oleh Adib ZA Berbeza dengan kebanyakan penyanyi dari negara ini yang gemar terikut-ikut dengan penggunaan bahasa Indonesia bila berkunjung ke negara itu, Mas Idayu lebih senang menggunakan bahasa Malaysia di sana. Malah, ciri itu jugalah yang menjadikan kehadirannya sebagai juri dalam program D'Academy Asia disukai oleh penonton, juga pihak stesen televisyen Indosiar sendiri. "Alhamdulillah, cara saya menggunakan bahasa Malaysia ketika menjadi juri di program D'Academy Asia dan D'Academy Celebrity disukai oleh penonton dan termasuk pihak stesen televisyen Indosiar. "Malah, saya menegur peserta-paserta dari Malaysia agar tidak terikut-ikut untuk bercakap bahasa Indonesia. Pihak Indosiar sendiri setuju agar saya terus menggunakan bahasa Malaysia kerana ia dapat membezakan antara Malaysia dan Indonesia," katanya kepada Mstar Online. "Saya bersyukur apabila diterima dengan mudah di Indonesia dan kini mempunyai kelompok peminat sendiri. Pengikut laman sosial saya juga sudah meningkat ke 800,000 di Instagram. "Pihak Indosiar juga membuat sebuah lagu dangdut berjudul Nafsu untuk saya dan ia akan dilancarkan tidak lama lagi," terangnya lagi. - CARI Sumber: Mstar Online |
9
Bagus |
12
Marah |
13
Terkejut |
7
Sedih |
15
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
scrocth replied at 13-8-2016 04:57 PM
Tgk konsert HMI mummy ngn kaklyn last week, wow mmg mantap lah vokal heshe. nyny lagu nike ardilla l ...
sepitsiput replied at 13-8-2016 05:26 PM
Top 3 Lagu Dangdut oleh Retis Malaysia 2016
1. Pencuri Hati- AydaJebat
Galang_Anarki replied at 13-8-2016 06:00 PM
Mas Idayu di Indonesia terkenal cuma pas D'Academy Asia doang. Sekarang? Nggak usah tanya, sekarang ...
Bolabulat replied at 13-8-2016 06:10 PM
Mas idayu lagi jadi guru vokal perfomance di akademi fantasia tu tak pernah ke indo lagi sekarang. ...
ALDRIN replied at 13-8-2016 06:26 PM
ntah kenape iols rasa Mami akan kawen artis muda Indon...sooner or later...theyols kan jenis x kisah ...
kucen_miang replied at 13-8-2016 05:35 PM
Bior btul tajuk lagu nomot 3 tu.nak cili azwana ke?
enchikfitz replied at 13-8-2016 06:40 PM
Dah tu, si Jiwa nak campak mana?
#TeamGomolAyuDiSofa
ADVERTISEMENT