Malaysia sememangnya kaya dengan keindahan alam semulajadi seperti hutan, gunung, sungai, tasik, pantai dan juga pulau. Bercerita mengenai pulau, terdapat hampir beratus-ratus pulau di Malaysia dan antaranya sangat terkenal di kalangan pelancong asing seluruh dunia. Kali ini, penulis suka untuk berkongsi beberapa buah pulau yang terkenal di sekitar perairan Terengganu. Nama-nama pulau ini mungkin tidak asing buat anda atau mungkin juga ada yang anda tak pernah tahu. Walau bagaimanapun, kesemua pulau ini sangat cantik dan menarik untuk percutian yang menenangkan. Jom kita tengok 7 pulau menarik yang dipetik dari beautifulterengganu. 1. Pulau Redang Terletak di perairan laut china selatan, pulau ini adalah salah satu daripada 9 buah pulau yang membentuk taman laut. Pulau ini juga merupakan pulau terbesar yang ada di Semenanjung Malaysia. 2. Pulau Perhentian Pulau Perhentian ini terbahagi kepada 2. Pertama, Pulau Perhentian Kecil dan yang kedua ialah Pulau Perhentian Besar. Ia terletak kira-kira 21 km dari Jeti Kuala Besut, Terengganu. Disini anda boleh melakukan pelbagai jenis aktiviti lasak seperti Scuba, Snorkeling dan Junggle Tracking. Pulau ini adalah pilihan yang sesuai untuk berehat bersama keluarga. 3. Pulau Kapas Pulau Kapas juga merupakan antara tapak menyelam yang terindah di dunia. Terkenal dengan keindahan batu karang yang cantik, pulau ini terletak kira-kira 6 kilometer dari jeti Marang, Terengganu. Selain itu, pulau ini juga sangat terkenal dengan aktiviti sandat sotong dikalangan masyarakat tempatan. 4. Pulau Lang Tengah Pulau ini merupakan diantara pulau pulau yang terbaik ada di Malaysia. Ia terletak di antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian. 5. Pulau Gemia Pulau Gemia juga dikenali sebagai Coral Island, terletak berhampiran dengan Pulau Kapas, Terengganu. Disini juga adalah tempat terbaik untuk anda melakukan aktivti snorkeling ataupun menyelam. 6. Pulau Tenggol Disini terdapat lebih dari 20 lokasi menyelam. Anda juga boleh menyaksikan sendiri dengan mata kasar hidupan laut seperti Karang Lembut (soft coral), Nudibranch, Seaweed, Batfish, Penyu Laut, Napoleon Wrash, Clownfish (Nemo Fish) dan Yu Paus. 7. Pulau Rhu Perhentian Pulau Rhu juga sama seperti pulau-pulau yang lain. Mempunyai keindahan alam semula jadi dan mengagumkan. Disini anda boleh juga melakukan aktivti menyelam untuk melihat pelbagai spesis hidupan laut seperti terumbu karang, rumpai air, dan pelbagai jenis ikan. Sangat cantik kan? Itulah antara pulau-pulau di Terengganu yang mungkin boleh anda masukkan dalam senarai percutian anda suatu masa nanti. - CARI |
27
Bagus |
15
Marah |
16
Terkejut |
15
Sedih |
10
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
MyNameIsIris replied at 25-10-2016 11:22 PM
So far masa zaman bujang dulu dah jejak pulau redang, perhentian, kapas dan tasik kenyir.. tapi yang ...
SalenaGomez replied at 26-10-2016 11:09 PM
Nape ngn kenyir ya??
ADVERTISEMENT