Oleh Izzah Abbasy
Pemenang Dewi Remaja, Raysha Rizrose yang juga adik tiri kepada Nelydia dan Uqasha Senrose baru-baru ini dikatakan mula menunjukkan sikap diva tidak bertempat. Khabaran mengenai gosip ini ditulis di ruangan Cik Pang di Harian Metro dan Cik Pang dilihat betul betul geram dengan sikap pelakon baru itu. Kata Cik Pang, sudah beberapa kali dia menerima khabar sedemikian. “Kata teman Cik Pang, gadis itu difahamkan akan memberi macam-macam syarat jika mahu dipanggil bagi sesi fotografi bersama media. Antaranya, mahu jurusolek dan pakaian yang dipilih oleh dia sendiri. Kalau jurusolek atau pakaian tidak popular, dia enggan beri kerjasama” “Bak kata orang, nak itulah! Nak inilah! Padahal kalau berurusan dengan adik-beradiknya yang lain seperti Nelydia dan Uqasha, tidaklah sampai bersyarat bagai bulan dan bintang,” tulis Cik Pang. Bagaimanapun, pelakon ini belum lagi mengeluarkan sebarang berhubung perkara di atas. Sementara itu, di Utusan Online pula, Raysha memberitahu bahawa dia adalah seorang yang mudah menerima teguran. Malah menurutnya, dia juga pernah ditegur sendiri oleh pelakon dan pengarah Sabri Yunus, Saiful Apek, Razak Mohaideen, selain turut dinasihati oleh Fasha Sandha mengenai soal disiplin. Apa pun, jika benar seperti yang didakwa, pesanan Cik Pang di akhir luahan perasaannya yang menyatakan bahawa Raysha boleh belajar daripada pengalaman adik-beradik lain yang sudah dulu makan garam dalam industri seni, tidak patut dipandang ringan. - CARI Sumber : Rotikaya
|
11
Bagus |
25
Marah |
15
Terkejut |
20
Sedih |
17
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
putehkundor replied at 19-9-2016 12:42 PM
Gambar tak de ke?
First time kot aku dgr nama dia
rania_maira replied at 19-9-2016 04:47 AM
Nah kak.. blh thn cun gak kan..
Sumber pic: ig raysharizrose
edoraixora replied at 19-9-2016 01:09 PM
dia ade berlakon ke, macam tak kenal je
edoraixora replied at 19-9-2016 01:09 PM
dia ade berlakon ke, macam tak kenal je
ADVERTISEMENT