CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kesanggupan Pekerja Asing Berjimat Demi Anak Bini Menyentuh Hati Netizen!

23-8-2016 05:35 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7893| Komen: 27

Oleh : TS LOO


Sepertimana yang kita ketahui, keadaan hidup yang dialami pekerja asing di negara kita, namun pernah kita bayangkan, terdapat pekerja asing yang sanggup berjimat dengan hanya belanja RM200 setiap bulan semata-mata untuk mengirim duit hasil pendapatannya kepada orang yang tersayangnya di negara asalnya. 


Kenny Chua seorang pengunting rambut di Puchong, Selangor telah menulis satu status di laman facebooknya mengenai pengalaman yang dialami seorang pekerja asing yang datang ke kedainya untuk menggunting rambut. 

Al-kisahnya pekerja asing tersebut dikatakan bekerja bersungguh-sungguh hanya inginkan anak dan isterinya berkehidupan lebih baik. 


Loading FB Post...


Difahamkan dia sanggup hanya belanja sebanyak RM200 ringgit sahaja sebulan dan mengirim semua hasil pendapatannya yang selebihnya kepada anak bini di kampung halaman. 


Berikut sebahagian kandungan perbualan: 

Kenny : rambut anda begitu panjang semestinya tidak menguntingnya dalam tempoh masa yang lama? Kenapa lama tidak gunting rambut? 

Pekerja asing : Saya tidak ingin bazir wang untuk diri saya.... pada asalnya rasa nak suruh kawan yang bantu guntingkan, tetapi selepas memikirkan lusa saya dah nak balik negara sendiri, justeru pun guntinglah elok sikit ketika berjumpa anak bini. 

Kenny: Gunting rambut baru puluhan tinggit sahaja? 

Pekerja asing: anka saya baru lahir, isteri saya kata rumah perlukan duit, jadi saya kena jimat dalam tempoh setengah tahun ini, lazimnya beli beras dan mee untuk masak di rumah. 

Kenny: Waa, Anda sudah menjadi ayah! Gaji bulanan berapa? Hanaya beli mee dan beras, tidak beli ke daging dan sayur? 

Pekerja asing: Ya, saya dapat anak lelaki, gaji bulanan kira-kira RM 1,300, jika ada OT, bertambah jadi kira-kira RM1,700. Tetapi saya setiap bulan hanya belanja RM200, gaji ynag selebihnya saya kirimkan kepada anak dan bini untuk beli tepung susu, baju dan barang keperluan harian. 


Apabila ditanyakan bagaimana mampu hanya belanja RM200 setipa bulan, pekerja sing itu menjawab, " tiada masalah susah payah bekerja di luar negara, yang penting anak bini sihat dan bahagia, serta tidak lapar perut itu sudah cukup buat diri saya" , kenyataan itu boleh dikatakan luahan hati setiap ayah di dunia ini. 

Sehubungan itu, kata-kata pekrja asing itu turut mengungkitkan kenangan masa kecil Kenny Chua terhadap ayahnya yang juga berkerja keras untuk kebahagian keluarga. Justeru Kenny mengambil keputusan menanggung kos bayaran perkhidmatan menggunting rambut buat pekerja asing tersebut.

Kenny Chua menyatakan, dirinya amat memahami keperitan hidup yang dialami pekerja siang itu berikutan dirinya juga berasal dari Sabah Sarawak datang ke Semenanjung Malaysia mencari rezeki. 

Status Kenny Chua yang menyentuh hati itu, menerima sebanyak 14,000 orang beri 'like' , dan lebih 2000 orang berkongsi statusnya. 

Tidak kurang juga netizen yang terharu dengan tindakan Kenny termasuk ada yang setuju bahawa pekerja asing di negara kita bukan sahaj berada dalam kperitan hidup,  malah sering berdepan situasi pekerjaan berisiko tinggi, nyawa boleh dikatakan amat tidak terjamin.


Komen netizen:
1) sebenarnya pekerja asing amat kesian, datang sini cari wang, bukan sahaja kena buli majikan, malah kadang dipaksa bayar 'duit kopi'.

2) Semoga lebih ramai orang dapat memahami mereka, sebagai pekerja asing memang amat menyusahkan. 

3) pekerja asing saya, pendapatan sebulan antara RM1500 sehingga RM1800, setiap bulan hanya tinggal RM300 sahaja, yang tinggal itu kirim kepada kampung halaman. 

4) Selepas baca status tersebut, baru lah rasa tekanan yang dihadapi diri hanya perkara kecil sahaja. - CARI
8

Bagus
7

Marah
5

Terkejut
7

Sedih
8

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote madknownz 23-8-2016 06:34 PM
bangladesh kerja ditempat saya ni...cuma minum air sahaja diwaktu bekerja...

saya tegur tanya samada sudah makan dan dia kata minum sahaja.
balik rumah baru makan.....

#respect
Quote barfi 23-8-2016 07:17 PM
Mana2 yg positif ambil lah sebagai teladan. Mana2 yg negatif jadikan sebagai iktibar.

Sebagai contoh :
-Budaya dan mentaliti yg negatif pekerja asing dari 3rd world country ni janganlah diikut.

-Sikap rajin dan sabar mereka boleh diambil contoh. Sikap saling membantu dan sentiasa berlapang dada untuk memberikan pertolongan harus diambil sebagai contoh.

-Tetapi sikap mereka yg menidakkan hak2 seorang wanita usah diambil contoh..
Sikap mereka yg sgt ekstrem dalam sesetengah perkara. Pls. Jangan diikut
-
Quote holothurian 23-8-2016 08:05 PM
fuhh..nmpk dorg pegang duit ikat dgn getah..berkepuk2 ooo..
Quote fishcracker 23-8-2016 10:04 PM
me pun nak ikat perut catu makanan selama stengah tahun jugakla..
Quote gigahertz 23-8-2016 10:07 PM
madknownz replied at 23-8-2016 10:34 AM
bangladesh kerja ditempat saya ni...cuma minum air sahaja diwaktu bekerja...

saya tegur tanya sam ...

cuba yang tanya uqasha sensorse atau elizabeth tan. mesti sudah dijadikan lauk
Quote PongKang 23-8-2016 11:34 PM
barfi replied at 23-8-2016 07:17 PM
Mana2 yg positif ambil lah sebagai teladan. Mana2 yg negatif jadikan sebagai iktibar.

Sebagai co ...

betul ckp ko. aku setuju
Quote cahaya_almas 24-8-2016 12:09 AM
Kita sbln gaji 5k pn tk cukup...dia 200 je belanja sebulan.....huhu.....gigih......
Quote cahaya_almas 24-8-2016 12:11 AM
I ckap kt atas tu berdasarkan thread yg gaji kt kl 5k tu......kita tu merujuk kpd kita org msia...hehe.....bkn gajii 5k tau.....jgn salah faham...huhu
Quote kuzaime 24-8-2016 08:47 AM
Warga asing, bab bekerja kumpul duit n harta mmg bersungguh2. Nak2 dorang harap pd gaji bln semata2..x ada epf socso pun. Jd jgn hairan bila tetiba dpt tau yg duit simpanan dorang lg berkepuk dr kita yg mmg org sini..
Quote caramellatte 24-8-2016 09:48 AM
I wonder, macam mana kehidupan anak bini dorang kat sana?
Mewah? Laki je ikat perut kat mesia?
Let say, dia kirimkan rm1,000 bulan2 ke anak bini dia.
Rate duit tukar ke sana, I think boleh dapat 2 kali ganda.
Never been to Bangladesh, so tak tahulah sana punya taraf hidup macam mana.
Tapi rasanya semua barang murah, same to Indonesia, no?
Kalau dah macam tu, I rasa bini dia dh duduk banglo dah, takkan lah setakat nak beli keperluan anak bini sampai ikat perut macam tu sekali..

Tapi memang dorang banyak duit pun.
Sekali bawak keluar, berkepukkkkk cash! Kita pulak yang risau kena rompak ke apa ke..
Quote makkenits 24-8-2016 10:22 AM
kalo sapa yg rajin perati cara berbelanja diorg ni, setiap kali beli brg dapur, yg dibeli cuma benda basic.. beras, bawang, ubi kentang, telur.. tp dlm kuantiti yg bnyk.. sesekali je tgk ada yg beli sayur n ayam... kalo aku, sekali beli brg dapur, mau penuh 1 troli dgn mcm2 barang

n sekali tu, aku beratur nak amik duit kat atm... depan aku ada 2 org bangla.. first impression mmg nampak diorg sgt susah sbb baju pun dah lusuh dan terkoyak.. pakai selipar buruk.. tp waktu diorg tekan nak tgk baki akaun diorg, aku yg kat blkg ni (dah jarak tp still blh nampak n diorg xde effort nak cover drpd org lain tgk skrin) ternampak le jumlah baki tu... mmg nampak jumlah baki tu nak dekat rm20k... tp yg diorg kluar cuma rm50... insaf jap tgk lifestyle diorg yg nyata biar selekeh asal kaya... bukan mcm kebanyakkn kita org malaysia, biar papa asal bergaya
Quote -electrifying- 24-8-2016 11:18 AM
caramellatte replied at 24-8-2016 09:48 AM
I wonder, macam mana kehidupan anak bini dorang kat sana?
Mewah? Laki je ikat perut kat mesia?
Le ...

Ha taw tkpe, rate kite lgi tinggi dr taka, umpama keje sgpore ddk johor keselesaanya
tk perlu kot nk ikat perut
Quote prettyuglybabe 24-8-2016 12:37 PM
tak habis-habis nak bandingkan hidup pekerja asing dengan tempatan..
apa yang beza nya?
dia gaji 2k.. korang pun gaji 2k..
dia hantar 1.8k balik kampung..
korang kat sini 2k siap potong epf, bayar rumah, anak bini, kereta bla bla bla..
pun tinggal rm200 or less pun boleh hidup..
apa korang kat sini pun tak bersungguh nak anak bini hidup selesa ke?
korang pun tak berjimat cermat ke nak hidup?
Quote siputsedut 24-8-2016 01:18 PM
caramellatte replied at 24-8-2016 09:48 AM
I wonder, macam mana kehidupan anak bini dorang kat sana?
Mewah? Laki je ikat perut kat mesia?
Le ...

My husband pernah pergi conference ke sana..food air sangat mahal...n i baca jgk sbb nk study psl sana before he go...sana sewa rumah gila mencekekkkk darah...plus...i pernah tanya foreign worker..diorang biasanya kene sara the whole family campur mak ayah atuk nenek kakak yg x kawin bagai...
Quote ~boolean 24-8-2016 01:19 PM
prettyuglybabe replied at 24-8-2016 12:37 PM
tak habis-habis nak bandingkan hidup pekerja asing dengan tempatan..
apa yang beza nya?
dia gaji 2 ...

Bezanya kita gaji 2k hasil duduk dalam ofis sambil layan forum, layan fb, bergosip, keluar lunch awal
Bila penat balik rumah peluk anak bini..

Dia gaji 2k hasil berdiri tengah panas, angkat batu, angkat kayu, cuci taik kencing orang2 ofis, buat jalan tar...
Bila penat balik rumah anak bini tak ada..

Quote prettyuglybabe 24-8-2016 01:22 PM
~boolean replied at 24-8-2016 01:19 PM
Bezanya kita gaji 2k hasil duduk dalam ofis sambil layan forum, layan fb, bergosip, keluar lunch a ...

well.. tak semua orang kita kerja dalam ofis..
ada je juga yang bergelumang peluh dan kotor..
ikut rezeki masing-masing la..
hidup la dengan apa yang ada..
Quote cicikwani 24-8-2016 02:07 PM
guard bangla kat tempat keje aku ni pun mcm tu jugak... hari2 kerja tak de cuti... mlm balik lewat... sampai tempat penginapan (x tahu nk describe rumah atau bilik), dia ckp dia dh x keluar... duduk je diam2... kalau member2 call ajak lepak2, dia ckp dia kerja... cukup bulan, gaji hantar ke bangladesh... duduk malaysia dh 6 tahun... anak dia yg last, dia x pernah jumpa pun... kalau tanya psl family dia, psl kampung dia, seronok sungguh dia bercerita... aku layankan je... katanya, isteri dia adalah orang yang terkaya kat kampung dia... ladang2semua upah orang je buat.. dalam ati aku, ko keje jadi kuli kat sini, bini ko kat bangla senang lenang dengan hasil gaji yg ko kirim ke sana...
Quote nut.legacy 24-8-2016 03:31 PM
cicikwani replied at 24-8-2016 06:07 AM
guard bangla kat tempat keje aku ni pun mcm tu jugak... hari2 kerja tak de cuti... mlm balik lewat.. ...

biar dia susahkan.. asalkan anak bini dia cukup semuanya..
Quote krustykrab 24-8-2016 04:44 PM
bukan semua org tempatan yg tak reti berjimat, ada je yg pandai berjimat....

yg kuat berjoli pun sakan, sbb nk tayang kat socmed dlm rumah ada apa...sanggup tu pi beli periuk belanga mahal2 sbb nak tunjuk kt org....

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.115937 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top