Oleh Izzah Abbasy
Seronok kalau dapat pusing-pusing kota raya dengan beca. Tetapi kebanyakan beca kini tidak mendapat pilihan pelanggan kerana keadaan beca itu sendiri dan ia dikatakan tidak lagi relevan. Oleh disebabkan itu, perkhidmatan beca elektrik diperkenalkan di Ipoh sebagai tarikan pelancongan terbaharu sempena Tahun Melawat Perak 2017. Exco Pelancongan, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata kali terakhir perkhidmatan beca ada di Ipoh adalah pada 2005 dan kali ini beca yang disediakan adalah unik kerana ia telah dimodenkan.
Ketika ini kebanyakan hotel turut memberikan perkhidmatan itu secara percuma sekiranya menginap di hotel tersebut. Perkhidmatan beca itu disediakan oleh M Bike Sdn Bhd kepada pengunjung yang ingin bersiar di lokasi menarik di sekitar bandaraya Ipoh. Perkhidmatan yang telah bermula pada 1 September lalu itu memperkenalkan tiga pakej iaitu satu perjalanan, laluan warisan dan sewa khas. Bagi pakej satu perjalanan, pengunjung akan menaiki beca dari satu lokasi ke satu lokasi lain dengan bayaran RM6 manakala laluan warisan yang berharga RM30 akan melalui 26 lokasi pelancongan di Ipoh selama 45 minit. Pakej sewa khas pula akan membawa pengunjung ke mana-mana destinasi dengan jarak 10 kilometer hingga 15 kilometer dengan kadar bayaran RM50. Perkhidmatan dari pukul 9 pagi hingga 12 malam setiap hari itu, bermula dari tiga lokasi iaitu Kinta Riverfront, Stesen Keretapi Ipoh dan Restoran Plan B. - CARI Sumber : Astro Awani
|
6
Bagus |
4
Marah |
7
Terkejut |
13
Sedih |
10
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT