Awal Pagi Khamis lalu, sebuah tren New Jersey Transit merempuh stesen Hoboken yang membabitkan tiga maut dan lebih 100 cedera.
Kemalangan itu juga menyebabkan kerosakan besar bangunan stesen berkenaan dan menghentikan perkhidmatan kereta api ketika waktu puncak. Menurut jurucakap New Jersey Transit, Jennifer Nelson, kemalangan terbabit berlaku sekitar jam 8.45 pagi Khamis lalu ketika tren berkenaan menghampiri stesen di trek 5 dari Spring Valley, New York menerusi jaringan Pascack Valley Line. “Ada mangsa mengalami pelbagai kecederaan, serta kritikal ketika ini.Terminal tren ditutup.” Paparan gambar yang tersebar di media sosial kelihatan di tempat kejadian, logam remuk, wayar dan serpihan bertaburan di lantai. Sebahagian siling stesen turut runtuh. Pengacara WFAN John Minko yang kebetulan berada di tempat kejadian sempat menyaksikan kejadian beritahu saluran CBS2, “Tren tidak berhenti dan terus merempuh penghadang dan terus ke kawasan penyambut tetamu.” Seorang penumpang, Lauren Berlamaino, berkata beliau sedang duduk di gerabak kedua tren apabila berlaku rempuhan. “Kami menghampiri stesen, saya terfikir ia tidak berhenti. Perkara selanjutnya yang saya tahu, kepala saya ke depan, melanggar tempat duduk dan melantun, juga jeritan di sana-sini,” katanya sambil memberitahu ramai penumpang dalam tren berdiri kerana tidak cukup tempat duduk.- CARI |
5
Bagus |
8
Marah |
2
Terkejut |
3
Sedih |
9
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT