Jika anda merupakan peminat watak kartun Spongebob, pasti terkejut dengan kehadiran sebuah hotel di Dominican Republic ini.
Masakan tidak, ia benar-benar dibina dan juga direka menyerupai rumah bawah laut dalam siri kartun tersebut. Rumah nanas, di situlah tumpuan watak Spongebob bersama rakan-rakannya bermula. Wah, kini sebuah vila yang berinspirasi rumah nanas milik Spongebob telah dibina oleh Nickelodeon dan juga kerjasama Nick Resort Punta Cana. Bagi penggemar Spongebob bolehlah mengambil peluang menginap di sini, dengan harga USD$3,800 untuk satu malam! Ya, bukan calang-calang harganya, bersamaan RM157,000 hanya untuk semalam! Namun, pengalaman berharga ini tidak mungkin dapat dimiliki di tempat lain. Anda bakal mendiami rumah inspirasi sebenar Spongebob dengan keluasan 1,500 kaki persegi. Bukan sahaja ia dihias dengan begitu unik, persis berada di dalam air, malah anda juga boleh memesan Krabby Patties yang begitu popular dalam program Spongebob! Enak! - CARI
|
28
Bagus |
13
Marah |
15
Terkejut |
21
Sedih |
18
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
idakamaruddin replied at 28-9-2016 09:48 PM
agak2 la perkiraan tu
tggi btl exchange rate usd to myr..x kan la 41.35?
idakamaruddin replied at 28-9-2016 09:48 PM
agak2 la perkiraan tu
tggi btl exchange rate usd to myr..x kan la 41.35?
ADVERTISEMENT