CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Stesen Angkasa China, Tiangong-1 Akan Jatuh Ke Bumi Pada 2017

22-9-2016 12:51 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4488| Komen: 16


Oleh : Dean BZ

Stesen Angkasa China, Tiangong-1 


BEIJING: Tiangong-1, stesen angkasa China yang pertama dijangka jatuh ke dalam atmosfera Bumi pada akhir tahun 2017. Perkara itu disahkan sendiri oleh Pegawai China.

Modul sepanjang 10.4 meter dan seberat 8.5 tan itu dilancarkan pada 2011. Namun makmal angkasa yang mengorbit ruang angkasa China itu dihentikan awal tahun ini selepas gagal berfungsi selepas dua tahun di angkasa. 

Minggu lalu, Timbalan Pengarah pejabat pengendali kejuruteraan angkasa, Wu Ping, memberitahu sidang akhbar ia sudah memenuhi misi bersejarah secara menyeluruh dan ketika ini masih kukuh dan mengorbit pada ketinggian purata 370 kilometer. 


Lokasi serpihan Tiangong-1 yang akan terhempas ke bumi juga masih menjadi tanda tanya dan ia menimbulkan kebimbangan banyak pihak walaupun pihak kejuruteraan angkasa China menjangkakan Tiangong-1 akan terbakar dan hancur sebelum sempat terhempas ke bumi. 

"Berdasarkan pengiraan dan analisis kami, kebanyakan bahagian makmal angkasa itu akan terbakar ketika jatuh," katanya, menurut agensi berita rasmi negara, Xinhua. Katanya ia tidak mungkin memberi kesan kepada aktiviti penerbangan atau menyebabkan kerosakan di darat kerana China sangat mengambil berat hal pengurusan serpihan ruang angkasanya. 

Bagaimanapun pengumuman itu masih gagal meredakan kebimbangan pakar astrofizik, Jonathan McDowell yang memberitahu akhbar Guardian, keadaan itu bermakna China kini sudah hilang kawalan ke atas stesen angkasa berkenaan.  - CARI





Sumber - BeritaHarian/Agensi

11

Bagus
4

Marah
12

Terkejut
2

Sedih
11

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (47 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote OmJualGas 22-9-2016 12:53 PM
made in china
Quote pyropura 22-9-2016 01:04 PM
Tiangong1 yang tongong
Quote AbukRokok 22-9-2016 01:05 PM
made in china the worst
xdpt menandingi stesen angkasalepas Mir dan ISS
Quote Pajeri_Nenas 22-9-2016 01:18 PM
Mintak jatuh di zakarta
Quote sikatkutu 22-9-2016 01:23 PM


lawak2..

tapi measat-1 juga aman2 je kat angkasaraya. lagi lama kot lancar 1996.. tongong-1 ni lancar 2011 dah nak jatuh.
Quote PongKang 22-9-2016 01:35 PM
mintak2 jatuh kat tempat china buat kubu kat spratly island tu.
Quote kemaruk 22-9-2016 01:42 PM
Lobai tanya, kalau bumi keliling matahari, camne satelit boleh lekat kat atas tu
Quote zorrro_03 22-9-2016 01:43 PM
harap jatuh atas kepala zionis laknatullah...
Quote shalola 22-9-2016 01:53 PM
Harap jatuh kat serail
Quote Nenasketum 22-9-2016 01:56 PM
Harap jatuh di Mainland China
Quote Peaches113 22-9-2016 03:36 PM
Made in china kekdahnya.
Quote Changa 22-9-2016 03:38 PM
sesuai la dengan china
Quote OmJualGas 22-9-2016 04:18 PM
kemaruk replied at 22-9-2016 01:42 PM
Lobai tanya, kalau bumi keliling matahari, camne satelit boleh lekat kat atas tu

jangan pertikai kan, ok...

dulu masa darjah 5, aku cakap la bulan tiada oksigen pasal aku tahu ada tengok tv...sekali adalah seorang dewasa ni sound aku balik kalu tiada oksigen macamna orang boleh pergi bulan....aku trus specless ....
Quote kemaruk 22-9-2016 04:25 PM
OmJualGas replied at 22-9-2016 04:18 PM
jangan pertikai kan, ok...

dulu masa darjah 5, aku cakap la bulan tiada oksigen pasal aku tahu  ...

Dorang percaya neil armstrong masuk islam setelah dengar azan kat bulan  
Quote bangcak 22-9-2016 04:29 PM
kemaruk replied at 22-9-2016 01:42 PM
Lobai tanya, kalau bumi keliling matahari, camne satelit boleh lekat kat atas tu

toksah la tanya lagi lobai.
elok arr lobai gi sambung study lagi.

Quote -electrifying- 22-9-2016 05:09 PM
made in china.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.246706 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top