CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Cara Semak Senarai Hitam PTPTN & Bersihkan Nama Dari Senarai Hitam

29-9-2016 12:55 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14062| Komen: 33




Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah bekerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia dalam usaha mengutip balik bayaran pinjaman termasuk menyenaraikan peminjam di dalam Pusat Rujukan Kredit dan Sistem Maklumat (CCRIS).

Buat peminjam yang masih gagal melakukan pembayaran dan ingin menyemak status disenarai hitam oleh Imigresen atau tidak, ikuti langkah-langkah berikut:



1- Klik http://sspi2.imi.gov.my/ untuk menyemak nama anda
2- Klik butang Semak

3- Masukkan No. K/P anda, dan tekan Semak


Jika keputusan semakan Tiada Halangan, bermakna anda bebas ke luar negara tanpa sebarang sekatan.



Jika sebaliknya, anda perlulah menyelesaikan dulu baki tertunggak untuk membersihkan nama anda dari senari hitam. CAra-cara adalah seperti dibawah.

1. Siapkan dokumen yang dikehendaki
- Surat Rayuan 
- Slip Gaji 2 bulan terkini
- Penyata Terkini KWSP

2. Pergi ke Ibu Pejabat PTPTN (Dah sampai naik tingkat 6)

Alamat :
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
Lot G2, Tingkat Bawah,
Wisma Chase Perdana,
Off Jalan Semantan,
Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur.

3. Ambil nombor giliran dan serahkan dokumen yang diperlukan

4. Buat bayaran pendahuluan/tunggakan & bayaran bulanan

5. Kembali ke kaunter untuk serahan resit bayaran pendahuluan/tunggakkan & bukti bayaran bulanan telah dibuat


Semua ni boleh diselesaikan dalam masa 1 hari. Bagi yang tak mampu, boleh memohon untuk potongan KWSP untuk selesaikan tunggakan PTPTN. Semoga berjaya. - CARI

28

Bagus
32

Marah
24

Terkejut
25

Sedih
22

Lawak
31

Bosan

Friends Rank (162 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamapea 29-9-2016 02:44 PM
perjanjian bwh thn 2001 x blh buat pengeluaran kwsp...
aku tgh tersepit...
Quote cikanggun 29-9-2016 07:24 PM
mamapea replied at 29-9-2016 02:44 PM
perjanjian bwh thn 2001 x blh buat pengeluaran kwsp...
aku tgh tersepit...

Kenapa tak  boleh mama? Cer lempang pengarah ptptpu tu... org nk byr hutang patutnya dipermudahkanlah...
Quote che_kembang 29-9-2016 08:05 PM
cikanggun replied at 29-9-2016 07:24 PM
Kenapa tak  boleh mama? Cer lempang pengarah ptptpu tu... org nk byr hutang patutnya dipermudahkan ...

yer la..nape x leh?iols nye diploma 2000 da setelkan pakai kwsp ok jer
tp x tau lah kalau dibolehkn sbb iols buat ujrah utk degree pulok.
Quote cikanggun 29-9-2016 08:18 PM
che_kembang replied at 29-9-2016 08:05 PM
yer la..nape x leh?iols nye diploma 2000 da setelkan pakai kwsp ok jer
tp x tau lah kalau diboleh ...

Itu ler... tp rasanya mmg penah dgr kalo loan thn sekian2, xleh pakai kwsp... yg tak phm tu, apa mslh depa ni?? Org nk settle hutang, pakai duit sendirik kot... yg depa pi susahkan tu yg x brape nk phm....
Quote che_kembang 29-9-2016 08:21 PM
mamapea replied at 29-9-2016 02:44 PM
perjanjian bwh thn 2001 x blh buat pengeluaran kwsp...
aku tgh tersepit...

mama..ade penjelasan ke nape tak leh buat tu?
Quote makneng 30-9-2016 08:54 AM
Artikel jaman bila ni?  Ptptipu kat wisma chase perdana tu bukan dah berbulan pindah tmpt baru ke?  Ke ada yg blm pindah?
Quote mamapea 30-9-2016 09:16 AM
cikanggun replied at 29-9-2016 07:24 PM
Kenapa tak  boleh mama? Cer lempang pengarah ptptpu tu... org nk byr hutang patutnya dipermudahkan ...

Soalan 1:
Apakah syarat-syarat untuk membuat bayaran balik melalui pengeluaran KWSP?

Jawapan:
Syarat-syarat bagi pengeluaran KWSP untuk tujuan bayaran balik pinjaman  pendidikan PTPTN adalah seperti berikut:
  • Pengeluaran daripada Akaun II peminjam:

-  Perjanjian pinjaman pendidikan yang ditandatangani pada atau selepas 2 Januari 2001 (Peringkat Diploma dan ke atas  sahaja).
  • Pengeluaran daripada Akaun II ibu/bapa peminjam (ibu/bapa peminjam adalah ahli):

-  Perjanjian pinjaman yang ditandatangani pada atau selepas 1 April 2000 (Peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja).
-  Perjanjian pinjaman yang ditandatangani pada atau selepas 17 Januari 2006 (Peringkat Diploma sahaja).
Quote mamapea 30-9-2016 09:21 AM
che_kembang replied at 29-9-2016 08:21 PM
mama..ade penjelasan ke nape tak leh buat tu?

penjelasan tgk kt atas...baru jer contact org ptptn mggu lps...budak ni baik btl...
dia sanggup nak tolong...kena byr certain2 amount pastu reschedule balik...
skali tgk kontrak x blh buat pengeluaran kwsp...mmg frust giler la...
mana nak korek sampai 8k++ nk byr 50% dulu...aku byr skrg ni RM50 jer...
dok byr ratus2 x luak pun baki tu...staff ptptn sndr yg ckp...kalau nak baki berkurangan aku kena byr 50% baru blh tukar ujrah..
Quote cikanggun 30-9-2016 12:17 PM
mamapea replied at 30-9-2016 09:16 AM
Soalan 1:
Apakah syarat-syarat untuk membuat bayaran balik melalui pengeluaran KWSP?



Mama, maksud saya kenapa ada certain2 tahun plak applicable?? Awat tak accept jer semua application... kan ker tujuan pakai kwsp tu utk byr blk hutang belajar... yg pi susahkn lg org ramai watpaaaa...
Quote mamapea 30-9-2016 02:26 PM
cikanggun replied at 30-9-2016 12:17 PM
Mama, maksud saya kenapa ada certain2 tahun plak applicable?? Awat tak accept jer semua applicat ...

tu xtau...kena tanya ptptn sndr...aku pun malas nak fikir2...byr je la sbln 50 ringgit...
janji nama x blacklist kt imigresen...kita nak byr btl2 jd mcm ni pulak...
kalau dpt byr separuh pastu reschedule blk cantikla payment...ni nk byr separuh pun x blh...
biar je la...

Quote Cyempaka 30-9-2016 03:04 PM
aku nak setel guna kwsp. agreement m/s1 hilang. m/s 2-5 ada. mintak copy dgn ptptn, siap bayar rm90 utk dapat copy. tunggu 2 minggu blh dia cakap diaorang pun dah hilang sebab pindah ofis banyak doc hilang katanya. mintak balik duit smp kesudah xdapat balik

derang bagi 1 surat pengesahan suruh bagi kat kwsp, tapi kwsp xnak terima, xboleh buat pengeluaran.
sudahnya kena la bayar installment sampai mereput.
Quote che_kembang 30-9-2016 08:55 PM
Cyempaka replied at 30-9-2016 03:04 PM
aku nak setel guna kwsp. agreement m/s1 hilang. m/s 2-5 ada. mintak copy dgn ptptn, siap bayar rm90  ...

ni buat bile?iol buat bulan 12 2015 x yah bwk agreement pun..die cek kat system.iol nye agreement pun x tau mane ntah.
Quote che_kembang 30-9-2016 09:00 PM
mamapea replied at 30-9-2016 02:26 PM
tu xtau...kena tanya ptptn sndr...aku pun malas nak fikir2...byr je la sbln 50 ringgit...
janji n ...

hmm..bertabah la mama..rezeki iol kot leh byr dip thn 2000 pakai kwsp..mama dok mana?iol buat kat ptptn yg dlm sopink mall jah..terjah sambil sopink2.. sekali dpt pulak setelkan pakai kwsp n ujrah skali, walaupn amik masa tp x der hiccup. alhamdulillah ok
Quote crystel 30-9-2016 09:14 PM
Ptptn membebankan.. Dengan sara hidup yg tinggi skrg ni dan gaji yg tak seberapa nak merancang masa depan pun susahhhhhh
Quote Cyempaka 1-10-2016 12:00 AM
Edited by Cyempaka at 1-10-2016 12:02 AM
che_kembang replied at 30-9-2016 08:55 PM
ni buat bile?iol buat bulan 12 2015 x yah bwk agreement pun..die cek kat system.iol nye agreement  ...


Loan 2005  
Nak ambik kwsp tu tgh thn lepas. Bln 5,6 macam tu la.
Aku g 5 kwsp termasuk hq jln raja laut semua reject sebab xde agreement page 1. Nak kuarkan duit sendiri pun susah  
Quote ashk4nn 1-10-2016 02:20 AM
mamapea replied at 30-9-2016 09:21 AM
penjelasan tgk kt atas...baru jer contact org ptptn mggu lps...budak ni baik btl...
dia sanggup n ...

rasanya boleh nego lg. ckp sy x mampu dan takde wang sebanyak 50% tu. sy cuma ada sekian2 amount je..cth rm500. ada kawan bayar 500 je leh wat ujrah. sy pon masa nak buat ujrah dorg mintak dekat 7k, sy cakap takde. ada 3k je. masa ni taktau rupanya boleh minta kurang lg
Quote zuri154 1-10-2016 07:43 AM
mamapea replied at 29-9-2016 02:44 PM
perjanjian bwh thn 2001 x blh buat pengeluaran kwsp...
aku tgh tersepit...

kalau baca syarat yg mamapea tefek tu...

kesimpulannya sape ambik ptptn utk pengajian diploma sblum tahun 2001 x bole withdraw EPF la

Quote che_kembang 1-10-2016 10:30 AM
Cyempaka replied at 1-10-2016 12:00 AM
Loan 2005   
Nak ambik kwsp tu tgh thn lepas. Bln 5,6 macam tu la.
Aku g 5 kwsp termasuk hq  ...

kalau uol rajin pegi ler ptptn kat mines shopping tu.sabtu ahad x sure la bukak ke x..sebelah tgv je..eh ke gsc ntah..staff dieorg helpful sgt. iol pn x sangka leh settle kan guna kwsp/ujrah tanpa bwk perjanjian. kan niat nk bersopink, idok le bwk perjanjian kann..tp kalau uol ade lg perjanjian tu, bwk aje la. semoga dipermudahkan..
Quote alieyrina 1-10-2016 05:23 PM
Edited by alieyrina at 1-10-2016 05:25 PM

Masa aku buat ujrah buat sendiri jah..lepas pulak..masalahnya aku ni xtau sebelum tukar ujrah ada sejumlah amaun aku kena setel..setelah 7, 8 taun iaitu baru2 ni baru aku tau..bygkan tunggak aku selama 7 tahun ni!

Aku mcm mamapea la xlayak kuaq epf utk byr..tp nasib aku baik ritu kuaq duit utk beli rumah..sudahnya baki duit rumah aku byq utk tunggakan ..mereputla impian aku nak reno umah ..jadi umah antu gamaknya esok ! So aku setel dlm 1 hari jugak sbb lagi tggu lagi hutg meningkat..budak ptptn buat surat pelepasan emel ke aku..

so la ni aku masih byr ujrah bulan2..kesah nya..

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.068733 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top