CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

SKMM : Wanita Dikenali 'Ratu Naga' Dikesan Hina PM, Isteri & Sultan Pahang

3-8-2016 10:03 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 8820| Komen: 26

Oleh Izzah Abbasy

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya  mengesan seorang wanita menggunakan profil Facebook 'Ratu Naga' untuk memuat naik gambar bersifat jelik dan berunsur menghina melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut menjadi sasaran ialah isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, menurut kenyataan SKMM pada Selasa.

Ratu Naga, atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah, memberitahu Malaysiakini, seramai 14 orang menggeledah rumahnya pagi tadi susulan laporan polis padanya.

 Syarul Ema Rena Abu Samah kini sarat hamil


Beberapa peralatan komunikasi seperti telefon bimbit dan kad SIM dirampas bagi membantu siasatan.

"Rakaman percakapan dengan suspek juga telah diambil," kata kenyataan itu.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau hukuman penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber : Bernama & MalaysiaKini

34

Bagus
29

Marah
28

Terkejut
23

Sedih
30

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (161 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EJALTI 3-8-2016 09:06 AM
Sarat mengandung, 'Naga' tidur dibangunkan penguat kuasa

http://www.malaysiakini.com/news/350883

Alyaa Alhadjri      2 Ogs 2016, 10:54 malam      2 Ogs 2016, 11:13 malam

Tidur nyenyak 'Ratu Naga' hari ini dikejutkan dengan kunjungan Bukit Aman dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Semuanya gara-gara penyiaran bahan di media sosial yang didakwa mengandungi fitnah terhadap Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Ratu Naga, atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah, memberitahu Malaysiakini, seramai 14 orang menggeledah rumahnya pagi tadi susulan laporan polis padanya.

“Waktu itu kira-kira 10.30 pagi dan saya masih tidur. Bukan saja sebab saya tidur lambat, tetapi saya sarat mengandung jadi perlu banyak rehat.

“Mereka ketuk pintu rumah saya dan serbu rumah saya macam saya pengganas,” kata perunding pembinaan itu.

Beliau berkata keretanya juga diperiksa pasukan penguat kuasa.

Syarul Ema berkata pasukan itu beredar selepas beberapa jam dan mengarahkan beliau hadir pada jam 3 petang di ibu pejabat SKMM di Putrajaya untuk soal siasat.

Pembantu Rosmah, Rizal Mansor semalam berkata laporan polis dibuat terhadap pihak yang memuat naik gambar “fitnah” manipulasi sudut kamera yang membuatkan Rosmah kelihatan bersandar di dada sultan Pahang.

Gambar itu diambil dalam sambutan hari raya puasa di Pekan pada Sabtu.
Quote EJALTI 3-8-2016 09:09 AM
Ratu naga



Quote insulin 3-8-2016 09:09 AM
Sibuknya selongkar FB orang lain. Dah nak meniru Erdogan ke nih?
Quote altimi 3-8-2016 09:10 AM
[youtube]oh2OKOYxnRA[/youtube]
Quote SuRiaGreeNz 3-8-2016 09:10 AM
nasib ko la naga.. dulu ko fitnah TGNA xkena tindakan apa2 pon.. skrg ko rasa la
Quote oppol 3-8-2016 09:15 AM
Sihat badan beliau.
Tentu banyak makan daging.
Quote nour2001 3-8-2016 09:32 AM

Minah ni bukanke keybod warrior bulu wave? Dah tukar arah ke?
Quote rosasa 3-8-2016 09:38 AM
sama ke sheols dengan ratu perang tu?

mohon baby sheols taklah kenan muka kak ros
Quote C4ssandr4 3-8-2016 11:33 AM
Eleh nk menganjing kak mah sket pun xbleh. Xde sense of humor la depa ni haha. Trgelak sbb aksi dia ala2 manje tu je puiii
Quote zach2008 3-8-2016 11:40 AM
Bukan nak sokong kak mah atau sapa2... dah berani buat tu, tanggung je la.
Rasanya dah umur2 mcm ni, tau mana baik atau buruk
Quote Sandal 3-8-2016 11:52 AM
SuRiaGreeNz replied at 3-8-2016 09:10 AM
nasib ko la naga.. dulu ko fitnah TGNA xkena tindakan apa2 pon.. skrg ko rasa la

haah, padan muka ratu badak celaka.

Dulu tak abis2 fitnah Nik Aziz, pasal tanah la, balak la. Orang cabar suh report sprm tak brani.
Nasib baik Nik Aziz jenis yang pemaaf tak ambik kisah ngan orang gila cam ratu badak ni, kalau tak dah lama masuk kandang.

Kali ni nasib ratu badak ni dah out, silap ari bulan main2 ngan "Ratu no1Msia"  
Padan muka, amik kau
Quote SuRiaGreeNz 3-8-2016 12:25 PM
nour2001 replied at 3-8-2016 09:32 AM
Minah ni bukanke keybod warrior bulu wave? Dah tukar arah ke?

dia kan pengikut setia tun madey.. boss dia beralih arah, dia follow la..ada yg kata dia admin page 'saya sayang tun dr mahatdir' kt fb..




Quote arffa 3-8-2016 12:31 PM
naga betul perangainya
Quote kucing_gebu 3-8-2016 12:42 PM
Edited by kucing_gebu at 3-8-2016 12:44 PM

aku dah agak dah....mmg naga ni ada post sesuatu yg sensitif....kalau takat kata comel, manja...bukan satu kesalahan....ni sah2 sebar gambar fitnah...agak2 la nk fitnah sandar kt sultan pun, suami dia duk ada dekat.....baik sandar kt suami sendiri....
tau pun diri tu sarat ngandung, kontrol2 la perangai tu...jgn sok2 perangai buruk tu lekat kt anak...haaaaa......
Quote ~boolean 3-8-2016 12:49 PM
Kalau dah gemuk, muka tak cantik tapi hati baik... orang tetap sayang...

tapi ini dah lah gemuk, muka hodoh, hati memang sah busuk sampai sanggup memfitnah orang..
mendapatlah kau cash di dunia, dan mungkin di akhirat...

kalau berani sebar fitnah,
berani lah juga tanggung akibatnya
Quote tri-max 3-8-2016 01:28 PM
sembah ratu?
eauwwwww, kak get a life la kak. stop play victim.
org kata kalau suka ckap kotor, hati pon sama kotor
takdenyer istilah, "akak mulut jer puaka tp hati baik" puiii sgt
hati tu punca cakap mcm 2 kak, fitnah segala

semoga baby akak sihat...
Quote lyza2474 3-8-2016 03:47 PM
dah lah tak lawa.. perangai burukkkkk ..
Quote teha86 3-8-2016 03:53 PM
Ngerinya muka kak mah
Quote lvsg8 3-8-2016 04:23 PM
apa nih sampai 14 orang pi geledah rumah...takde kerja lain nak buat....yg 1mdb tu taknak pi siasat...hell la pdrm ni...

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.047812 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top