Oleh : Dean BZ
WASHINGTON: Komander Pusat Arahan Utama Amerika Syarikat (AS), Jeneral Joseph Votel, semalam menafikan dakwaan terbabit dalam cubaan rampasan gagal di Turki. "Sebarang laporan yang mengatakan saya terbabit dalam cubaan rampasan gagal di Turki adalah jelas tidak benar. "Turki menjadi rakan luar biasa dan penting di rantau ini selama beberapa tahun. Kami menghargai kerjasama berterusan Turki dan perkongsian akan datang dalam perjuangan menentang ISIL (militan IS)," katanya dalam satu kenyataan. Terdahulu, antara individu berprofil tinggi yang diberkas termasuk komander Pangkalan Udara Incirlik, Jeneral Bekir Ercan Van, pembantu tentera presiden Kolonel Ali Yazici dan bekas komander tentera udara, Akin Ozturk.
Siasatan awal mendapati wujud kaitan antara ketiga-tiga mereka dengan ilmuwan Islam Turki, Fettulah Gulen yang dikatakan dalang cubaan rampasan kuasa. Pemberontakan itu merupakan "perbuatan khianat", dan mereka yang bertanggungjawab akan membayar harga yang tinggi, kata Presiden Tayyip Erdogan. - CARI Sumber - REUTERS/BeritaHarian |
18
Bagus |
16
Marah |
16
Terkejut |
19
Sedih |
13
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT