CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Memudaratkan! Ini Sebab Jangan Tutup Hidung Ketika Bersin

31-10-2016 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7414| Komen: 17|Original author: Oleh: Maly Rosli

Selalu saja kita tutup hidung ketika bersin. Tapi tahukah anda apa risikonya bila menutup hidung semasa bersin?



Bersin adalah suatu reaksi apabila terdapat gangguan asing yang masuk melalui hidung di mana ketika anda bersin, udara kotor dari paru-paru dikeluarkan melalui hidung. Ada juga yang keluar melalui mulut.

Semasa bersin, udara keluar dengan kuat disertai hentakan dari lubang hidung dan mulut. Partikel seperti habuk dan mikrob (kuman) ini akan keluar melalui hidung atau mulut. 

Menurut laman Boldsky, kelajuan udara yang keluar ketika bersian mencecah 160 kilometer per jam. Jadi, jika anda menghentikan bersin secara tiba-tiba, tekanan akan dialihkan ke bahagian tubuh lain seperti telinga yang kemudian dapat meretakkan gegendang telinga dan menjejaskan pendengaran.


Selain itu, tekanan udara yang terperangkap akan mengakibatkan kerosakan pada mata kerana pembuluh darah dalam mata terluka. 

Menghentikan bersin juga mampu menyebabkan kecederaan pada leher dan diaphgram. Walaupun jarang berlaku, ia mampu menyebabkan strok kerana pecahnya pembuluh darah di otak.

Bagi sesetengah orang, mereka mungkin berasa segan untuk bersin di tempat awam dan cuba menahan diri dari bersin mungkin merupakan tindakan sopan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain. Namun, tindakan ini tidak baik untuk kesihatan. JANGAN sesekali tutup hidung ketika bersin. Paling tidakpun, tutuplah hidung dengan kain atau tangan ketika bersin. 




Sumber foto: Carian Google

Dari sisi Islam, hadis Hasan Sahih Riwayat Abu Dawud daripada Abu Hurairah R.A berkata:

(Apabila Rasul s.a.w bersin, beliau meletakkan tangannya atau kain bajunya kemulutnya(untuk menutup) sambil memperlahankan suaranya (bunyi bersin).

Bagaimana? Sanggupkah anda merisikokan kesihatan diri demi melindungi perasaan orang lain? - CARI
17

Bagus
14

Marah
20

Terkejut
36

Sedih
20

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (122 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Star_el 31-10-2016 01:47 PM
Jgn tekan hidung tu mcm gambar first kan? Mmg kita kena vampire sneeze/cough utk elak penyebaran virus/bakteria.
Quote pearl.silver 31-10-2016 02:07 PM
Kecik2 dulu suka picit hidung klu nk bersin
Dah besar2 ni x buat dah
Tp klu nk terbersin masa tgh mkn, kepit gk hidung..klu x sempat cari tisu
Kang tersembur nasik..
Quote watie_na 31-10-2016 02:29 PM
ooo.. aku mmg picit hidung bila bersin. sebab bersin tak lalu kot hidung, tapi lalu kot tekak. sakit anak tekak aku. alangkah nikmatnya dapat bersin kot hidung.
Quote Gadis_sarawak 31-10-2016 02:35 PM
Adekah ni salah satu penyebab resdung? sebab aku jenis bersin kepit hidung sebab kenkunun nak bersopan.. dulu aku takde resdung..ni dah setahun resdung makin menjadi2..
Quote SalenaGomez 31-10-2016 03:25 PM
Bersin kan salah satu cara badan kita nak keluarkan kuman or benda asing dr badan...so kalau tutup hidung camne nak keluarkan..so defeat d purpose kan....Salena kalau bersin akan amik tisu or kain utk tutup kawasan hidung dan mulut..br puas hati bersin...lagi satu to make sure partikel2 kuman bakteria sume x terbang ke udara or orang lain
Quote Star_el 31-10-2016 03:27 PM
baca komen2 ni baru aku tau mmg ada org yg picit hidung time bersin
Quote SalenaGomez 31-10-2016 03:27 PM
SalenaGomez replied at 31-10-2016 03:25 PM
Bersin kan salah satu cara badan kita nak keluarkan kuman or benda asing dr badan...so kalau tutup h ...

Lagi satu..orang perak kate "let it go let it go"
Quote framecermin 31-10-2016 03:34 PM
org lelaki bersin,  bunyi kuat macam nak roboh rumah
Quote mizduches 31-10-2016 03:40 PM
tapi paling geram bila kita dah ready nak bersin tetiba tak jd lak nak bersin... frust gilos
Quote Ms_bumbo 31-10-2016 05:11 PM
mizduches replied at 31-10-2016 03:40 PM
tapi paling geram bila kita dah ready nak bersin tetiba tak jd lak nak bersin... frust gilos

mizduches, bak kata Nabil.. Bersin singgah.. haha.. geram je kan kalau terbantut bersin tu..
Quote supernaturalee 31-10-2016 05:42 PM
Star_el replied at 31-10-2016 03:27 PM
baca komen2 ni baru aku tau mmg ada org yg picit hidung time bersin

hahaha

me also
bersin akn picit hidung
habit since sekolah menengah
lbh 10 thn dh
sbbnya klu xpicit ms bersin
mesti meleleh air kt hidung je nnt
bila picit ms bersin
mmg xkeluar air tu dh
cuma lps tu kena telan liur sbb rs kt telinga mcm tersumbat
lps telan liur tu..ok je





Quote EvieWanKenobi 1-11-2016 08:10 AM
ok noted.. good info.. tq tt..
Quote Star_el 1-11-2016 09:15 AM

urgh tak nikmatnya bersin gitu
Quote mizduches 2-11-2016 10:37 AM
Ms_bumbo replied at 31-10-2016 05:11 PM
mizduches, bak kata Nabil.. Bersin singgah.. haha.. geram je kan kalau terbantut bersin tu..

kikikiki kan... tau takpe...
Quote gigahertz 4-11-2016 02:07 AM
framecermin replied at 31-10-2016 07:34 AM
org lelaki bersin,  bunyi kuat macam nak roboh rumah

kat utube ada bunyi effect bersin. jenis male bersin. aku convert bende tu jadik notification whatsapp.

best tgk reactiion orang.
Quote gigahertz 4-11-2016 02:08 AM
watie_na replied at 31-10-2016 06:29 AM
ooo.. aku mmg picit hidung bila bersin. sebab bersin tak lalu kot hidung, tapi lalu kot tekak. sakit ...

aku bersin keluar ikut telinga    senang saja.masa bersin tutup mulut rapat rapat.mata rapat rapat.hidung jangan pegang. semacam ada rasa gempa bumi kat dada pastu ada angin keluar kat telinga
Quote gigahertz 4-11-2016 02:10 AM
Star_el replied at 31-10-2016 07:27 AM
baca komen2 ni baru aku tau mmg ada org yg picit hidung time bersin

Nabi adam dulu ketika dijadikan perkara pertama dilakukan adalah:

bersin.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.210408 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top