Oleh : Dean BZ Memakai cincin dalam tempoh terlalu lama mungkin akan menimbulkan masalah apabila jari semakin membesar dan mengembang. Akibatnya cincin akan sukar di buka atau dibuang dari jari kerana sudah terlalu ketat. Pelbagai cara telah digunakan untuk menanggalkan cincin yang sukar dibuang dari jari antaranya menggunakan air sabun, minyak, benang dan sebagainya. Namun hasilnya menyakitkan kerana jari tetap terluka dan tercedera teruk. Usah risau jika anda mengalami masalah seperti ini, anda boleh cuba satu lagi cara seperti dibawah. Hanya sediakan floss dan pin seterusnya ikut tips cara yang ditunjukkan dalam video di bawah. Untuk lebih selamat gunakan toothpick atau pencungkil gigi sebagai ganti pin yang tajam.
Loading FB Video... Lakukan dengan berhati-hati dan semoga berjaya!. - CARI. Sumber- fitrihadi.com
|
ADVERTISEMENT