CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kerap Makan Kaki Ayam? Ini Kesannya

5-9-2016 03:06 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 20131| Komen: 72


Oleh : Dean BZ


Dalam banyak-banyak anggota badan ayam, kaki ayam agak kurang popular dan jarang dimakan mungkin kerana kurang isi atau juga "geli"?


Tulang kaki yang rapuh apabila direbus dan kulitnya yang kenyal membuatkan sup kaki ayam menjadi kegilaan sesetengah orang.

Bagi yang belum pernah merasa sup kaki ayam, mungkin anda perlu cuba terlebih dahulu kerana rasanya memang enak selain sangat baik untuk kesihatan. 

Berikut merupakan antara beberapa kebaikan apabila memakan kaki ayam samada direbus, digoreng, dibuat kerabu, kari atau apa-apa saja jenis masakan.



1. Kaki ayam ternyata baik untuk kesihatan kerana kandungan kalsiumnya.


Kaki ayam ternyata tidak hanya enak di makan saja, tapi ternyata baik juga untuk kesihatan kerana mengandungi kalsium. Bagi yang belum tahu, kalsium atau zat kapur sangat bermanfaat bagi penderita rheumatic atau sakit “joint and muscle”. Malah, kaki ayam inilah yang disyorkan oleh pakar untuk diambil oleh mereka yang memiliki sakit reumatik. Dengan pengambilan yang teratur, pesakit reumatik berkemungkinan sembuh kerana kandungan kalsium yang diperlukankan tubuh dapat dipenuhi.


2. Kaki ayam mengandungi kolagen.

Mungkin ramai yang belum begitu faham tentang apa itu kolagen dan apakah memakan kaki ayam itu baik. Kolagen dikenal sebagai salah satu jenis protein yang dibentuk dari hydrogen, oksigen dan karbon dan terdiri dari asam amino; Arginine, Hydroxyproline, dan Glycine. Bahagian tubuh manusia, seperti kuku, rambut, tulang rawan, otot, tendon, tulang, dan kulit disokong dan dihubungkan oleh kolagen. Ini pun juga fakta bahawa kolagenlah yang membentuk kulit kita sebanyak 75% dan bahkan kolagen itu sendiri ada dalam tubuh kita lebih kurang 33%.

Itu ertinya, memakan kaki ayam tidak pernah salah apalagi bagi wanita yang ingin memiliki kulit mulus dan cantik kerana kandungan kolagennya mampu memenuhi keinginan tersebut. Ini dia beberapa manfaat kolagen yang boleh disemak.

- Kemerahan kerana kulit yang sensitif atau kena radang dapat dikurangkan.
- Kulit menjadi lebih lembut dan cerah.
- Kulit menjadi lebih kenyal seperti kulit bayi.
- Elastik dan ketegangan kulit dapat ditingkatkan.
- Kedut dan garis-garis kecil tanda-tanda penuaan dapat dikurangkan.
- Sistem pembuluh darah menjadi lebih kuat dan lancarnya peredaran darah juga merupakan keuntungan memakan kaki ayam.
- Bekas jerawat dapat dihilangkan dan dicegah untuk kembali.
- Kulit yang tadinya pecah-pecah dan sangat kering dapat dijadikan kembali halus dan normal.
- Timbulnya jerawat bakal dicegah dan bagi yang sedang berjerawat, penyembuhan akan lebih cepat ketika kulit menyerap kolagen.
- Warna kulit yang kurang merata akan lebih merata dan bersinar.
- Bahagian-bahagian tubuh yang terlihat hitam akan menjadi lebih putih, seperti bahagian siku, ketiak, dan bibir pun juga boleh menjadi merah muda yang tadinya banyak pigmen hitamnya.

Sumber foto - suzana-ciksue.blogspot.com


3. Kaki ayam boleh mencegah osteoporosis.

Tanpa disedari kaki ayam banyak mengandungi protein yang membantu merawat kulit, otot, tulang, dan kolagen. Kolagen adalah sejenis protein mempunyai ikatan yang liat dan bening berwarna kekuning-kuningan. Jika terkena panas, kolagen akan mencair jadi agak kental seperti gel.

Susunan utama pada kaki ayam adalah asid amino, iaitu komponen berlandaskan protein. Dalam asid amino sendiri terdapat glisin-prolin, hidroksiprolin-agrinis-glisin. Kaki ayam juga mengandungi zat kapur dan sejumlah mineral.

Kalsium memang mempunyai kesan untuk membangun dan mempertahankan kekuatan tulang, termasuk membantu mengatur degupan jantung, pertumbuhan otot, dan mencegah pengumpatan darah.

Di China, kaki ayam sering menjadi bahan tambahan untuk menu sup mereka kerana memang dipercayai bahawa dengan memakannya bakal awet muda. Selain itu, para ahli bela diri di sana juga memakan kaki ayam dengan teratur kerana pergerakan mereka boleh menjadi lebih lancar.

Pasti selepas ini ramai yang mula beralih kerapa resepi berasaskan kaki ayam. Jika pertama kali ingin mencuba memasak sup kaki ayam, rujuk resepi dibawah ini :



BAHAN-BAHAN
– 500 gram kaki ayam, dipotong dua.
– 3 biji bawang merah yang dihiris
– 5 ulas bawang putih yang dihiris
– 1 inci halia juga dihiris
– 1 sup bunjut
– Sedikit rempah 3 serangkai -kayu manis, bunga lawang dan biji pelaga
– Sedikit minyak
– Sedikit garam
– Daun sup, bawang goreng, daun bawang – penambah perasa
– Sayur ikut citarasa sendiri – kentang, lobak merah, cendawan…
– Air

 
CARA-CARA
1. Masukkan semua bahan-bahan – kaki ayam, sup bunjut , bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis dan rempah serta air hingga tenggelamkan bahan-bahan termasuk kaki ayam.
2. Reneh dengan api perlahan sehingga mendidih dan pastikan kaki ayam lembut. Tambah air sekiranya perlu.
3. Masukkan sayur-sayuran yang telah dipilih tadi, reneh sehingga masak. Kalau guna ubi kentang, ia hendaklah dimasukkan terlebih dahulu kerana masa lebih panjang untuk lembutkannya. Juga masukkan garam.
4. Hidangkan serta tambahkan dengan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.

Selamat mencuba!- CARI





Sumber - OhMyMedia/eresipi.com


20

Bagus
5

Marah
16

Terkejut
18

Sedih
4

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aTiKah_aYuNi 5-9-2016 03:13 PM
tetap x boleh lalu kat tekak.....
Quote rospinki 5-9-2016 03:21 PM
memng elok utk kesihatan..aku rajin jugak makan..tapi malas nk rebus proses semua tu lama.

dulu rajin buat shipment import kaki ayam dari obesi utk menanmpung bekalan kaki ayam di malaysia/thailand

Quote kornea 5-9-2016 03:35 PM
Jijiksssss
Quote Super-M 5-9-2016 03:36 PM
Kaki Ayam Katanya banyak kolagen.ada tgk ho chak Ke apa..cina2 suka.siap masak ala2 Kickapoo lepastu Ratah makan.aku Nak Cuba tapi geli.
Quote supernaturalee 5-9-2016 03:46 PM
yikes


igt lg ms nk potong jejari ayam tu
menggeletar satu bdn



Quote -electrifying- 5-9-2016 05:23 PM
kembang tekak
Quote beautifulliar 5-9-2016 05:30 PM
Knp sume tak mkn kaki ayam ni.sdp la woi kruk kruk buat sup reneh lame2..
Quote Artemesiaa 5-9-2016 05:33 PM
Tak minat nak cuba
Quote Mizlyn 5-9-2016 06:22 PM
sedap i suke.. kenyal2 je ratah bila makan sup..yummy
Quote Vellfire 5-9-2016 07:01 PM
Xpenah try.. hmm byk lagi yg boleh dimakan
Quote DeeHanania 5-9-2016 07:15 PM
Yummy...feveret,buat sup gan sambal kicap sedap!!
Quote sambaldurian 5-9-2016 08:39 PM
Kaki ayam ni ak suka mkn, nk2 time hujung2  jari tu. Prap2 mkn rawan dia. Organ ayam plg ak x suka hati dia.tekstur  hati xbest. At least kaki ada kulit jgk
Quote FallenKing 5-9-2016 08:48 PM
Makan kaki ayam,  kaki lagi kuat,  lari kuat...
Quote J4I 5-9-2016 09:05 PM
Tak ingin langsung
Quote FARRAZOOL 5-9-2016 10:57 PM
Tak tertelan tekak...
Quote missDollie 6-9-2016 12:09 AM
DeeHanania replied at 5-9-2016 11:15 AM
Yummy...feveret,buat sup gan sambal kicap sedap!!

Sedap kan..aduh..lapo lak malam2 ni..  
Quote elrida 6-9-2016 12:33 AM
Woiihhh my favoooriitteeee!!
Rugi lah mengkeme tak suka. Kalau pergi kedai org kelatan mmg aku cari, nak makan lauk darat dia yg ada kaki ayam.
Pergi che meng nasi ayam pun aku cari kaki ayam coz kerabu kaki ayam dia sgt ohsem.

Khasiat dia muka aku licin & sejuk mcm lantai baru simen tau kakaakkaakaka
Quote ibu_haritz 6-9-2016 08:04 AM
sedap lah weiii kaki ayam..
lagi-lagi kalau buat sup atau kerabu.....
Quote DeeHanania 6-9-2016 08:12 AM
missDollie replied at 6-9-2016 12:09 AM
Sedap kan..aduh..lapo lak malam2 ni..

Tau xpe...ptg smlm i buat sup kaki ayam tuk berbuka puasa...kena lak sambal kicap...mabeles,yummy!!   

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.087235 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top