CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jasmid Hamid Sedih Dan Terkilan Kubur Ibunya Diceroboh

24-8-2016 11:02 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 14771| Komen: 86

oleh Adib Za

Pelakon Jasmin Hamid berasa terkejut dan terkilan apabila mendapati pusara ibunya, Khadijah Adnan yang meninggal dunia tiga bulan lalu, di Tanah Perkuburan Subang Jaya diceroboh oleh individu tak dikenali. 


Dia meluahkan rasa sedihnya itu menerusi akaun Instagram sambil menunjukkan pusara ibunya telah 'diusik' oleh seseorang. Tak tahu apa motifnya sama ada tidak puas hati, dengki atau sebagainya. 

Memetik portal Berita Harian, Jasmin berkata apa salah dia sehingga ada orang sanggup berbuat demikian. 

"Saya terkejut apabila melihat kubur ibu saya berlubang. Apa salah saya sehingga orang sanggup membuat perkara yang tidak bertanggungjawab sebegitu? 

"Saya bukannya buat perkara yang khurafat. Kenapa ada yang mendengki? Kalau nak diikutkan, ia hanyalah perkara kecil. Cuma saya tertanya-tanya kenapa mereka buat begini?"

"Saya tidak mahu ambil sebarang tindakan. Lagipun saya tidak tahu siapa yang buat begitu. Tetapi jika ada yang tidak berpuas hati dengan saya, datang dan jumpa saya. Tertanya-tanya juga, ada ke yang sakit hati dengan saya?" ujarnya. - CARI


Sumber: Berita Harian 



Foto: Instagram Jasmin

14

Bagus
11

Marah
11

Terkejut
8

Sedih
11

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 24-8-2016 11:20 AM
confirm ke perbuatan orang..
entah-entah tanah mendap ke..
Quote mia31483 24-8-2016 11:23 AM
orang amek botol tmpt letak bunga tu ke?bukan blubang kan...anggapla pencuri biasa sebab dia nmpk botol tu cantik...
Quote yum3 24-8-2016 11:23 AM
Kamu tu Yasmin bawa2lah bertaubat. Tutup lah aurat kamu. Execially 'buah'an' kamu tu. Apa tuj kamu pakai baju ketat time belakon tu...  Moga2 di beri hidayah pad kamu, Yasmin , Amin
Quote idril 24-8-2016 11:24 AM
xpaham la caption status dia tu botol n bunga tu.... meaning bunga2 tu dia ltk dlm botol ek? pastu letak atas kubur  n botol tu ilang bunga beselerak ek gitu?
Quote Loloq89 24-8-2016 11:28 AM
yum3 replied at 24-8-2016 11:23 AM
Kamu tu Yasmin bawa2lah bertaubat. Tutup lah aurat kamu. Execially 'buah'an' kamu tu. Apa tuj kamu p ...

buah dia makin besar lately
Quote WawaRaRa 24-8-2016 11:30 AM
kadang2 berlubang sbb tanah mendap sis.... jgn buruk sangka please....
Quote innocentsangat 24-8-2016 11:31 AM
Eish
Quote innocentsangat 24-8-2016 11:31 AM
Eish
Quote aiennadia182 24-8-2016 11:51 AM
erk, nape perlu letak pasu bunga bagai atas kubur?

perlu ke?
Quote pakis_hutan 24-8-2016 12:00 PM
Aloh, Aku igt berlubang as in Kena gali
Quote prettyuglybabe 24-8-2016 12:03 PM
ooo... baru nampak gambar..
dari ko letak bunga dalam botol, baik tanam je terus bunga atas tanah..

entah-entah takde kena mengena pun dengan ko..
klu orang nak amik botol tu, macam la dia check kubur sapa..
Quote orsay1 24-8-2016 12:03 PM
pakis_hutan replied at 24-8-2016 12:00 PM
Aloh, Aku igt berlubang as in Kena gali

tu la masa baca aku ingatkan kena gali besor
Quote cahaya_almas 24-8-2016 12:03 PM
Ada org curi pasu ke...cantik sgt kot.....
Quote cahaya_almas 24-8-2016 12:04 PM
Tak pun peminat dia...tk dpt jumpa dia dpt pasu dia pn jadilah kan....hehe
Quote sekel 24-8-2016 12:09 PM
benda remeh nie pon nk citer

nanti ko mati tahu lh mcm mana
Quote mokcikKSKB 24-8-2016 12:12 PM
Edited by mokcikKSKB at 24-8-2016 12:13 PM
CARI-MAMS replied at 24-8-2016 11:02 AM
oleh Adib Za

Pelakon Jasmin Hamid berasa terkejut dan terkilan apabila mendapati pusara ibunya, Kha ...


Omai..nasib lah sis kalau kerap sgt posing depan ku ur arwah mak kau. Mengundang org dengki nk buat pape kat kau atau carik minyak dagu nk mandrem kau.
Sbb tu tiap2 ape kita post kat ig kena pikir dulu..manusia ni hati sah2 lah x sesuci embun pagi..

Ok dh tgk balik gmbr..hehe ni mesti ada makcik mana cilok buat letak air kat rumah dia atau buat letak bunga dia.
Quote nh83 24-8-2016 12:22 PM
kt malaysia ni, tong sampah pun org sapu makcik min oii inikan pulak pasu kt kubur..nasib batu nisan  jer org belum berani curi..
Quote bambimbom 24-8-2016 12:35 PM
ala wat kecoh je acik yasmin ni... iye 2 aku igt kene gali cam cite munafik tu...
btw acik tak nak pakai sopan sikit ke?
segan tgk tek terjojol nak2 bile tgk dgn org tua..
Quote DeeHanania 24-8-2016 12:47 PM
Bertabah lah Kak Jasmin,mungkin pasu tu cantik kat mata org yg ambik tu...

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.207246 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top