Oleh Izzah Abbasy
Wanita dan solekan memang tidak dapat dipisahkan. Namun, wanita sering mengabaikan cara pembersihan dan tarikh luput yang terdapat pada produk mekap. Akhirnya, ia boleh memberi kesan buruk seperti alahan atau iritasi pada kulit. Tahukah anda, majoriti wanita sering menggunakan produk komestik secara lama dan tidak sedar sebenarnya barang mekap ini mempunyai tarikh luput. Jadi, segeralah cek item mekap anda! 1) Maskara Tarikh luput maskara sekitar tiga hingga enam bulan sahaja. Jangan menggunakan produk ini selepas tempoh tersebut. Anda boleh ketahui ia tamat tempoh apabila maskara mula mengering dan keras apabila diaplikasikan pada mata. Jika masih menggunakannya, mata anda boleh dijangkiti kuman dan gatal. 2) Eyeliner (Penggaris Mata) Penggaris mata juga tidak dapat bertahan lama. Untuk jenis cecair, tarikh luput sekitar tiga hingga empat bulan sahaja. Bagi penggaris mata jenis batang, ia mampu bertahan hingga enam bulan. 3) Bedak asas jenis cecair Bedak asas jenis cecair mesti dijaga dengan rapi agar tidak masuk angin. Jika dijaga dengan elok, jangka hayatnya boleh bertahan hingga satu tahun. Namun, jika anda lihat bedak asas bertukar warna ataupun berbau, elakkan daripada menggunakannya. Ia boleh menyebabkan alahan kulit kerana bedak tersebut telah dijangkiti bakteria. 4) Pembayang mata dan pemerah pipi Pastikan produk ini sentiasa bertutup dan kering. Produk-produk solekan jenis serbuk boleh bertahan dua hingga tiga tahun. Jangan sesekali dedahkan produk di tempat yang panas, ia menyebabkan produk mudah rosak. 5) Gincu bibir Jangan sesekali meninggalkan gincu anda di tempat yang panas seperti di dalam kereta. Ia membuatkan gincu anda menjadi berminyak, cair dan bertukar warna. Pastikan gincu sentiasa ditutup dan diletakkan di tempat yang mempunyai suhu bilik. Jika dijaga dengan rapi, gincu mampu bertahan sehingga dua tahun. 6) Berus solekan Ramai yang kurang peka mengenai penjagaan berus solekan. Berus yang tidak bersih boleh menjadi ejen utama penyebaran bakteria pada kulit. Jika anda menggunakan berus setiap hari, bersihkannya setiap minggu. Berus yang dijaga rapi boleh bertahan sehingga dua tahun. Tip: Rendamkan berus-berus solekan di dalam bekas yang mengandungi cecair sabun selama beberapa minit. Kemudian gosok perlahan bulu berus agar semua sisa solekan keluar. Bilas dengan air bersih. Akhir sekali, lap dan keringkan dengan menggunakan kain yang bersih. Penting untuk anda ketahui tarikh luput kosmetik kerana jika tidak dijaga dengan baik, ia merupakan salah satu faktor kulit anda rosak. Sumber : Jelita |
23
Bagus |
28
Marah |
14
Terkejut |
16
Sedih |
20
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT