Bintang filem Harry Potter, Emma Watson mengecam perkahwinan seawal usia kanak-kanak ketika mengunjungi Malawi lalu menggesa pihak berkuasa di seluruh Afrika menghentikan amalan itu.
Emma menegaskan amalan berkenaan menyebabkan generasi muda mudah terdedah dengan risiko keganasan rumahtangga selain menghalang mereka dari meraih masa depan yang cerah serta menyebabkan mereka keciciran dalam pendidikan. Duta Muhibbah Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu melawat negara Afrika Tenggara terbabit sempena sambutan Hari Anak Perempuan Antarabangsa. Malawi meluluskan undang-undang yang menggariskan umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun dengan kerjasama antara PBB dan ketua-ketua masyarakat tradisional pada 2015.
“Bertemu ramai kanak-kanak perempuan yang dihimpit masalah kemiskinan dan dipaksa berkahwin dalam usia setahun jagung menyedarkan saya mengenai kepentingan membuat pilihan sendiri dalam kalangan wanita. “Ia sangat mengujakan untuk melihat bagaimana amalan memudharatkan ini dapat dihentikan apabila masyarakat memberi kerjasama padu,” ujar Emma kepada UN News Centre. Menurut PBB, data menunjukkan bahawa di seluruh dunia, satu per tiga kanak-kanak perempuan di negara-negara membangun, tidak termasuk China, berkahwin pada usia bawah 18 tahun. Perkara ini secara tidak langsung menafikan zaman kanak-kanak dan hak mereka untuk bersekolah. Walaupun perkahwinan kanak-kanak kini diharamkan di Malawi, masih terdapat kebimbangan masalah sama berulang kerana mementingkan adat. Di samping itu, data kempen Girls Not Brides berpangkalan di United Kingdom, menunjukkan 15 juta kanak-kanak perempuan terikat dengan masalah sama di seluruh dunia. Hari Anak Perempuan Antarabangsa diisytihar PBB disambut pada 11 Oktober bagi mempromosi hak asasi manusia untuk kanak-kanak perempuan. - CARI
|
23
Bagus |
57
Marah |
14
Terkejut |
16
Sedih |
18
Lawak |
29
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT