Memetik laporan Bernama, enam anggota bomba dikejarkan ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Indera Mahkota di Kuantan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan pencemaran merkuri selepas termometer yang dipegang oleh seorang petugas fakulti itu terjatuh lalu pecah kelmarin. Menurut Pegawai Kanan Operasi Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota, Mohd Hilmi Kashfi Mat Zali, kejadian jam 12.22 tengah hari itu menyebabkan timbul susasana panik dan cemas dalam kalangan petugas fakulti perubatan berkenaan sebelum bertindak menghubungi bomba. "Operasi mengambil masa lebih dua jam dan bilik perubatan itu kembali beroperasi seperti biasa bermula jam 2 petang." Sebaik tiba di tempat kejadian, pihak bomba dengan menggunakan peralatan khas yang disediakan oleh UIA telah bertindak membersihkan tumpahan merkuri itu dengan menggunakan bahan peluntur.
Kemudian termometer yang pecah itu disimpan dalam bekas tertutup bagi memastikan tiada lagi bahan itu mengalir. Difahamkan, tiada petugas universiti berkenaan yang cedera dalam kejadian itu.- CARI |
32
Bagus |
38
Marah |
61
Terkejut |
28
Sedih |
28
Lawak |
38
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
fish replied at 1-11-2016 10:43 AM
merkuri tu... mmg bahaya
kalau pecah/tertumpah mmg kena panggil bomba
kalau terdedah, boleh sesak ...
mongoose_kidz replied at 1-11-2016 01:07 PM
klau termometer biasa tu kecik je mercury dia...klau pecah memang setitik je kluar..tp mmg dia mcm l ...
caprut replied at 1-11-2016 01:13 PM
dkt klinik or hospital da dilarang pki termometer ni ngn bp manual. check bp pakai yg auto dan sta ...
mongoose_kidz replied at 1-11-2016 01:37 PM
aik..sejak bila pulak ye.
sbb klau kat wad kan kalau bp x ok mmg last2 dr akn request guna bp ma ...
ADVERTISEMENT