Taktik penipuan di laman jaringan semakin hebat. Terbaru, sindiket penipuan mempergunakan nama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara untuk menipu orang ramai isi dan lengkapkan borang peribadi. Menurut laporan akhbar Sin Chew Jit Poh, kelmarin terdapat seorang peniaga dari Nilai terima emel daripada Bank Negara yang memaklumkan dirinya akan terima bayaran balik cukai yang telah dipotong berjumlah hampir RM20,000.
Namun sebelum itu, dia harus dapatkan satu borang yang diperolehi melalui internet dan isi dengan lengkap maklumat peribadi. Bagaimana pun, mujurnya, peniaga tersebut menyemak dengan teliti kandungan emel tersebut dan mendapati dalam emel itu tidak tertera nama penerima emel dan syarikat, hanya meninggalkan alamat jaringan sahaja, ianya amat mencurigakan. Justeru itu, peniaga tersebut yang nyaris terperangkap itu mengambil insiatif menghubungi pihak yang berkaitan, barulah sedar pemberitahuan bayaran semula cukai yang diterima dari Bank Negara itu adalah tidak benar. Ianya mungkin satu taktik terbaru sindiket penipuan yang bertujuan untuk mendapat maklumat peribadi orang ramai. Orang ramai adalah dinasihati, sekiranya terima sebarang emel yang mencurigakan yang mengatakan akan terima sejumlah wang atau hadiah yang percuma, anda perlu bertenang dan baca dengan teliti kandungan emel itu untuk memastikan kesahihannya. Selain itu, orang ramai juga boleh terus menghubungi pihak yang berkaitan bagi mengelakan daripada ditipu oleh sindiket penipuan di laman jaringan yang semakin berleluasa. - CARI
|
15
Bagus |
27
Marah |
9
Terkejut |
10
Sedih |
13
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT