Wow! Nampaknya filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng yang bakal ditayangkan di Malaysia pada 24 November ini juga mendapat sambutan dari negara lain. Semakin lebar sayap filem animasi itu apabila filem terbarunya itu turut mendapat tempahan dari negara Asia Barat.
Menurut penerbit filem itu, Datuk Norman Abdul Halim, perbincangan sedang dijalankan dengan pengedar dari negara berkenaan. "Kita sebenarnya telah ada tempahan di negara Asia Barat untuk filem ini, namun itu semua masih dalam proses perbincangan bersama pengedar di sana. "Insya-Allah kita akan mendapatkan lagi lebih banyak pengedaran di negara-negara lain agar industri filem animasi tempatan akan mendapat perhatian penonton luar negara sekali gus setaraf karya antarabangsa," katanya kepada Astro Gempak.
Menurut Norman, tindakan ini adalah sejajar dengan saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mengharapkan industri animasi tempatan mampu memberi saingan sengit di peringkat antarabangsa sejajar dengan Transformasi Nasional 2050 (TN50). "Saya mengharapkan filem animasi Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng dapat diterima oleh semua peringkat usia dan lapisan masyarakat," tambahnya. Apa yang menarik tentang filem ini adalah barisan pelakonnya seperti Puteri Balqis, Awie, Sarah Ali, Gambit dan Remy Ishak. Bagi peminat filem itu terutama kanak-kanak, filem yang diadaptasi ke layar perak itu merealisasikan impian mereka untuk melihat cerita Upin dan Upin di alam nyata. Pasti peminat tegar filem animasi Upin & Ipin tidak sabar menunggu saat untuk menerjah pawagam pada 24 November! - CARI |
13
Bagus |
20
Marah |
16
Terkejut |
20
Sedih |
22
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sepitsiput replied at 3-11-2016 07:44 PM
asia barat as in turkey, syria, lebanon, yisrael, palestina?
ke timur temgah?
sepertiitu replied at 3-11-2016 09:57 PM
betul lah tu kak siput.. belah arab saudi sane tuh ha..
sepitsiput replied at 3-11-2016 10:05 PM
kalau arab saudi bukan ke timur tengah?
ADVERTISEMENT