CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gegar Vaganza 3, Nora Letak Syarat Pada Pihak Astro

7-10-2016 12:22 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 26577| Komen: 178



Program Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) yang dinanti-nanti akan berlangsung 16 Oktober ini. Seramai 12 peserta dikalangan "penyanyi otai" akan memeriahkan program GV3 musim terbaharu ini.

Penyanyi Nora Ariffin juga merupakan salah seorang peserta GV3 musim ini. Seperti biasa, dalam program ini peserta-peserta akan mendendangkan pelbagai genre lagu setiap minggu bagi menampakkan bakat yang serba boleh. Disebabkan itu, Nora terlebih dahulu meletakkan syarat kepada pihak Astro agar membenarkan dia membuat persembahan yang tidak keterlaluan bersesuaian dengan imejnya sebagai wanita muslimah.

Menurut mStar Online, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin, 43, yang kebelakangan ini dikenali dengan lagu-lagu ketuhanan turut yakin mampu membawakan lagu yang diberi dengan caranya tersendiri.


"Saya sudah beritahu awal-awal kepada pihak Astro tentang perkara ini dan syarat serta batas yang perlu saya jaga ketika membawakan sesebuah lagu.

"Saya percaya lagu-lagu seperti genre dangdut atau rock boleh dipersembahkan dengan cara yang lebih kreatif dan versartil tanpa dilihat keterlaluan," ujarnya kepada mStar Online.

Nora turut memberitahu bahawa dia kini sudah bersedia untuk berhadapan dengan kritikan juri profesional terhadap persembahannya nanti. Namun turut berharap komen-komen tersebut tidak menjatuhkan maruahnya sebagai seorang penyanyi.

GV3 akan bersiaran selama lapan minggu bermula 12 Oktober ini secara langsung dari Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Ia turut disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123). - CARI


20

Bagus
18

Marah
9

Terkejut
12

Sedih
20

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (96 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imanda 7-10-2016 12:29 PM
Edited by imanda at 7-10-2016 12:31 PM

12oct ke 16oct gv3 start?
Quote bambimbom 7-10-2016 12:32 PM
tetibe iols terpikir... ct nana pun bwk imej muslimah gak... takde pun letak syarat2 bagai....
oohhh iols lupe nora kan diva...
Quote zasrfikri 7-10-2016 12:40 PM
yes, chaiyokk Nora. hihi
Quote de_ikea 7-10-2016 12:41 PM
Small matter jahh. Ct nana pun ada lagu secangkir madu merah dgn lgu rock jinbara tu. Nmpk sopan je.

Iols hrp acik nora buka je hati terima kritikan. Tak mcm dedulu dah tua2 ni, x manis lah nk melawan2 sgt. Chill ok.
Quote sepitsiput 7-10-2016 12:44 PM
bambimbom replied at 7-10-2016 12:32 PM
tetibe iols terpikir... ct nana pun bwk imej muslimah gak... takde pun letak syarat2 bagai....
oohh ...

masa sblm GV berlangsung last year Nana mmg suam2 so nk letak syarat karang kene tendang pulekk..


nora plak lain, dah diva sblm ni..tentu2 dia ada pengalaman deal demand dgn production...so quite unfair la...meols takut lepas ni Nora demand tukar2 lagu la..giliran show la... khuenz?

so @MH3073 bila nak buat AGM kelab anti Nora _ #OHNOKACANGPANJANG ?
Quote mzzenma 7-10-2016 12:53 PM
imanda replied at 7-10-2016 12:29 PM
12oct ke 16oct gv3 start?

Aar actually 12/10 ke 16/10?
Quote awex^returns 7-10-2016 01:04 PM
apsal minah ni sibuk join GV....
puhlease la.... aiolsss tak suka dia
dari dulu suka mendiva...

aiolss tahun ni #teamsitisarah
Quote AppropriateNick 7-10-2016 01:13 PM
awex^returns replied at 7-10-2016 01:04 PM
apsal minah ni sibuk join GV....
puhlease la.... aiolsss tak suka dia
dari dulu suka mendiva...

i #teamsitisarahdannora
Quote ReginaBeauty 7-10-2016 01:14 PM
Awal2 dah warning juri xde istilah jatuh maruah as penyanyi whatsoever.


This is competition and those judges for sure are professional.


Just do your best and take the critics for your own good.

Quote Nham22 7-10-2016 01:15 PM
Aikkk yang maya matahari punyerla sanggup buat apa saja nak masuk Gv... nora.ni boleh plak letak2 syarat bagai...byk sgt syarat boo layan jelah astro
Quote harisbee 7-10-2016 01:17 PM
saja nak upkan rating GV jer nih
Quote fazila17 7-10-2016 01:19 PM

Tahun ni ramai pulak yg power

Tak tau nak masuk team mana

So iols nak tgk diaorg perform dulu
Quote AppropriateNick 7-10-2016 01:21 PM
fazila17 replied at 7-10-2016 01:19 PM
Tahun ni ramai pulak yg power

Tak tau nak masuk team mana

i hrp elly mazlein xbuat kejutan
Quote fazila17 7-10-2016 01:24 PM
AppropriateNick replied at 7-10-2016 01:21 PM
i hrp elly mazlein xbuat kejutan

Tak minat suara elly

Siti sarah rem nora layan la
Quote silampumeja 7-10-2016 01:24 PM
fazila17 replied at 7-10-2016 05:19 AM
Tahun ni ramai pulak yg power

Tak tau nak masuk team mana

Mcm tahun lepas la kan semua tak sgka n tak expect nana menyerlah masa awal2 tuu
Quote danieladam 7-10-2016 01:26 PM
Divanya ko acik nora :::
Dulu nana dgn kak yan gomen pon bertudung gak, xde lak demand. Baik bg tempat ko kat maya ::
Quote silampumeja 7-10-2016 01:26 PM
de_ikea replied at 7-10-2016 04:41 AM
Small matter jahh. Ct nana pun ada lagu secangkir madu merah dgn lgu rock jinbara tu. Nmpk sopan je. ...

Gigih kita nopup njoi  pulak pasni  
Quote mokcikKSKB 7-10-2016 01:26 PM
Buat masa ni aku sokong Nora lah sbb sheols bintang rtm tew...
Sarah shuip pon power gak tp lama x nyanyi mungkin tkehel sikit2.,
Quote beta_carotene 7-10-2016 01:26 PM
eh eh banyak cengkadak pulak makcik ni
kalau xnak tergedik2 atas pentas, sila duduk drumoh jah

mohon keahlian seumur hidup #OHNOKACANGPANJANG please !!!
book t-shirt lengan panjang muslimah 1 !!!

Lihat semua komen(178)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.092615 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top