CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerana Gemuk, 8 Penyampai TV Mesir Digantung Kerja

18-8-2016 01:38 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5110| Komen: 11


Oleh : Dean BZ


Kegemukan atau juga dikenali dengan obesiti merupakan suatu masalah yang cukup merisaukan khususnya di kalangan remaja.

Buat personaliti TV wanita khususnya, kegemukan menjadi permasalahan yang cukup membimbangkan kerana sebagai personaliti yang berdepan dengan masyarakat umum amatlah dituntut memiliki tubuh yang ramping dan cantik untuk menarik lebih ramai penonton.

Menyedari hal itu, Kesatuan Radio dan Televisyen Mesir (ERTU) memberi masa sebulan kepada lapan penyampai wanita untuk menurunkan berat badan sebelum boleh membuat kemunculan semula di kaca televisyen dengan "penampilan lebih sesuai". 

Tindakan stesen penyiar Mesir itu mengarahkan penyampai wanita terbabit mengamalkan diet selama sebulan membangkitkan kemarahan kumpulan hak wanita. ERTU mempunyai pengarah wanita, Safaa Hegazy yang juga bekas penyampai berita televisyen. Pengumuman itu mencetuskan kemarahan dalam kalangan penyampai wanita terbabit. 


Hos Channel 2, Khadija Khattab, memberitahu akhbar beliau mahu orang ramai melihat penampilannya di televisyen dan menilai sendiri sama ada beliau 'gemuk' dan sama ada layak dihalang bertugas. Seorang lagi penyampai berkata, keadaan itu mengecewakan keluarganya dan sepatutnya ditangani secara tertutup. Pusat Garis Panduan dan Kesedaran Perundangan Wanita mengutuk langkah itu, berkata ia melanggar Perlembagaan dan adalah bentuk keganasan terhadap wanita. 

Walaupun berhadapan kritikan, sumber ERTU memberitahu laman web berita Veto, keputusan itu tidak akan ditarik balik tetapi gaji dan faedah kumpulan penyampai wanita berkenaan tidak akan dipotong, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC). Pengulas media Mesir membahaskan sama ada penggantungan itu wajar. Wartawan akhbar Al-Ahram, Fatma al-Sharawi, berkata dasar itu perlu dilaksanakan di semua stesen televisyen tempatan. 

Namun penulis dan ahli akademik, Waheed Abdul Majid, berasa saluran itu perlu memberi tumpuan kepada memperbaiki kandungan, bukan penampilan penyampai. Di media sosial, sebahagian pengguna meluahkan sokongan kepada wanita berkenaan tetapi beberapa lagi menggelar mereka 'bakabouza' , perkataan yang digunakan untuk menggambarkan wanita gemuk.  - CARI





Sumber - Agensi


9

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
13

Sedih
11

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (51 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakiselit 18-8-2016 01:44 PM
di TV3 skrg, ramai pengacara wanita di program kewanitaan gemuk-gemuk
Quote cikcikebom 18-8-2016 01:48 PM
ntah paper komen
Quote Artemesiaa 18-8-2016 01:57 PM
Sila le joint boot camp dengan kadar segera
Quote -electrifying- 18-8-2016 02:36 PM
ala gantung kerja je pon, apa la salahnya ko pegi je kruskan bdn, bkn g berperang, ni idok besaukan bntot n ternak lemak je
Quote Kakaknanako 18-8-2016 04:00 PM
alaaaaaa..... kecoh je.... org tu boleh cari keje lainnn
Quote dubuk 18-8-2016 04:03 PM
bulat......
Quote InVendeTTa 18-8-2016 04:06 PM
Aku tgok CNN ade akak latino obes baca kaji cuaca.aku lak mengah sesak nafas tgok dia mundar mandir tunjuk map
Quote Peterpan17 18-8-2016 04:23 PM
InVendeTTa replied at 18-8-2016 04:06 PM
Aku tgok CNN ade akak latino obes baca kaji cuaca.aku lak mengah sesak nafas tgok dia mundar mandir  ...

Aku naik Air Bew Zealand. Badan FA tu mcm org Maori main rugby besar debab. Bontot dia je dah mkn ruang aisle tu. Susah aku kena alih muka setiap kali dia lalu
Quote namirulmukminin 18-8-2016 05:05 PM
Await @dodolgemok tak masuk tred ni ek??
Quote dodolgemok 18-8-2016 06:44 PM
namirulmukminin replied at 18-8-2016 05:05 PM
Await @dodolgemok tak masuk tred ni ek??

Kesian lobai kesunyian.
Quote harisanis 23-8-2016 10:44 PM
dah ko public figure, jaga la badan tu

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.054723 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top