Oleh : Dean BZ Kereta transmisi automatik menjadi pilihan ramai kerana lebih mudah dikendalikan berbanding kereta transmisi manual.
Jika berada dibandar-bandar, kereta gear automatik sangat membantu kerana tidak memerlukan banyak tenaga untuk menukar gear dan menekan pedal klac terutamanya ketika jalan sedang sesak dengan kenderaan. Ramai yang sudah maklum cara asas untuk menukar gear namun mungkin ramai yang masih tersilap tentang cara penggunaan gear automatik dengan betul. Tukar gear auto dengan cara salah boleh menyebabkan gearbox anda rosak dan kos gearbox kereta sangat mahal. Jadi untuk mengelakkan kerosakan gearbox, jom pelajari cara betul mengendalikan gear auto.
JANGAN TUKAR GEAR “P” DI TRAFFIC LIGHT Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti kat trafic light. Senang untuk teka, sebab lampu reverse akan nyala sekejap. Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama & kereta belakang dah hon2 je. Tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda boleh rosak atau cepat rosak. Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light: 1. tekan brek kaki 2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer) 3. Tarik hand brek 4. lepas brek kaki Bila nak jalan balik: 1. tekan brek 2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer) 3. lepas hand brek. 4. lepas brek kaki 5. tekan minyak PENGGUNAAN TOMBOL/BUTANG PADA GEAR 1. tekan tombol semasa menukar P > R , R > P R > N N > R D > L/D2 L/D2 > D 2. jangan sesekali tekan antara N > D D > N D > D3 D3 > D KENAPA? Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda terlajak tolak gear. Jika terlajak, gearbox anda boleh rosak. Contohnya. dari gear D, anda ingin tolak ke N. Sekiranya tak tekan tombol gear, anda tak dapat tolak lebih kerana ia tersekat di N. Tetapi jika anda tekan tombol, anda boleh menolak gear terus ke R. Contohnya, semasa ingin berhenti kereta, anda ingin menolak ke gear N dari gear D. Oleh kerana anda menekan tombol gear, kemungkinan tertolak ke gear R adalah tinggi. Jika kereta belum berhenti sepenuhnya, gearbox boleh rosak. akibat pertukaran mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan tombol gear. p/s : Tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang kekotak gearnya lurus (seperti dalam gambar). Kalau yang lekok-lekok tu, takde tombol. Selamat Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto: P – Parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda gear akan disekat.jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik. R – Reverse, untuk mengundur kereta anda N – Neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear. D – Drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive – gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4. gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 sahaja. 3 – Setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3. 2 – Ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu. L – Low gear, gear pertama. Jika anda pernah melakukan kesilapan diatas, sama-sama perbetulkan bagi memanjangkan jangka hayat gearbox kereta anda. - CARI sumber: siemens-melayumaju.blogspot.com |
18
Bagus |
21
Marah |
22
Terkejut |
8
Sedih |
14
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Jajabeans replied at 2-9-2016 05:44 PM
penah jugak lupa nak lepaskan handbrake.. dh gerak dlm 10km baru pasan. result dia, dkt bahagian gea ...
jerukkedondong replied at 2-9-2016 07:23 PM
Klu kat traffic lite..tekan brake je tak boleh ke...iols selalu buat gitu...
Mcd0001 replied at 2-9-2016 08:01 PM
Hey bro! Hi kawan2!!
JENABREJAM89 replied at 2-9-2016 06:23 PM
betul tu .... pernah jugak time tu tgh ajar adik bwk keta ... dah 3kali round taman baru perasan x ...
ADVERTISEMENT