Oleh : Dean BZ Bukit Berekeh atau juga dikenali sebagai Bukit Botak mempunyai ketinggian 1940 ft ( 454 meter ) terletak di Kampung Bawong, Lasah, Sungai Siput, Perak. Sekali pandang, pasti ada yang terfikir ini adalah Bukit Broga yang terletak di Semenyih yang mana sememangnya sudah terkenal di laman-laman sosial. Walaupun Bukit Berekeh ini masih kurang mendapat tumpuan para pendaki namun yang pasti bukit ini menawarkan panoramana yang sangat indah. Dari puncak bukit ini, pendaki boleh melihat gunung-gunung yang terdapat di sekeliling dan juga titiwangsa banjaran Titiwangsa yang mana menjadi tulang belakang Malaysia. Bagaikan berada diatas awan! Selain itu, pengunjung juga boleh melihat pemandangan kampung Bawong iaitu penempatan orang asli serta hamparan ladang kelapa sawit yang terbentang luas di kaki bukit ini.
Rumput-rumput yang berwarna keperangan memberi satu pamandangan seolah-olah berada di kawasan savana ataupun di persekitaran Gunung Sahara. Jadi, sudah pastinya amat sesuai untuk aktiviti photoshoot. Untuk mendaki bukit ini, pendaki dinasihatkan mendaki seawal selepas waktu Subuh bagi mengelakkan cuaca panas ketika mendaki. Jangan lupa bawa air minuman secukupnya!. - CARI |
16
Bagus |
4
Marah |
10
Terkejut |
3
Sedih |
14
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT