CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Wanita Ini Didakwa Buat Anak Macam Hamba, Salahkah Mengajar Anak?

24-10-2016 10:49 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9543| Komen: 40|Original author: Oleh: Maly Rosli

"Saya ajar anak saya memasak dan buat kerja rumah. Mengapa? Sebab kerja rumah bukan hanya untuk wanita."

Itu apa yang ditulis seorang ibu dengan dua anak, Nikkole Paulun, 22, di akaun Facebooknya baru-baru ini. Nikkole turut berkongsi gambar anaknya, Lyle, 6, sedang membasuh kain, memasak di atas dapur gas, serta mengisi pinggan mangkuk ke dalam mesin basuh pinggan mangkuk. Perkongsian itu mendapat 155,000 'Likes' dan telah dikongsikan hampir 60,000 orang pada masa artikel ini ditulis.




Menurut Nikkole, dia memutuskan untuk mengajar anaknya membuat kerja rumah di usia yang sangat muda kerana memikirkan masa depan anaknya yang mungkin akan hidup bersendirian dan perlu melakukan semuanya dengan sendiri termasuk menjaga makan minumnya.


Sudah lumrah manusia, lain orang, lain pendapatnya. Begitu juga dengan Nikkole, tidak semua netizen memuji tindakan dia mendidik anak, malah ada yang mengatakan dia 'memperhambakan' anak sendiri. 

"Anak kamu bukan untuk diperlakukan seperti 'hamba'! Atau melakukan kerja rumah yang kamu sendiri tak mahu lakukan. Saya setuju kamu mengajarnya erti tanggungjawab, tetapi ini sudah melampau!" kecam netizen, Tammy Bellavance.



Nikkole, tenang dan selamba mempertahankan tindakannya dengan mengatakan bahawa anaknya terang-terang bukan 'hamba abdinya'. Dia menjelaskan bahawa dia tetap melakukan sebahagian besar kerja rumah dan anaknya hanya membantu serta diberi elaun. 

Selain itu, Nikkole menepis kenyataan negatif netizen dengan memuatnaik gambar Lyle sedang berehat dan bermain permainan video dengan kapsyen "Dia jelas bukan hamba saya."



Sementara itu, ramai juga netizen yang menyokong tindakan Nikkole, malah ada yang mengecam netizen yang mengkritik tindakannya itu.
"Siapa mereka nak mempersoalkan cara kamu mendidik anak? Semasa saya di kolej dulu, ramai budak lelaki boleh buat kerja, tetapi saya tahu kerana saya dididik ibu seperti kamu. Dua adik perempuan saya boleh buat kerja rumah serta beberapa kerja yang dilakukan lelaki. Budak-budak sekarang tak boleh buat kerja sebab ibu bapa mereka tak ajar," kata Billy Brasher





Dalam pada itu, ramai juga netizen berkongsi gambar anak-anak mereka sedang melakukan kerja rumah.


Sumber foto: FB Nikkole Paulun

Benar, kebanyakan anak-anak sekarang terlalu manja. Kalau boleh semuanya mahu ibu bapa yang buatkan. Apa-apapun, kita perlu lebih berhati-hati dan sering berada di samping anak ketika mendidik mereka untuk melakukan sesuatu yang agak berbahaya. Apa kata anda? Setuju atau tidak dengan tindakan wanita itu? - CARI
16

Bagus
11

Marah
23

Terkejut
10

Sedih
13

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 24-10-2016 11:02 AM
yezza
anak aku juga nak basuh pinggan sendiri.nak potong bawang
aku bg aje...tp set budak la...bg depa tau....sebab bebudak.ni suka explore kan..
Quote zulka 24-10-2016 11:25 AM
bagus mak/ayah dia...
mcm mak/ayah aku juga, terima kasih mak&ayah..jadikan aku manusia yg serba boleh
Quote aurorae 24-10-2016 11:28 AM
aku setuju je anak2 dilatih buat kerja rumah, tapi budak 6 tahun guna dapur ?  Aku harap mak dia sentiasa ada di belakang.
Quote teha86 24-10-2016 11:45 AM
aku setuju je...
Quote melinda_kerr 24-10-2016 12:03 PM
apa masalahnya? umur 6 tahun tu standardla diajar buat kerja rumah. yg ringan2 lah
Quote PongKang 24-10-2016 12:13 PM
ok je pada aku. anak2 aku pun tolong buat keje umah.
Quote CardiGans85 24-10-2016 12:14 PM
Abis tu,da smpai middle school br nk ajar ke?liat dah..yg ringan2 setakat laundry msk washing machine x kn la x bole ajar anak kot..bkn berus pakai tgn.mskkn pinggan dlm dishwasher pun x bole?adoi la..mcm ni mak bapak la jd khadam anak sampai mati klu tgk senario org kita,sstgh anak hantar cucu blonggok pd mak.
Quote blackwidowbae 24-10-2016 12:30 PM
Kalau makcik ada anak pon i will do the same.. Anak laki anak ppuan both kena buat keje rumah tp i akan bg extra chores kat anak laki i sbb laki kan kederat lebih dr ppuan..i takkan bg mygegel angkat benda berat2 n let myboboi yg angkatkan..bio beso nnt jd laki gagah perkasa dan serba boleh..tak ler jd pondan laki lembik buat keje berat skit demam seminggu..memalukan jd laki jah kalau gitu..phuiii!!!
Quote fly_in_d_sky 24-10-2016 12:47 PM
ok per ajar anak buat kerja rumah, nak ajar kena ajar dari kecil tapi kena tengok ler kerja macam mana .. bukan yang kena letak simen tu .. takat basuh baju, basuh pinggan tu ok ler ... kalau nak masak, of course yang tak guna minyak banyak .. nanti dah tinggal bujang, boleh kemas sendiri takde la macam kandang kuda .. dah kahwin boleh urus .. takde la susahkan wife .. my opah ajar my dad buat kerja rumah ok jer .. even masak pun lagi sedap from my mom ..
Quote idadzira 24-10-2016 01:17 PM
aku nak ajar anak aku basuh kasut sekolah sendiri pun kena marah dgn nenek dia..............siap cakap ala budak tu baru 7 thn, kasut ko dulu pun aku yg basuhkan
Quote Artemesiaa 24-10-2016 01:46 PM
Bagus dari kecik dah dibiasakan buat kerja rumah.  Lentur buluh biar dari rebung dah jadi buluh baru nak lentur dah susah
Quote missDollie 24-10-2016 02:00 PM
I loike this..I will do the same..eh terspiking lak..
Quote Thuglife 24-10-2016 02:10 PM
betul tu..kene ajar.. bkn la srh buat keje berat.. mcm adik aku lelaki umo 16thn..srh ambik baju kat ampaian pun mcm d srh cuci baju dgn tgn.. tu blm bunyi mcm byk keje..padalah keje mengadap hp jer.. geram plak aku
Quote -electrifying- 24-10-2016 02:38 PM
tkde mslh pon nk didik ank mcm tu
Quote irwansuhadi 24-10-2016 03:05 PM
omputih pun bodoh juga.
Quote Nham22 24-10-2016 03:13 PM
Makcik aku dulu mcm.ni... die ajar anak2 lelaki die buat kerj rumah... bila sepupu2 aku dah besar depa bangun pagi kejutkan adik perempuan yg lain... then dengarlah bunyi sapu sampah kat luar..sidai kain bagai... aku mcm terpegun
Quote LautBiru52 24-10-2016 03:28 PM
Bagi aku betul la ape yg mak die ajar ni..selain ajar ank tu erti tanggungjwb anak tu akn brtambah keyakinan diri..anak kecik ni sbnrnya bangga kot dpt bt keje2 org dewasa..tambah2 plak dpt pujian..as long ade yg monitor it should be okay
Quote mieymiey 24-10-2016 03:42 PM
'Anak aku, suka hati aku la. Engko pi didik anak engko sana'

Quote hazlinshah 24-10-2016 03:45 PM
anak aku pun dah buat benda ni semua kecuali masak.. basuh pinggan sendiri, kain pun dah pandai tekan button kat machine, sidai dan angkat kain bila dah kering... dari kecik la nak ajar, kita pun tak tau umur panjang ke tidak... harap anak boleh berdikari bila kita takde.

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.136316 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top