Alor Setar: “Arwah ada menyuarakan hasratnya untuk bertunang selepas Aidilfitri ini beberapa hari lalu, malah dia nampak bersemangat mengemas dan mengecat rumah sambil dibantu rakannya, Sabtu lalu,” kata Mashitah Rafie. Mashitah, 45, adalah kakak kepada Mohd Izwan Faiz Rafie, 26, yang maut dalam kemalangan bersama rakan niaganya, Zahiroh Zakaria, 39, apabila kereta dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh sebuah lori tangki di Batu 6, Jalan Alor Setar-Sungai Petani, dekat sini, jam 4.30 petang kelmarin. Dalam kejadian itu, Mohd Izwan yang memandu kereta Nissan Sylphy dipercayai mati serta-merta di tempat kejadian akibat tersepit di tempat pemandu, manakala Zahiroh meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, ketika menerima rawatan kira-kira sejam kemudian. Mashitah berkata, Mohd Izwan paling rapat dengannya, malah banyak berkongsi masalah dengannya kerana arwah adik kelima yang juga lelaki tunggal dalam keluarga seramai enam beradik. ANGGOTA polis trafik Kota Setar, Koperal Sabri Ahmad melihat kereta yang terbabit dalam kemalangan dengan lori tangki. “Sabtu lalu saya pulang ke rumah ibu di Kampung Lengkuas, Bukit Pinang, dekat sini, untuk berbuka puasa dan ketika itu, saya sempat bertemu dengan Mohd Izwan yang ketika itu sangat sibuk mengemas rumah serta memasang lampu hiasan dalam rumah.
|
benzo33 posted on 31-7-2013 11:36 AM
Agaknya TT nak minta forumers maki lagi kat penyebab kemalangan tu
ADVERTISEMENT