Seperti yang 'dijanjikan' Gerakan atau Himpunan Baju Merah Versi 2.0 telah diadakan di hadapan pejabat portal berita Malaysiakini di Petaling Jaya. Himpunan yang diketuai oleh Datuk Seri Jamal Md Yunos, antara lain bertujuan menuntut penjelasan daripada Malaysiakini berhubung sumber kewangan mereka yang didakwa diperoleh daripada Open Society Foundation (OSF) yang dikaitkan dengan George Soros. Sebelumnya pada Khamis, Jamal dan 100 penyokongnya telah hadir ke pejabat Malaysiakini dan disambut mesra oleh Ketua Pengarangnya Steven Gan, RK Ana dan Jimadie Shah Othman. Jamal juga dikatakan berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan iaitu mereka menerima dana daripada OSF. Berikut merupakan butiran himpunan merah yang diadakan di hadapan pejabat Malaysiakini hari ini, memetik laporan portal tersebut: 1. Petang ini, kira-kira jam 2.00 petang peserta baju merah telah mula tiba di pejabat Malaysiakini dan memetik portal berkenaan kira-kira 700 orang peserta hadir dengan slogan Anti-BERSIH dan Anti-Malaysiakini. 2. Seorang peserta yang digelar Abang Hulk Hogan telah menarik perhatian media dan juga peserta lain di situ. 3. Jamal dilihat hadir pada lebih kurang jam 3.30 petang dan disambut dengan bunyi vuvuzela. Turut mengiringi beliau ialah Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwandin Hamzah. 4. Namun, para peserta tidak dapat mara ke pejabat Malaysiakini kerana terdapat penghadang besi yang menghalang dan diletakkan oleh pihak polis. 5. Jamal akhirnya memujuk dan mengarahkan semua peserta baju merah untuk bersurai lebih kurang jam 4.18 petang. Beliau kini dilaporkan sedang mengadakan sidang media. - CARI |
18
![]() Bagus |
21
![]() Marah |
19
![]() Terkejut |
19
![]() Sedih |
28
![]() Lawak |
10
![]() Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
dizzzek replied at 5-11-2016 07:46 AM
sian
demi duit rm30 petrol
OmJualGas replied at 5-11-2016 07:52 AM
Mereka ni sambut tahun baru cina ka?
GhostWalking replied at 5-11-2016 03:36 PM
Kemain dek non
hijrah8 replied at 5-11-2016 07:56 AM
Sian tengok org sabak bernam berdemo..
ADVERTISEMENT