CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Cara Hilangkan Tahi Lalat Pada Baju

29-8-2016 03:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 8351| Komen: 13

oleh Adib Za

Pasti anda kecewa bila baju kegemaran terkena tahi lalat yang nampak begitu hodoh sekali!

Meskipun sudah dicuci berkali-kali, namun kesan tahi lalat atau kulat tetap ada di situ dan sekaligus membuatkan baju tampak kotor. 


Apa pun, jangan buang dulu baju anda itu, masih ada cara untuk membersihkan tahi lalat tersebut. Seperti yang dipetik menerusi Sempoi Media ini, hanya penggunaan cuka dan juga limau nipis mampu menjadi solusinya. 


Foto: Carian google

1. Campurlah sedikit cuka ke dalam setengah liter air.

2. Rendamkanlah pakaian anda yang terkena tahi lalat tersebut ke dalam air campuran cuka tadi. Rendamkan selama semalaman.

3. Pada keesokan harinya cucilah pakaian anda dengan sabun atau detergen seperti biasa.

4. Siapkan air panas yang telah dicampur dengan perahan limau nipis.

5. Kemudian bilaslah pakaian anda tadi dengan air panas campuran limau nipis tersebut.

6. Biarkanlah pakaian selama beberapa saat di dalam air panas campuran limau nipis tersebut.

7. Kemudian cucilah kembali pakaian anda dengan menggunakan sabun atau detergen.

8. Bilaslah denagan menggunakan air bersih.

9. Jika tahi lalatnya masih ada pada pakaian anda silalah ulangi langkah no 5 hingga 8 berulang-ulang sehingga kesemua tahi lalatnya hilang.

10. Kemudian anda jemurlah pakaian tersebut sehingga kering. Zat asam yang ada pada cuka dan limau nipis dipercayai dapat menghilangkan tahi lalat yang ada pada pakaian anda. Selamat mencuba.


Sumber/Kredit: Sempoimedia
16

Bagus
21

Marah
14

Terkejut
13

Sedih
20

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (102 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote antidote 29-8-2016 04:05 PM
notty lalat ni berak rata2
Quote che_kembang 29-8-2016 06:18 PM
x rosak ke baju letak cuka?
Quote Artemesiaa 29-8-2016 06:32 PM
Kalau baju berwarna mau hilang warnanya tu.  Baju bertahi lalat ni sebab jemur tak kering lembab tu jadi tahi lalat.
Quote rigorsamsa 29-8-2016 06:57 PM
seeloknya "mencegah daripada mengubati." jangan biarkan pakaian sampai bertahi lalat.
Quote @chik 29-8-2016 10:00 PM
Jgn biar baju lembab lbh sehari dlm mesin/basin/bakul... kalau xnak basuh dlu bju tu,sidai bg kering pastu bru masuk lam bakul bju kotor .. jgn skali2 biar bju lembab tperuk camtu
.. bljr dr pgalaman...heeeee
Quote MekArchana 29-8-2016 11:29 PM
antidote replied at 29-8-2016 04:05 PM
notty lalat ni berak rata2

Tak senonohkan lalat ni?
Quote miszclassique 29-8-2016 11:54 PM
Me ada kwn lelaki yg ada masalah tahi lalat kat baju ni tp tu katanya sbb peluh. Singlet dia penuh tahi lalat, berkesan ke cara ni? Boleh suggest kat dia
Quote antidote 30-8-2016 08:35 AM

nak kena lalat ni.
Quote DeeHanania 30-8-2016 09:40 AM
antidote replied at 29-8-2016 04:05 PM
notty lalat ni berak rata2

Hahaha...kan,   
Quote ana 30-8-2016 04:15 PM
good info
Quote sekel 31-8-2016 12:41 PM
bole cuba

biasanya pakaian yg berwarna putih senang bertahi lalat
Quote ReeArahaz 2-9-2016 11:29 AM
miszclassique replied at 29-8-2016 11:54 PM
Me ada kwn lelaki yg ada masalah tahi lalat kat baju ni tp tu katanya sbb peluh. Singlet dia penuh t ...

tu suh die beli yg baru je laaa

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.042695 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top