CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Siapa Kata 'Mat Bangla' Lekeh? Salah, Pemuda Bangladesh Ini Buktikan Sebaliknya

21-10-2016 01:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7761| Komen: 14|Original author: Oleh: Myra Rozi


Sumber: FB Cikgu Rahim
Kebanyakan dari kita selalu pandang lekeh dengan orang Bangladesh yang lalu depan mata, ada sahaja yang tidak kena tentang mereka yang membuatkan kita sakit hati.

Dah tertanam dalam benak fikiran yang bangsa ini adalah orang-orang kelas bawahan yang datang ke negara kita sebagai buruh kasar, atau pekerja bawahan.

Tambah lagi bau badan yang kuat dan 'tajam', bak kat orang 'badan busuk bau bawang' membuatkan ramai antara kita sering menutup hidung apabila berselisih dengan mereka.

Namun perkongsian dari seorang pengguna laman sosial Facebook yang menggunakan nama sebagai Cikgu Rahim ini membuka mata kita tentang seorang 'Mat Bangla'  yang bekerja di sebuah stesen minyak di Seri Manjung, Lumut Perak ini.


Cikgu Rahim dalam status yang dimuat naik baru-baru ini menyatakan kekagumannnya terhadap seorang pemuda Bangladesh yang hafal Al-Quran.

Bukan sahaja hafal kitab suci tersebut, malah dia juga menghafal sebanyak 32,000 hadis. Menurut apa yang ditulis, pemuda tersebut berkerja di sebuah stesen minyak di Seri Manjung, Lumut.

Menurut Cikgu Rahim, "Dia baca depan saya dua buah hadith lengkap dgn sanad. Dia uji saya nama sebenar imam asy-syafi'i dan abu hurairah ra. Alhamdulillah dapat jawab dgn izin Allah.Saya tanya dia nama sebenar Abu Hanifah, dia juga dapat jawab."



Siapa pun kita, punya harta atau rupa, janganlah sesekali memandang lekeh dengan orang yang dianggap 'low class' sebab kita sebenarnya tidak tahu tentang kelebihan dan kemuliaan yang ada pada mereka.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah Abdirrahman bin Syahrin radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada rupa kalian, tetapi Dia melihat kepada hati kalian.”

Di sebalik perkara negatif tentang kedatangan pekerja Bangladesh ke negara ini, sebenarnya banyak perkongsian dan iktibar yang boleh diambil dari mereka.

Orang Bangladesh pun fasih cakap Melayu, tapi kita di sini kadang-kadang malu nak guna bahasa sendiri. Pemuda tu dah hafal al-Quran, kita ni macam mana pula? -CARI

20

Bagus
22

Marah
17

Terkejut
15

Sedih
15

Lawak
33

Bosan

Friends Rank (122 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HazeLJoseph 21-10-2016 02:37 PM
Iols nak puji juga jenis abangla atau paki yg berilmu ni,reti respek pompuan,dia xangjat kepala pun tgk perempuan,berbeza dgn abangla yg gatal2
Quote encikWawad 21-10-2016 02:54 PM
Dek satu orang avangla reti semua tu terusssss kutuk bangsa sendiri - lol
Quote Lollipop111 21-10-2016 02:57 PM
tak kisahlah saper pun, apa bangsa, kaum, agama.. kita kena saling hormat menghormati...
Quote huehue 21-10-2016 03:14 PM
Bangla kalau yang baik tu baik je. Yang perangai neraka jahanam pun ada juga. Melayu pun sama je.

Yang pandang rendah kat bangla or mana mana immigrant kerja buruh ni sebab dia ingat dia bagus sangat nak marah marah maki bangla.

Btw tang bangla bau badan kuat tu mainly pasal makanan theyolls. Omg i tak boleh tengok theyolls masak letak bawang rempah kemain banyak pastu minyak berkilo. Dahlah kari diorang macam rendang punya style. Imejin lah kolestrol semua tu
Quote Ferr_Remy 21-10-2016 03:25 PM
So? Ni pun nak kena viral ke?
Quote nyanyan 21-10-2016 03:46 PM
lagi bagus dari orang yang jual tunggang agama semata mata nak untung banyak kaya cepat
Quote kornea 21-10-2016 03:54 PM
Yeaaa kebolehan ini akan menjamin ummah bangla beliau tidak lagi menjadi babu, hamba abdi, kuli, mangsa pemerdagangan manusia dan hamba seks

Quote ReginaBeauty 21-10-2016 04:13 PM
In this aticle, I just don't get it siapa yang memperlekehkan siapa actually.
Quote AbukRokok 21-10-2016 09:05 PM
aku tetap racist terhadap pendatang
lets built a wall
Quote poison_paradise 21-10-2016 10:52 PM
org laki kite pon pandai..tgk porno..main coc hahah
Quote merrissa 22-10-2016 03:37 AM
hang jah kot yang pandang lekeh kat bangla......sebab tuh hang pikiaq camtuh......

n hanya orang yang pakai bmw, audi, ferrari jaaa yang layak berlagak boleh buat muke kerekkk bayaq penuhhh...saga fl x leh....haktuihhhh #imemangsukaofftopic #i keteandmotorbesaqpontakdesolagitaklayak
Quote -electrifying- 24-10-2016 02:28 PM
sme jgak mcm mlysian ke aussie, tgk dorg pndai mlysian sme mcm kite pndang bangla kt sini
Quote BebeQ 25-10-2016 12:13 PM
panjang cerita, i baca yang penting je. moga mereka ubah diri nampak lebih wangi.

orang kita yang berhijrah ke negara luar takde pulak nampak tak wangi. aman damai je.

tapi rata2 pendatang yang datang malaysia nampak tak wangi.
Quote Artemesiaa 25-10-2016 05:13 PM
Apa yang nak dipelikan sebab sesetengah mereka ni memang graduan dinegara asal mereka tapi gigih datang sini nak cari kerja sebab peluang kerja kat sana terhad

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.047748 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top