CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Peminat Tertipu Dengan Fasha Sandha Di Facebook

10-10-2016 12:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14429| Komen: 55



Kredit foto: IG Fasha Sandha

Akstres cantik Fasha Sanda telah mengeluarkan kenyataan rasmi di laman Instagram memohon para peminatnya untuk tidak tertipu dengan laman kelab peminat palsu di Facebook. Dia terkejut sebab bukan satu, tapi ada tujuh laman palsu yang menggunakan namanya.

Fasha bimbang berlaku kekeliruan atau salah faham di kalangan peminat dan merayu supaya individu yang bertanggungjawab menyamar sebagai dirinya untuk berhenti berbuat demikian.

"Lebih teruk jika perkara itu membuatkan peminat terpedaya dengan apa yang dimuat naik," katanya seperti yang dipetik dari Harian Metro Online.

Walau bagaimanapun Fasha sebenarnya tidak marah, dan berterima kasih sebab ramai yang peka untuk membezakan si penyamar dengan dirinya yang sebenar.


"Saya langsung tak marah sebaliknya menghargai pengorbanan masa yang diberikan mereka untuk mewujudkan akaun itu. Saya yakin akaun itu dibuat oleh peminat saya sendiri dan mungkin juga 'admin' kepada produk saya." 

Kredit Foto: IG Fasha Sandha

Buat masa sekarang, Fasha menegaskan tidak ada langsung akaun kelab peminat atau apa-apa akaun yang melibatkan namanya di Faceboook.

Dia cuma berkomunikasi dengan peminat melalui akaun Instagram @fashasandha dan Twitter @FashaSandha1.- CARI
24

Bagus
17

Marah
29

Terkejut
14

Sedih
35

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (146 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meklalala 10-10-2016 01:23 PM
ok
Quote fynnkakiblock 10-10-2016 01:29 PM
Sendunya @kakasotong
Quote Mary_jane 10-10-2016 01:39 PM
Baiklah. Lawa kebaya fasha.
Quote BebeQ 10-10-2016 01:40 PM
ok.

walaupun i tak penah like retis di facebook.
Quote sofiazara 10-10-2016 01:42 PM
cantik baju she
Quote jatiarjuna 10-10-2016 01:45 PM
baru ku tahu dia xde fb fanpage
Quote kakasotong 10-10-2016 01:58 PM
fynnkakiblock replied at 10-10-2016 01:29 PM
Sendunya @kakasotong

Forumers cari called her as fasha sendooo tp nape thread dia je yg tumbuh kat bod gosip ni  

Psl fake fb page pn boleh jd headline berita masuk paper

Over la citer fs habis seme masuk paper. Mane la org xsakit hati  
Quote melinda_kerr 10-10-2016 01:59 PM
cantik Fasha pakai mcm ni..
Quote matjambu 10-10-2016 01:59 PM
sendunya thread kaka
Quote shernazz 10-10-2016 02:01 PM
aku suka baju fasha
very tredisenel gitu...
Quote kakasotong 10-10-2016 02:02 PM
Dulu antara fan page fb yg iols suka adalah fan page sheols lah. Sbb sheols rajin update aktiviti seharian sheols dulu2. Pegi clubbing letak gmbr dlm fb, sambut halloween pn masuk fb page. Pendek kata xde dia cover lifestyle dia dlu. Jujur jah tunjuk kt org walaupun sheols suka cakap propa n kaki menyindir
Quote de_ikea 10-10-2016 02:03 PM
@kakasotong admin fake fb ke?

Hihihi. Jgn marahhh
Quote trexxxxxi 10-10-2016 02:06 PM
aaa cantiknyaaaa baju
cantiknyaaa chuols @kakasotong bila dah kuruih dan tak sado ni

eh benang reputs cari yang kelas tersendiri ni nanti kena campak tak?
Quote RatuDunia94 10-10-2016 02:19 PM
Dulu mati2 ingat page welovefadhasandha tu dia punya? Kemain siap letak watermark kt gambar..

Btw semalam sheols kemain kt yeke geletis dgn Ajak & Zizan.. Tp respect charity uma anak yatim yg dia buat tu..
Quote doublethread 10-10-2016 02:23 PM
Tajuk misleading menjemput orang bergaduh. Batu ronson sangat TT.
Quote kakasotong2 10-10-2016 02:24 PM
de_ikea replied at 10-10-2016 02:03 PM
@kakasotong admin fake fb ke?

Hihihi. Jgn marahhh

Hahahaha kosser sgt iols nak gi bukak fb page pelbagai utk sheols. Cukupla meols membatak sheols kt forem ni jah      
Quote kakasotong2 10-10-2016 02:26 PM
trexxxxxi replied at 10-10-2016 02:06 PM
aaa cantiknyaaaa baju
cantiknyaaa chuols @kakasotong bila dah kuruih dan tak sado ni


Kehkehkehkeh biasa la noks rangka besar harusla kelihatan gagah perkasa lg sado  

Thread ni dibukak reputz cari harus xkena humban. Selamat berada dalam bod gosip  
Quote lil_honey 10-10-2016 02:30 PM
RatuDunia94 replied at 10-10-2016 02:19 PM
Dulu mati2 ingat page welovefadhasandha tu dia punya? Kemain siap letak watermark kt gambar..

Btw ...

itu memang dia punye kan..and fan page tu dah takde, dengan gambar2 tu skali lesap.
kalau tak dulu memang ade gambar2 personal dia dalam tu pun.
Quote kakasotong2 10-10-2016 02:30 PM
melinda_kerr replied at 10-10-2016 01:59 PM
cantik Fasha pakai mcm ni..

Sheols bakal ikon rumah kebaya rasanya. Sbb tu skrg gigih berkebaya berkebarung sana sini.

Butik baru rasanya rumah kebaya tu, xlaunch lg. Coming soon.

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.071554 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top