Roy Kim, nama yang agak "simple" sesuai dengan karakter bersahaja dan pemalunya. Terkenal dengan lagu berunsurkan melankolik tapi tampak tenang, Roy kim mula menceburi industri muzik kpop setelah menjuarai program realiti Superstar K4.
“Bom Bom Bom”, single daripada album debutnya telah mencetuskan fenomena sehingga berjaya menduduki no 1 di carta-carta muzik ternama korea. Pada akhir tahun 2015 lepas, Roy Kim pernah tercalon dalam kategori " Song of the year/Lagu Terbaik" CARI K drama Awards untuk ost drama Pinocchio, lakonan Lee Jong Suk dan Park Shin Hye. CARI K drama Awards merupakan anugerah tahunan yang dikelolakan oleh Kelab Pengkritik Dan Peminat Korea Semalaysia (Kmania) hasil kerjasama dengan CARI Internet.
Satu sidang media bersama Roy kim telah berlangsung pagi tadi di hotel Pullman Bangsar dan kami sempat membuat temubual eksklusif bersamanya. Sebelum memulakan sesi temubual, Roy Kim terlebih dahulu mencuitkan hati para media dengan mengatakan sebaik sahaja dia menjejak kaki ke Malaysia, dia terus bermain aplikasi Pokemon Go dan sedang berada pada tahap 7. Jun Joon Young sudah pasti bergembira kerana bukan dia seorang sahaja gian bermain Pokemon Go, tapi rakannya, Roy Kim turut sama ikuti! 1. Mengapa Roy Kim boleh terlintas untuk mencipta lagu? Bilakah Roy Kim mula kompos? Sewaktu saya di sekolah lagi sebagai kerja rumah (‘homework’). Saya habiskan masa sebulan (Oktober) untuk menyiapkannya. 2. Adakah ibubapa turut menyokong kerjaya Roy Kim? Saya tak pernah jangka boleh jadi penyanyi (nada tertawa) . Ibu bapa saya pula tidak begitu teruja menyokong penuh kerjaya seni saya dan sehingga sekarang saya tak berupaya menyakinkan mereka dengan hasil seni saya. 3. Ceritakan pengalaman Roy Kim semasa mula menceburkan diri. Pada tahun pertama, saya terlalu sibuk sampai kena balik rumah pukul 12 tengah malam. Ia berlaku sewaktu saya berusia 19 tahun. Saya berasa penat pada masa itu kerana saya lakukan atas dasar kerja. Tetapi lama-kelamaan, perasaan itu kian pudar kerana saya semakin menyukainya atas nikmat dikurniakan sebagai penyanyi. 4. Siapakah penyanyi kegemaran Roy Kim? Damien Rice. Dia menjadi sumber inspirasi kepada saya untuk menulis lagu-lagu membawa kepada kebangkitan dan kegembiraan bagi mengubati perasaan sedih…(Dengan nada bergurau) Saya ada tulis sebuah lagu sebaik sahaja tiba di Malaysia. Apabila dirakamkan kelak, lagu ini mungkin digelar hasil pembuatannya di Malaysia (‘Made in Malaysia’). 5. Dalam banyak-banyak lagu yang dinyanyikan, apakah yang menjadi kegemaran Roy Kim? Susah untuk saya pilih kerana saya anggap mereka sebagai bayi-bayi kecil. Yang terbaik haruslah "Home" (dari album ke-2 yang berjudul sama). Tambahan kepada jawapan di atas, Roy Kim ada juga menyebut Choi Seung Hyun (‘TOP’) mempengaruhi pilihan genre muzik yang dibawanya. 6. Mungkinkah Roy Kim seorang yang pelik? Apakah perkara pelik yang Roy Kim pernah lakukan? Ya. (sambil tertawa) Tapi saya seorang yang baik dan menjaga tingkahlaku. Suatu hari, sewaktu meneguk soju bersama produser, saya menggubah lagu yang kedengaran sangat sedap. Tetapi anehnya, setelah kami pulih daripada mabuk, teruk pula lagu itu kedengaran sehingga kami bertindak merekodkan semula. 7. Apakah peristiwa yang membuatkan Roy kim tertekan? Saya pernah alamai situasi ini semasa merakamkan lagu bertajuk "Maybe I" yang ditulis sebagai ost drama ‘Oh hae young Again’. Itu laluan yang paling sukar dan agak stress kerana saya terpaksa melalui sesi rakaman selama 6 jam. Tetapi hasilnya mengagumkan kerana single tersebut laris di pasaran. 8. Apakah perancangan masa depan Roy Kim? Saya sudah hasilkan tiga album dalam masa tiga tahun ini. Saya harap dapat menjelajah (‘touring’) ke semua tempat dan berehat. Kalau perhatikan, saya jarang menyertai program reality tv semasa kerana saya mahu fokus dengan kerjaya nyanyian saya. Ia bukan sesuatu yang mudah. Saya perlu menyambug pelajaran semula ke Washington tak lama lagi. Saya anggap proses pembelajaran sebagai waktu rehat saya untuk bergaul mesra dengan rakan-rakan. Roy Kim akan bertemu peminat di Malaysia selama dua hari iaitu pada 26 dan 27 Ogos 2016. Roy Kim Malaysia Showcase 2016 Tarikh: 26 th August 2016 Masa: 7.30pm Tempat: Upper Atrium, Level UG, Paradigm Mall My FM Dare Dare Come 2.0 Go! Tarikh: 27 th August 2016 Masa: 2.00pm Tempat: SJK (C) Sam Chai, Ipoh Artikel oleh : A Firdaus Kredit foto : Siti Fauzan
|
19
Bagus |
14
Marah |
12
Terkejut |
10
Sedih |
8
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT