CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Terokai Keindahan Tasik Chini Yang Penuh Lagenda

26-9-2016 11:30 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8831| Komen: 12


Kredit foto - kaiezu.deviantart.com


Lagenda kewujudan Naga Seri Gumum dan Naga Sri Pahang di Tasik Chini sentiasa menjadi bualan dan kepercayaan penduduk tempatan dan Orang Asli yang berumah di sekitar Tasik Chini, Pekan, Pahang.

Disebalik kisah mitos, Tasik Chini yang mempunyai keluasan hutan kira-kira 5,000 hektar sangat sesuai untuk yang inginkan ketengangan dan pelbagai aktiviti lasak. 

Bagi yang ingin menjalankan aktiviti sukan lasak, pelbagai aktiviti termasuk flying fox, abseiling dan permainan paintball turut disediakan. Pengunjung juga berpeluang menunggang kuda, melawat taman orkid dan menaiki bot mengelilingi Tasik Chini. 


Selain sesuai untuk aktiviti perkhemahan, tasik Chini juga sangat popular dikalangan pemancing kerana tasik ini mempunyai pelbagai spesis ikan air tawar. 

Untuk sampai ke Tasik Chini memerlukan pengunjung meredah perjalanan di kawasan pedalaman kerana Tasik Chini bukanlah berada berhampiran jalan utama, tetapi dikawasan yang agak terpencil. Terdapat beberapa pintu masuk utama untuk sampai ke Tasik Chini iaitu melalui Muadzam Shah, Kampung Belimbing dan persimpangan Paloh Hinai dengan jarak perjalanan 60 kilometer dari bandar Pekan dan 100 kilometer dari Kuantan.

Jika ingin menginap di kawasan berhampiran tasik, pihak pengurusan Tasik Chini Resort menyediakan bilik penginapan yang selesa termasuk asrama, bilik biasa, deluxe dan bilik VIP serta tapak perkhemahan dengan harga yang sangat berpatutan.

Kredit foto - malaysia-wildlife-and-nature.com

Kebiasaannya antara bulan Jun hingga September, Tasik Chini akan lebih ramai pengunjung kerana antara bulan ini bunga teratai akan berbunga lebat dan menghiasi tasik tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai Tasik Chini boleh melayari laman sesawang www.lakechiniresort.com. - CARI


Kredit foto - expatgo.com


Kredit foto - mysinchew.com
kredit foto - travelpahang-ruslan.blogspot.com

kredit foto - holidaygogogo.com

kredit foto - pinterest.com




22

Bagus
11

Marah
10

Terkejut
9

Sedih
21

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (91 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 26-9-2016 01:56 PM
Dah lama tak gi area ni tak tahu le pembangunannya dah makin baik atau maintain lusuh cam dulu
Quote zulka 26-9-2016 03:27 PM
mcm makin busuk je
Quote delisha09 26-9-2016 03:49 PM
cantiknya yg pic bunga teratai tu
Quote missinpiece 26-9-2016 04:14 PM
Cantik. Harap tetap terjaga keindahannya . Blum berpeluang g
Quote -electrifying- 26-9-2016 04:21 PM
syurga kaki pancing ni
Quote jambz 26-9-2016 09:45 PM
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!

Quote epis 26-9-2016 10:54 PM
Cantiknya teratai tu, masa g angkor wat...
Quote DeeHanania 29-9-2016 12:32 PM
Cantik teratai tu,kalo mmalam seram...
Quote insulin 29-9-2016 01:10 PM

Macam mana x busuk? Bayangan tuhan melombong bijih di kawasan berdekatan Tasik Chini. Air berkeladak dari kawasan lombong mengalir masuk ke tasik.
Quote xyhxxy 30-9-2016 04:14 PM
da lama x pergi sini
Quote cucuq 30-9-2016 04:26 PM
cantiknya penuh bunga teratai
Quote che_kembang 2-10-2016 03:42 AM
cantek..tp tu je ke aktiviti nye?

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.136645 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top