkan saya dihalau keluar rumah pada 25 Mac lalu. “Ketika itu, saya keluar bersama anak kami (Ahmad Danial). Tetapi selepas seminggu, dia ambil anak untuk bercuti ke Legoland dan selepas itu saya tidak dibenarkan bertemu Danial lagi," katanya. Bagaimanapun menurut Zila, dia tetap akan mendapatkan hak penjagaan anak walaupun ia berpihak kepada Along buat masa sekarang. Tambah Zila lagi, masalah dalam rumah tangga mereka berpunca daripada sikap Along atau Muhammad Nizamudin Ahmad, 34, yang sering mencari salahnya tanpa alasan kukuh. "Tiada apa lagi yang ingin saya katakan. Saya telah mencuba untuk menjadi isteri dan ibu yang terbaik selama enam tahun ini, tetapi di mata dia saya tidak pernah sempurna," katanya sayu.
|
18
Bagus |
15
Marah |
20
Terkejut |
18
Sedih |
10
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prizadane replied at 29-7-2016 08:09 AM
Aku tak pernah minat or suka along ni. Tak kelakar langsung n selalu bajet dia banyak punchline.
...
PuanSufi replied at 29-7-2016 12:11 AM
kannn..pastu feeling mcm best mcm bagus..bila dlm MLM xabis2 dgn sleng cina apek dia..tah pape..
...
d_dalia replied at 29-7-2016 08:09 AM
next?? isteri pelawak mana pulak tidak sebumbung nanti?
PuanSufi replied at 29-7-2016 08:11 AM
kannn..pastu feeling mcm best mcm bagus..bila dlm MLM xabis2 dgn sleng cina apek dia..tah pape..
...
prizadane replied at 29-7-2016 08:18 AM
Memang spesis hidung tinggi tu. Dengan azrul cham tu pun pernah gaduh kan? Padahal azrul tu bersep ...
ADVERTISEMENT