"Berhenti adalah bagi mereka yang mudah mengalah." Penyanyi, Yuna atau nama sebenar Yunalis Mat Zara'ai menegaskan dia tidak akan menjadikan kemenangan Donald Trump dalam pemilihan Presiden Amerika Syarikat sebagai penghalang untuk terus membina kerjaya muzik di negara itu.
Berhubung statusnya di negara itu, Yuna menjawab pertanyaan peminat melalui akaun Twitter bahawa dia akan terus menyampaikan mesej positif menerusi muzik. "Sudah pasti saya akan meneruskan karier muzik di AS! Masih banyak muzik yang perlu dihasilkan dan mesej penting yang mesti disampaikan," katanya. Ekoran pilihan raya presiden AS 9 November lalu, peminat bimbang dengan keadaan Yuna di negara itu memandangkan Trump begitu prejudis terhadap Islam dan orang Islam. Selepas pengumuman kemenangan Trump, Yuna memuat naik status yang menegaskan dia akan terus bekerja keras dalam memupuk rasa cinta dan saling hormat-menghormati. "Nampaknya kita harus bekerja keras dalam memupuk rasa cinta, saling menghormati dan memahami di antara satu sama lain," katanya. "Saya akan pulang ke Malaysia atas urusan kerja dan keluarga. Tetapi ingat, pelajar Malaysia di sini (AS) perlu terus tinggal dan habiskan pengajian mereka. Kena jadi berani seperti mereka," jelasnya. Sama-samalah kita doakan kejayaan Yuna untuk menghasilkan muzik dan menyampaikan mesej penting kepada orang ramai dalam masa sama. - CARI
|
5
Bagus |
22
Marah |
9
Terkejut |
19
Sedih |
11
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CARI-MAL replied at 14-11-2016 10:02 AM
"Berhenti adalah bagi mereka yang mudah mengalah."
True-X replied at 14-11-2016 10:40 AM
Dalm hati yuna taw......Yuna kene kutuk dgn org malaysia lg teruk..
Orang US lg menhargai beliyau ...
Themilo replied at 14-11-2016 10:07 AM
pehal heshe nak royan? ada kena mengena ke?
ADVERTISEMENT