CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Mengapa 5 Perkara Ini Berlaku Semasa Anda Sedang Tidur?

17-10-2016 01:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6363| Komen: 18



Sumber foto: Harian Bernas

Selepas seharian penat melakukan sesuatu pekerjaan baik di rumah, mahupun di pejabat, nikmatnya apabila dapat tidur malam yang cukup dan melenakan. Namun kadangkala ada juga hari di mana anda akan mengalami perkara-perkara ganjil ketika sedang tidur yang membuatkan anda keliru dan sering memikirkannya serta mungkin sedikit ketakutan.

Berikut adalah antara perkara ganjil yang sering berlaku ketika anda sedang tidur.


1. Rasa Seperti Jatuh Dari Tempat Tinggi
Perkara ini terjadi apabila tubuh anda belum bersedia ke tahap lena namun sebaliknya bagi minda anda. Ia sering berlaku ketika anda mula melelapkan mata dan bermimpi terutamanya jika anda terlalu ngantuk ataupun kekurangan tidur. 



Sumber foto: Carian Google


2. Rasa Seperti Dihempap Sesuatu
Pernah tak anda terjaga dari tidur dengan tiba-tiba dan mendapati anda tidak boleh menggerakkan badan atau bercakap untuk suatu ketika? Ini kerana minda anda terjaga sebelum tubuh anda bersedia untuk bangun dari mod lena.


Sumber foto: http://www.huffingtonpost.com


3. 'Sleepwalking' Atau Berjalan Semasa Tidur
Tabiat tidur ini boleh mendatangkan bahaya kerana tubuh anda bergerak terlebih dahulu sebelum minda anda. Jika masalah ini berlaku disebabkan ubatan yang diambil, anda perlu cari inisiatif lain sebelum ianya lebih memudharatkan.


Sumber foto: http://www.latimes.com

4. Mengigau
Ia selalunya terjadi pada jam pertama tidur anda iaitu ketika tubuh anda sedang memasuki tahap lena yang paling dalam. Hampir lima peratus daripada kita mempunyai masalah bercakap ketika sedang tidur dan kebanyakan berlaku hanya sehingga 30 saat sahaja.


Sumber foto: http://www.sickchirpse.com


5. Mimpi Sama Berulang Kali
Minda memproses dan menganalisa sesuatu melalui mimpi sebelum ia boleh disimpan dalam kotak memori.


Sumber foto: Carian Google

Bagi mereka yang cacat penglihatan sejak lahir, mereka bermimpi melalui deria lain. Manakala, mereka yang buta selepas lahir bermimpi secara bergambar. Dan apabila anda melihat kucing kesayangan anda bergerak-gerak semasa tidur, yakinlah dia sedang mengejar tikus di dalam mimpinya. -CARI

23

Bagus
26

Marah
24

Terkejut
29

Sedih
27

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (138 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PongKang 17-10-2016 02:09 PM
comelnya kucing pun mimpi gak
Quote zulka 17-10-2016 02:20 PM
ada sesiapa buta penglihatan tak kat sini....mcmcna dia mimpi eh?
Quote chinta89 17-10-2016 02:49 PM
1 dan 2 mmg selalu alami.
Quote ms.mango 17-10-2016 03:16 PM
wah.. good info.. tq
Quote antidote 17-10-2016 03:54 PM
selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi.
dan selalu jugak mengigau
Quote miszclassique 17-10-2016 06:22 PM
zulka replied at 17-10-2016 02:20 PM
ada sesiapa buta penglihatan tak kat sini....mcmcna dia mimpi eh?

Hahaha cmne dia leh berforum lak  
Quote alesandra 17-10-2016 06:59 PM
tak pernah la pulak setakat ni.tapi aku selalu mcm tgh tido tu  tetiba terjaga terkejut mcm tersentak..
Quote Inezkhalidi 17-10-2016 08:50 PM
Kucing aku selalu mimpi makan jer, siap mengunyah2 lagi. Cik Ti memang dia tak pandang langsung.
Quote sulan01 17-10-2016 10:26 PM
#1 & #2 tu (jatuh tempat tingi & kena tindih/hempap) kalau baca kat bod mps & cakap ustaz/stazah melayu islam/perawat islam sbb gangguan jin (ada tebaca tanda2 terkena gangguan jin/saka haritu).... melayu dgn jin bepisah teda, padahal jin tak buat apa pun sian kat jin hehehehe....
Quote ronapink 17-10-2016 11:15 PM
sian jin kena tuduh
Quote mziskandar 18-10-2016 12:14 AM
mimpi mcm dah bangun, dah siap2, dah gie skolah..
time keje x de lak camtu.
Quote RatuDunia94 18-10-2016 02:46 PM
Cane lak kalo kita dh separa lena.. Tp masih nk terjaga.. Tp x boleh buka mata..
Quote Hafiz_19 18-10-2016 09:23 PM
aku pernah mimpi jumpa hantu ke apa ke tapi aku boleh tukar mimpi......tak pon boleh bangun terus...cam tengah dalam mimpi aku pejam kuat2 pastu bukak kuat2 ...... pelik ...
Quote ciksom 18-10-2016 09:33 PM
basuh kaki dan baca doa tidur
Quote ariatumrawam 1-11-2016 05:02 PM
Kalau yang jatuh dari tempat tinggi tu, ada orang kata, ada 'benda' nak masuk badan. Hahaha. Macam-macam haihh.
Quote zoe1511 1-11-2016 05:25 PM
iols selalu kena simpul mengkarung time tgh tdo. potong betul bila tgh sedap tdo tetiba betis sakit.
Quote Star_el 1-11-2016 05:44 PM
zoe1511 replied at 1-11-2016 05:25 PM
iols selalu kena simpul mengkarung time tgh tdo. potong betul bila tgh sedap tdo tetiba betis sakit.

bwahaha selalu kena gak, time badan nak pusing tp kaki statik.
Sbb kurang kalsium ek jadi?
Quote unhas 1-11-2016 08:24 PM
Paling tak best bila dah sedap2 lena pastu tersentak sebab mimpi jatuh. Pas dah bangun trus takleh tido. Sabo je la

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.051371 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top