Oleh : Dean BZ Pelakon berpengalaman, Ako Mustapha atau nama sebenarnya, Muhaizad Ahmad Mustapha, 44, meluahkan rasa kecewa melihat perkembangan dunia lakonan tanah air ketika ini. Pelakon-pelakon baharu yang memegang watak utama atau hero dalam sesebuah drama kerana tidak mempunyai standard tertentu. Kebanyakkan hero baharu yang dipilih oleh stesen televisyen hanya berdasarkan rupa paras semata-mata tanpa menilai kualiti lakonan mereka, jelas beliau. "Kualiti hero sekarang sudah menurun, siapa sahaja boleh jadi hero jika ada wajah yang kacak.
"Mereka terus diberi peluang pegang watak utama tanpa watak-watak kecil terlebih dahulu. Tahap lakonan atau kualiti sudah tidak penting," ujarnya kepada mStar Online. Tambah Ako, peluang juga seharusnya diberikan kepada pelakon-pelakon baharu yang mempunyai ilmu dalam bidang lakonan atau seni persembahan. Katanya lagi, ramai siswa dan siswazah yang mendalami ilmu dalam bidang lakonan atau seni persembahan yang tidak mendapat peluang tersebut. Sementara itu, Ako kini tidak terlalu aktif berlakon kerana memberi fokus terhadap bidang perniagaannya. Bagaimanapun, dia masih menerima tawaran daripada produksi milik rakan-rakan yang memerlukan khidmatnya sebagai pelakon. Berdasarkan pengalaman beliau sebagai seorang artis yang telah lama berkecimpung dalam dunia seni lakonan iaitu hampir 20 tahun, mungkin pandangan beliau ada kebenarannya. - CARI Sumber - MstarOnline |
11
Bagus |
11
Marah |
10
Terkejut |
9
Sedih |
11
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
lotionmilo replied at 10-9-2016 01:51 PM
Ahahhahahahaha
Heroin pon
Tapi heroin worsttt
ADVERTISEMENT