oleh Adib Za Bagi anda yang mengikuti laman Instagram milik pelakon Ungku Ismail Aziz, pastinya perasan pelakon itu kini nampaknya makin 'galak' memuat naik gambar selfie.
Iyalah, ia berbeza dengan Ungku Ismail yang sebelum ini, tak gemar bergambar selfie kerana dia dikatakan tak gemarkan publisiti. Namun, menerusi Berita Harian Ungku Ismail berkata gambar yang dimuat naik itu bukanlah 'suka-suka' atau pun nak cari publisiti murahan, sebaliknya sebagai salah satu tuntutak kerjayanya sebagai selebriti. "Ada peminat yang bertanya, mengapa kini saya gemar 'berselfie'? Bagi individu terbabit, apa yang saya lakukan itu tidak 'cool' kerana minat itu cenderung dilakukan oleh wanita. Saya tidak menyalahkan mereka kerana setiap manusia mempunyai pandangan dan pendapat tersendiri. "Saya akui, dulu saya tidak minat untuk 'berselfie' tetapi kini saya melakukannya kerana komitmen sebagai duta produk. Setiap apa yang saya lakukan itu bersebab dan bukan disengajakan. Sebelum ini, saya akan tepis apa saja pandangan umum sama ada positif atau negatif tetapi dalam perkara tertentu, saya perlu bersuara.
"Ia penting bagi mengelakkan orang ramai keliru. Suara saya ini bukan hanya untuk diri, tetapi juga mewakili artis lain," terangnya. - CARI Sumber: Berita Harian |
mystica replied at 13-9-2016 12:03 PM
oh dia ni ke ungku ismail. aku ingatkan ex hubby erra fazira tadi.
neez_cookies replied at 13-9-2016 12:20 PM
Ex erra tu ungku emran
ADVERTISEMENT