CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Daddy, Why Is She Wearing That (Tudung)?' Kagum Jawapan Mat Salleh Ini Kepada Anaknya

5-8-2016 06:05 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 12135| Komen: 28

Oleh Izzah Abbasy

Sekiranya anak-anak sering bertanya mengenai hal-hal sensitif seperti agama dan perkauman yang menimbulkan perasaan ingin tahu mereka, apakah yang anda akan lakukan?

Kebanyakan ibu bapa buntu apabila anak-anak mereka bertanyakan soalan seumpama itu malah ada juga yang menjawab sekadar melepas batuk di tangga dengan jawapan 'Biarlah dia', 'Jangan sibuk hal orang', 'Jangan tiru macam dia' dan lain-lain.

Jika anda menjawab dengan jawapan sebegitu, ia secara tidak langsung akan meninggalkan impak negatif dalam diri anak anda kerana soalan yang ditanya mereka itu seolah-olah satu benda yang negatif walhal ia cuma satu pertanyaan.

Namun, Seorang wartawan wanita muslimah di Washington DC, Noor WazWaz, menceritakan pengalamannya terdengar perbualan seorang bapa dengan dua anak perempuannya di sebuah restoran di sana. Secara tiba-tiba, salah seorang daripada anaknya itu bertanyakan soalan yang sensitif dan jawapannya membuatkan WazWaz tersentuh.

'Daddy, Why Is She Wearing That (Tudung)?' Kagum Jawapan Mat Salleh Ini Kepada Anaknya


Ikuti kisah yang dikongsikan oleh Noor WazWaz ini.


'Daddy, Why Is She Wearing That (Tudung)?' Kagum Jawapan Mat Salleh Ini Kepada Anaknya

"Saya sedang menikmati makanan di sebuah restoran dan ada seorang ayah duduk bersama dua anak perempuannya. Saya terdengar perbualan mereka. Anak-anaknya itu suka mengajukan soalan. Saya tertarik dengan perasaan ingin tahu mereka.

"Salah seorang dari anak lelaki itu bertanya 'Ayah, kenapa dia benda itu (tudung)?'. Ayahnya menjawab dengan satu jawapan yang membuat hati saya tersentuh.

"Dia berkata : 'Dalam dunia ni ada banyak agama, budaya dan bahasa. Kita perlu belajar tentang mereka semua'

"Dia kemudian meneruskan perbualan dengan berkongsi pengalamannya ketika dia tinggal di luar negara dan belajar bercakap bahasa Spanish.

"Apa yang saya dengar itu mengingatkan saya dengan satu kajian Harvard yang berkata : 'Kanak-kanak yang didedahkan dengan kepelbagaian kaum dilihat lebih cenderung untuk menerima perkara itu seawal umur 3 tahun, atau dalam masa beberapa hari sahaja.

"Pengajaran kisah ini : Ini caranya anda mengajar tentang kasih sayang, penerimaan, memahami antara satu sama lain dan respek. Ia bermula pada umur yang muda. Kanak-kanak dengar dan meniru cara dan pandangan ibu bapa mereka. Anda adalah role-model mereka."

Kisah yang disampaikan oleh WazWaz itu mendapat lebih 35,000 perkongsian di seluruh negara setelah dimuat naik di Facebook.

15

Bagus
11

Marah
11

Terkejut
11

Sedih
15

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (70 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote misscendol 5-8-2016 06:17 PM
Mat salleh ni kadang2 kalau bagus mmg bagus sgt. Tp kalau dpt yg xbgos mmg xbagus. Untung anak ni dpt ayah cmni
Quote Cloudfly 5-8-2016 07:11 PM
Semmg nye pendidikan awl bmula dr parents tu sendiri..normally a gd parents will produce gd child. .
Quote Zaien 5-8-2016 07:43 PM
baguslah bapak dia jawab cmtu.. ada sesetengah bg jwpan negatif saje macam menakut2kan budak2 dari kecik kan..
Quote skinsandstars 5-8-2016 08:39 PM
Dengan ada nya bapak gini, mungkin anak2 perempuannya takkan jadi white trash.
Quote jsondakh 5-8-2016 08:59 PM
Wawasan luas mat salleh nih
Quote abangbikerz 5-8-2016 09:03 PM
Kalau dh drpd kecik dah diajar yg org kapir masuk neraka. Yahudi bangsa dilaknat. Akhir zaman kita berperang dgn yahudi. Hanya agama kita paling tinggi dan terbaik.

Boleh tau le kan apa generasi tu akan jadi.
So nk blame followers ke atau agama?

Quote Emperor95 5-8-2016 09:41 PM
Jawapan yang baik..
Quote asyura_85 6-8-2016 06:55 AM
Mat salih yang educated mmg akan train anak2 derang camni..yang racist tu biasa yang dodgy2 takde pelajar kerjanya asik nak kutuk islam nye.. kalau kau dok area pedalaman maybe la ada yang racist2..kot dok london ni biasa ramai dh boleh terima islam
Quote kekkeladi 6-8-2016 10:42 AM
Hmm..bdk2 umur antra 3 hingga 5 tahun mmg mcm ni. Soalan2 diorg mmg akan memeningkan kepala n x kira masa n tempat. Ank aku pun same. Pernah je dia tnya kat aku nape org tu hitam?  Ms tu kt mall. Salesman tu org india.. adoii..depan3 org tu lak dia tnya.. tp nasib baik org nya pandai, mesra layan bdk2.. kikikiii
Quote missinpiece 6-8-2016 11:10 AM
Org Malaysia, anak kecik2 lagi diajar berpolitik. Student I penah tanya dalam kelas, "Cikgu, Najib tu korup kan? Ayah saya ckp Najib tu korup. Pak Lah x buat kerja. Kenapa bla bla bla.." I mcm . Upsr pn x lepas lagi, ada hati nk bincang masalah negara. Berat sebelah pulak tu . I bkn pro pembangkang
Quote mrsLucky 6-8-2016 12:55 PM
Okay ler budak tu tanya soalan gitu...anak buah i tanya direct kat pakcik bermata juling depan ramai orang.."kenapa bijik mata kamu terbalik" mak i duduk sebelah dier terkedu...
Quote cmf_premierleag 6-8-2016 08:30 PM
Alahaiiiii gigihnya nak snap gambo pastu viral kan
Nmpk sgt batak like dan viral
Zizik....org nak makan pun dah takde privacy skang ni
Stakat nk cite psl tudung bagai...takyah la snap dan upload gambo org lain
Quote huehue 6-8-2016 09:08 PM
mrsLucky replied at 6-8-2016 01:55 PM
Okay ler budak tu tanya soalan gitu...anak buah i tanya direct kat pakcik bermata juling depan ramai ...

budak-budak memang tanya direct takde cover dah hahaha. Mesti pakcik tu turut terkedu
Quote MekArchana 6-8-2016 09:39 PM
Bagus bapaknya.
Quote Artemesiaa 7-8-2016 12:24 AM
Bagus jawapan si bapa.  Kanak2 kalau sedari kecil tak diajar membenci orang lain tampa mengira bangsa atau agama selalunya bila besar nanti tak akan ada masaalah dalam pergaulan dan tahu menyesuaikan diri walau dimana berada
Quote gigahertz 7-8-2016 06:58 AM
mrsLucky replied at 6-8-2016 04:55 AM
Okay ler budak tu tanya soalan gitu...anak buah i tanya direct kat pakcik bermata juling depan ramai ...

Kau bayangkan masa raya tu hari. Gi spital kat jb. Ada adik secara aku umo 5 tahun la. Kat spital tu ada la akak atendant tu tgh tolak trolli. Straight foward

"kenapa muka akak tu ada misai"

Dah la aku ngan akak tu nak masuk lif.
Quote Super-M 7-8-2016 09:49 AM
Sama konsep mcm kau nak ajar anak.'eh ayah mak akak tu pakai seksi tak pakai tudung lah' mak bapak jawab..'aa.adik jgn mcmtu nanti masuk neraka'..

Pls ajar anak adab jgn suka menilai org,kang anak kecik2 dah pandai kafirkan org,jd tukang timbang dosa pahala org.
Quote mrsLucky 7-8-2016 01:15 PM
gigahertz replied at 7-8-2016 06:58 AM
Kau bayangkan masa raya tu hari. Gi spital kat jb. Ada adik secara aku umo 5 tahun la. Kat spital  ...

    so funny...adoi....i donno kalau dalam situasi tuh..nak gelak salah sebab kasihan pula kat akak tu..tapi lucu yang amat..
Quote qemon 7-8-2016 02:22 PM
mrsLucky replied at 6-8-2016 12:55 PM
Okay ler budak tu tanya soalan gitu...anak buah i tanya direct kat pakcik bermata juling depan ramai ...

Hehehehe tula kan. Budak2 kecik jujur dan penuh sifat ingin tahu. Which is good sbb sel2 otak diorang berhubung hehehe , cuma kita yg besar ni sentap sikit kalau dorang jujur sgt    yg penting cara kita jawab soalan dorang  

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.057710 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top