CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Biadap Atau Hormat Mertua, Anda Jenis Menantu Yang Mana Satu?

10-10-2016 04:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8310| Komen: 13

Kredit Foto: FB Ebit Lew

Ramai di luar sana yang tersentuh hati bila membaca tentang status dari seorang penceramah yang sangat disegani di negara kita, Ebit Lew mengenai layanan sesetengah menantu terhadap mertuanya. Sedih bila ada antara menantu yang langsung tidak menghiraukan mertua malah ada yang bertahun mengelak dari berjumpa.

Perkara ini sepatutnya tidak harus berlaku kerana ia boleh menjadi sebab runtuhnya sesebuah rumah tangga. Ada suami atau isteri yang tidak mahu berjumpa dengan mertua dan bertambah teruk bila dia halang pasangannya juga dari berjumpa dengan keluarganya sendiri. Pelik? Tapi ini memang terjadi dalam dunia realiti.

Status Ustaz Ebit Lew ini mendapat banyak perhatian dari pengguna laman sosial di Facebook dengan beribu 'share' dan 'likes' dengan kebanyakan dari mereka menyokong bahawa ibubapa mertua haruslah dilayan dan disayang seperti ibu bapa sendiri.


Memetik kata-katanya, "Bila kita cinta dan sayang seseorang. Kita tak pernah berhenti sayang mak ayah bidadari kita. Mencintai apa yang dia cintai. Sayang dan mendoakan setiap ahli keluarga. Sedih bila lihat, anak muda yang berkahwin tak hormat mak ayah mertua."

Sumber: FB Ebit Lew
Perlu diingat restu ibu bapalah yang paling penting untuk mendapat keberkatan dalam hidup kerana merekalah orang yang sanggup bergadai nyawa dan harta benda dalam membesarkan kita. Begitu juga sebaliknya dengan ibu bapa mertua yang berkorban usaha dan tenaga untuk menjaga pasagan hidup kita dari kecil.

Bagi mereka yang sudah berkahwin, pastikan pasangan anda menjaga dan mengasihi ibu bapa mertua masing-masing. Bayangkan jika perkara buruk yang kita lakukan pada ibu bapa sekarang, anak-anak pula akan melakukan perkara yang sama pada kita kelak. -CARI


16

Bagus
19

Marah
14

Terkejut
16

Sedih
14

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (94 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mirandanicky1 10-10-2016 11:18 PM
Sy menantu yg baik..hihi tentulah hormat mertua
Quote fishcracker 11-10-2016 08:42 AM
entahla...takde mertua
Quote mzzenma 11-10-2016 09:02 AM
mzz okeh ja dengan mertua mzz
almaklumlah duk serumah..takkan nak bercekau pula kan
Quote minahmanja 11-10-2016 09:41 AM
belum ade mertua... rase nye akn syg bakal mertua kot.. sbb dh lama tk rase kasih syg dr mak ayah....
Quote Minami2013 11-10-2016 11:15 AM
minahmanja replied at 11-10-2016 09:41 AM
belum ade mertua... rase nye akn syg bakal mertua kot.. sbb dh lama tk rase kasih syg dr mak ayah... ...

U dah tak de parents ke? InshaAllah, moga u dapat mertua yg baik....
Quote zameyla 11-10-2016 12:18 PM
kakak ipar aku lepas abah aku meninggal last year, terus tak datang jenguk mak aku, telefon pn tidak. Raya baru nie pun dua2 tak balik... entah la sebab apa...
Quote jerukkedondong 11-10-2016 12:47 PM
zameyla replied at 11-10-2016 12:18 PM
kakak ipar aku lepas abah aku meninggal last year, terus tak datang jenguk mak aku, telefon pn tidak ...

Kena selidik knp boleh jadi gitu...jangan biar/tunggu sampai bertahun..
Kesian mak tu...mesti rindu kat anak dia....
Kemaafan dendam yang terindah....eeehhhhhhh   
Quote minahmanja 11-10-2016 02:40 PM
Minami2013 replied at 11-10-2016 11:15 AM
U dah tak de parents ke? InshaAllah, moga u dapat mertua yg baik....

both dh meninggal...in shaa Allah, thanks atas doa u... kdg2 kalau rase gian nk pggl mak, i pggl akak i mak... hehe...
Quote tengku_anggun00 11-10-2016 03:49 PM
zameyla replied at 11-10-2016 12:18 PM
kakak ipar aku lepas abah aku meninggal last year, terus tak datang jenguk mak aku, telefon pn tidak ...

Lebih kurang mcm kes family aku gak. Makayah p haji, kak ipar dh bgtau kmi yg dia,abg & anak2 nya x nak blk,alasan nya makayah bukan nya ada pon. Abg aku yg sulong , adik2 bujang dok ada lg d umah tuu...sedih laa gak. Tuu tara makayah p haji jaa pon. Kalo dh meninggal ka, konfem x blk terus dah..
Quote mahalnya 11-10-2016 04:58 PM
Okeh ja dgn mertua..sbb mertua baik..skali skala blik ruma mertua kitorang bdua slalu ada sesi mnyembang berjam2
Quote Rainrein 11-10-2016 05:14 PM
Saya ok je dengan mertua. X penah bergaduh or masam2 muka. Saya dalam pantang pun mertua yang jagakan. Memangla x sama dengan mak sendiri tapi saya rasa da cukup bertuah dapat my MIL tu.

Kalu balik kampung pun x penah bagi buat kerja rumah or masak. Semua dia yang buat tapi kita as menantu ni segan la kan. So memang tolong jugak dia cemana pun.
Quote abby_nemo2 12-10-2016 12:46 AM
Mertua. ..menantu...hubungan sesama kedua-duanya harus terjalin baik. ..apa2 pun..dua2 harus main peranan. ...yang muda menghormati yang tua..yg tua pula menyayangi yg muda...

Tapi selalunya yang berlaku di sebaliknya. ..yang muda sibuk nk guna kuasa vitonya...spt si isteri kena ikut suami...yg mertua pula sibuk mendesak. ..anak lelaki kena taat ibu...tu yg selalu timbul masalah. ...apa2 pun berbalik kepada didikan agama. ..iman dan amal penentu nya...
Quote eenhemo2 12-10-2016 01:51 AM
Belum ada mertua lagi.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.044839 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top