CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Saida Tarudin, Kakak Siti Nurhaliza Bakal Berkahwin Kali Kedua Hujung Tahun Ini

17-9-2016 01:16 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 38939| Komen: 205

Oleh Izzah Abbasy

Bagai lama menyepi daripada dunia nyanyian, penyanyi yang juga kakak kepada Datuk Siti Nurhaliza iaitu Saida Tarudin mengesahkan bakal berkahwin dengan lelaki yang dikenali sebagai Apit, hujung tahun ini selepas lima tahun menjanda. 

Saida, 40, berkata, dia belum bersedia berkongsi tarikh majlis pernikahan kerana masih banyak perkara perlu diselesaikan.



"Betul, saya akan berkahwin tidak lama lagi cuma belum boleh maklumkan tarikh. Jika sudah ada kepastian, saya akan kongsi dengan semua.


"Bagi saya perkara baik sebegini tidak salah diuar-uarkan. Jadi doakan yang terbaik untuk saya. Saya juga berharap segala yang dirancang berjalan lancar," katanya kepada Harian Metro.

Saida berkata, perhubungan yang terjalin hampir empat tahun itu pernah putus tiga bulan.

Ditanya sejauh mana penerimaan empat anaknya, Saida berkata mereka mengambil masa untuk menerima bakal suaminya itu.

"Pada mulanya, agak susah tetapi sebagai ibu saya perlu menjelaskan kepada mereka. Saya selalu bercakap mengenai perkara ini supaya mereka lebih faham.

"Namun anak-anak tidak pernah menghalang jika saya mahu berkahwin lagi. Lagi pun mereka sudah dewasa, jadi sedikit sebanyak sudah mengerti," katanya.

Hasil perkahwinan selama 15 tahun dengan bekas suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Siti Nuruunnyssa, 19, Anas, 17, Khalid, 13, dan Siti Nurul Mashitah, 10. - CARI




15

Bagus
23

Marah
12

Terkejut
13

Sedih
11

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (91 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shalola 15-9-2016 12:59 AM
Cantiknya dia..
Quote cik_tonggek 15-9-2016 01:02 AM
Persoalannye dia kawin dgn gozali tuh 15thn, anak sulong umo 19
Quote Laisa 15-9-2016 01:03 AM
Saida ni cantik muka elegant
Quote barto 15-9-2016 01:04 AM
cik_tonggek replied at 15-9-2016 01:02 AM
Persoalannye dia kawin dgn gozali tuh 15thn, anak sulong umo 19

Sbb dh 5 tahun menjanda
Quote FARRAZOOL 15-9-2016 01:06 AM
Congrats.....
Quote emelia1509 15-9-2016 01:06 AM
Congrats saida..Makin cantik
Quote Matakilat 15-9-2016 01:07 AM
Woa....semoga dipermudahkan...
Quote cik_tonggek 15-9-2016 01:08 AM
barto replied at 15-9-2016 01:04 AM
Sbb dh 5 tahun menjanda

Khennnnn mabuk todi akak ni  
Quote Aduradura 15-9-2016 01:13 AM
Saida ni yang pena masuk AF tu kan.. sampai skrg aku still ingat dia nyanyi lagu dokter cinta dekat AF dulu2 ape2 pun tahniah la.. yang penting badan dia maintain kerengga
Quote cik_tonggek 15-9-2016 01:17 AM
Aduradura replied at 15-9-2016 01:13 AM
Saida ni yang pena masuk AF tu kan.. sampai skrg aku still ingat dia nyanyi lagu dokter cinta dekat  ...

Alaaa akak nak ajak chuols gosip pasal perantin laki tu. Adakah heshe mamat yg kena tangkap basah dgn saida masa masih jadi bini gozali dulu tuh
Tapi ni dah pukoi satu pagi dah, esok je lah kita gosip
Quote Aduradura 15-9-2016 01:28 AM
cik_tonggek replied at 15-9-2016 01:17 AM
Alaaa akak nak ajak chuols gosip pasal perantin laki tu. Adakah heshe mamat yg kena tangkap basah  ...

haha agaknye lelaki yang same la kot.. name lelaki tu pun lebih kurang je dgn skandal yg dulu
Quote munchkin 15-9-2016 01:42 AM
cik_tonggek replied at 15-9-2016 01:17 AM
Alaaa akak nak ajak chuols gosip pasal perantin laki tu. Adakah heshe mamat yg kena tangkap basah  ...

Hah penah wet catch ke?  Tak penah dengar pun
Quote melinda_kerr 15-9-2016 01:44 AM
laki yg sama yg sampai becerai duluke? saida ni lawa.
Quote cikgojesss 15-9-2016 01:56 AM
macam sedap jah laki baru sheols ni
Quote danieladam 15-9-2016 06:34 AM
cik_tonggek replied at 15-9-2016 01:02 AM
Persoalannye dia kawin dgn gozali tuh 15thn, anak sulong umo 19

Adoi..noob nya sis!      
Quote oak.balustrade 15-9-2016 06:45 AM
Tahniah saida. Harap2 x caras laki orang yer
Quote oak.balustrade 15-9-2016 06:45 AM
Tahniah saida. Harap2 x caras laki orang yer
Quote pakis_hutan 15-9-2016 06:47 AM
Errrrr..aku ucapkan tahniah dulu
Quote mieymiey 15-9-2016 06:53 AM
Edited by mieymiey at 15-9-2016 06:55 AM
cik_tonggek replied at 15-9-2016 01:17 AM
Alaaa akak nak ajak chuols gosip pasal perantin laki tu. Adakah heshe mamat yg kena tangkap basah  ...

Saida pernah kena tangkap basah ker sebelum ni sis? Awat ai tertinggal train to Busan?

Lihat semua komen(205)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.173914 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top