Setelah atlet negara berjaya memperolehi pencapaian yang cemerlang di Sukan Olimpik Rio baru-baru ini dengan memenangi 4 pingat perak dan 1 pingat gangsa, semua media utama berebut membuat liputan berita tentang kepulangan mereka yang penuh kebanggaan.
Kerajaan dan pihak swasta turut giat memberi ganjaran dalam bentuk wang tunai dan barangan kepada atlet tersebut, berita kejayaan sukan olimpik bukan sahaja menjadi berita utama di media konvensional malah media sosial. Liputan secara meluas oleh media tempatan berhubung kejayaan wira-wira Olimpik Rio 2016 sedikit sebanyak mengundang rasa tidak senang hati sesetengah pihak. Akibatnya ada pihak tertentu sengaja memuat naik gambar pencapaian cemerlang atlet negara di Paralimpik dan mengatakan menyebarkan berita tentang kejayaan atlet Paralimpik diabaikan oleh media utama negara.
Antaranya berita atlet paralimpik yang mengalami penyakit 'Cerebral palsy' iaitu Ridzuan Mohamad Puzi yang memenangi pingat emas dalam pertandingan 100 meters larian jarak pendek di Sukan Paralimpik, Doha. Selain itu, seorang lagi yang atlet larian jarak pendek yang mempunyai masalah penglihatan turut berjaya memenangi 3 pingat emas, yang turut dikatakan kepulangan mereka tidak disambut sebagai wira negara, hanya disambut oleh ahli keluarga dan disebar meluas di internet. Bagaimana pun, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menulis status di laman facebooknya dengan tertera sekali gambar memaklumkan, " yang itu semuanya berita lama, Paralimpik 2016 pada hakikatnya masih belum berlangsung lagi majlis pembukaannya, jadi mana datang pingat itu semua? Khairy menjelaskan, Ridzuan memenangi pingat emas tu ketika berlangsungnya di Doha Paralimpik, rakaman video itu diambil sebelum Olimpik Rio 2016 dimulakan. Mereka belum lagi bertolak ke tempat pertandingan, jadi sebenarnya mereka belum terima sebarang pingat di paraolimpik, ini kerana temasya itu masih belum bermula lagi. Khairy menyatakan, mungkin akan ada orang bertanya, "Baiklah, biarpun berita itu adalah yang lama, tetapi apa yang telah kamu semua lakukan? Tak akan kamu semua tidak menghadiahkan apa-apa kepada mereka?" Jawapannya terdapat di gambar-gambar berikut (ganbar facebook) Khairy memuat naikkan beberapa keping gambar untuk membuktikan selepas Ridzuan balik ke Malaysia, pihak kerajaan telah mengadakan pelbagai jenis acara bagi meraikan atlet negara berjaya memenangi pingat, dia juga memperolehi ganjaran yang sama seperti atlet sukan yang lain. "Pada Majlis Anugerah Atlet Sukan Terbaik negara, DYMM Yang Dipertuan Agong secara peribadi memberi anugerah kepadanya. Bagi atlet Paralimpik yang lain seperti Felicia Mikat juga pernah memenangi hadiah di majlis penganugerahan ahli sukan terbaik negara. Biarlah gambar beritahu semua, semua yang telah kami lakukan sebelum ini." Khairy berkata, petang Ahad lalu dia sendiri telah menjumpai semua wakil pasukan Paralimpik negara. Tegasnya, sekiranya mereka berjaya memenangi pingat di Sukan Paralimpik, selain memperolehi ganjaran yang sama nilai dengan atlet sukan Olimpik, mereka turut akan mendapat wang pencen yang sama. Ada orang sering beritahu dia, kementerian belia dan sukan jarang mempromosi wakil atlet Paralimpik, akibatnya masyarakat umum tidak berapa mengenali mereka, tetapi Khairy tidak setuju dengan kenyataan tersebut. Tegas Khairy, "kamu boleh tidak suka saya atau kerajaan, tetapi sila jangan mengatakan kami tidak mengambil berat mereka. Sejak saya menjadi menteri belia dan sukan, saya beri sokongan penuh semua atlet yang mewakili negara, saya akan terus beri sokongan. " Dalam pada itu, Khairy turut tidak lupa menyeru netizen menyokong Sukan Paralimpik yang bakal berlangsung di Rio De Janerio dari 7 - 18 September ini. " Mereka semua itu luar biasa, dan saya yakin mereka dapat mencipta sejarah yang luar biasa di Sukan Olimpik Rio 2016."- CARI |
10
Bagus |
18
Marah |
29
Terkejut |
42
Sedih |
23
Lawak |
35
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
oppol replied at 30-8-2016 11:13 PM
Aku rasa yang viralkan ni pun orang2 paralimpik juga nak ambil perhatian..
ADVERTISEMENT