CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

TMJ Berehat Seketika Daripada Bola Sepak

22-8-2016 12:28 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 6436| Komen: 28

Oleh Izzah Abbasy

Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tengku Mahkota Johor (TMJ) yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), mengakui dirinya ingin berehat seketika daripada bola sepak.

Beliau yang ditemui pada sesi dialog bersama penyokong dan media, berkata keputusan untuk berehat antara setahun dan tiga tahun itu mungkin dilaksanakan sekiranya JDT meraih kejuaraan Liga Super buat kali ketiga berturut-turut tahun ini.


TMJ percaya JDT mempunyai ramai pelapis berkelayakan dalam menerajui kepimpinan sewaktu ketiadaannya, apa lagi ia juga sudah mempunyai sistem pentadbiran yang ditetapkan.

"Saya tidak nafikan sudah banyak kali terfikir untuk mula menjalankan tugas yang lain dan tidak lagi berada dalam kelab.

"Bagaimanapun, saya belum ada apa-apa perancangan jelas dan sedang menilai kelab ini secara keseluruhan," katanya yang turut sedar tindakan itu akan menggembirakan sesetengah pihak yang menginginkan pengundurannya daripada bola sepak.

TMJ berkata JDT bakal kehilangan penajaan antara RM35 juta hingga RM40 juta tahun depan sekiranya kehadiran penonton terus menunjukkan penurunan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Katanya, kedudukan itu bermakna JDT bukan lagi dalam keadaan boleh membeli pemain yang hebat malah terpaksa menjual atau mengeluarkan sesetengah pemain untuk memastikan kewangannya tidak terjejas.

"Sebab itu, saya sering menasihati penyokong dan perkara ini tidak sepatutnya menjadi perkara jangka masa pendek.

"Penyokong mempunyai tanggungjawab ke atas kedudukan JDT kini, sama ada dari segi kewangan ataupun sokongan padu,"
katanya.


Sumber : Bernama



31

Bagus
19

Marah
24

Terkejut
21

Sedih
23

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (146 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haruslah 22-8-2016 12:01 PM
merajuk ke?
Quote oppol 22-8-2016 12:01 PM
Thread memancing orang masuk penjara macam peyno.
Berhati hati semua.
Kalau nak komen yang puji2 saja...
Quote zackje 22-8-2016 12:05 PM
bodoh punya tajuk dia kata nak berehat bukan merajuk ,wartawan cari nak kena repot penyokong tegar tmj ke  
Quote nazurah 22-8-2016 12:11 PM
eloklah berehat.... tapi jangan lupa cari sponsor, perhatikan kelab 24 jam sebab orang ni kalau diberi amanah selalu jek terkucil especially bab duit.

dalam pada berehat tu eloklah TMJ pi sambung belajor... study pasal human behaviour ke, psikologi ke....
Quote haruslah 22-8-2016 12:40 PM
pen drive
Quote sofiazara 22-8-2016 01:17 PM
jdt seri dgn pkns
Quote Nenasketum 22-8-2016 01:28 PM
oppol replied at 22-8-2016 12:01 PM
Thread memancing orang masuk penjara macam peyno.
Berhati hati semua.
Kalau nak komen yang puji2 s ...

Lawa nyer tmj pakai headband.... hahahaha
Quote milo_888 22-8-2016 01:35 PM
Hanya mampu blank face..  nanti senyum salah, gelak salah, muram pun salah... manusia ni nak butthurt mcm2 punca...
Quote matseh 22-8-2016 02:01 PM
Semoga maju jaya. JDT mmg letgo piala Malaysia sbb nak Jadi Juara Liga & AFC Cup. Perancangan yg bagus.
Quote kemaruk 22-8-2016 02:04 PM
Kariiiiimmmmm
Quote sabbath_shalom 22-8-2016 02:06 PM
Engko kan kaya...buat apa lah harapkan penaja...

Ke dah jadi macam pasukan Kelantan.

Baru Cash kannn.
Quote -electrifying- 22-8-2016 02:26 PM
Semoga berjaya apa jua bidang yg diceburi
Quote oppol 22-8-2016 03:05 PM
Nenasketum replied at 22-8-2016 01:28 PM
Lawa nyer tmj pakai headband.... hahahaha

Comel macam baby..   
Quote Super-M 22-8-2016 03:21 PM
oppol replied at 22-8-2016 03:05 PM
Comel macam baby..

Ko jgn main2.. Org cakap rosmah cute pun kena tangkap. Jgn plk ko jd mangsa seterusnya satu sel dgn peyno. Jenuh aku nk hantar stok pisang sale.   
Quote kumbang7 22-8-2016 03:27 PM
oo merajuk sebab penyokong xdatang stadium rupanya...ni mesti sebab prestasi hambar kat piala malaysia...

nampak sangat menyokong hanya ketika menang..ingat fanatik sangat
Quote dess402 22-8-2016 03:29 PM



malas nak layann .      






Quote dess402 22-8-2016 03:30 PM
kumbang7 replied at 22-8-2016 03:27 PM
oo merajuk sebab penyokong xdatang stadium rupanya...ni mesti sebab prestasi hambar kat piala malays ...




hari tu kata banyak duit .






Quote oppol 22-8-2016 03:33 PM
Laa..Aku puji la bukan kutuk
Quote razzmat 22-8-2016 03:59 PM
kumbang7 replied at 22-8-2016 03:27 PM
oo merajuk sebab penyokong xdatang stadium rupanya...ni mesti sebab prestasi hambar kat piala malays ...

AFC CHAMPION LEAGUE nanti penuh la tu kan INVADE ASIA

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.094339 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top