CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

[Kemaskini]: Mulai Tahun Depan, Caj Wad Kelas Pertama, Kedua Dinaikkan 25-50 Peratus

15-11-2016 09:51 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 9694| Komen: 96


Menurut laporan The Star, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Subramaniam telah mengesahkan dalam satu sidang media kelmarin, berikutan perkhidmatan yang ditawarkan oleh hospital kerajaan dan penambahan jumlah bilangan pesakit,kadar caj akan dinaikkan.


Kementerian Kesihatan akan menaikkan caj wad kelas pertama dan kelas kedua untuk hospital kerajaan bermula Januari tahun depan.

Dalam pada itu, menurut laporan terkini Nanyang Shiang Pau, kadar kenaikan terbaru yang dikeluarkan oleh kementerian kesihatan menunjukkan, kadar caj bagi wad kelas pertama meningkat sebanyak 50%. 

Manakala kadar caj bagi wad kelas kedua pula meningkat sebanyak 25%, tetapi kadar caj untuk wad kelas ketiga kekal sama tiada sebarang peningkatan.

Subramaniam menjelaskan, selama 30 tahun hospital kerajaan tidak pernah menaikkan bayarannya, biarpun kali ini kadar caj bagi wad kelas pertama dan kelas kedua dinaikkan, pihak kerajaan masih perlu menanggung jumlah subsidi yang tinggi juga. 


Akan tetapi, beliau berjanji kementerian kesihatan akan memastikan kualiti perkhidmatan hospital terus dipertingkatkan juga dari masa ke semasa sejajar dengan kenaikan kadar caj yang dilakukan.- CARI

sumber foto: https://www.sns.gov.pt/

11

Bagus
19

Marah
35

Terkejut
22

Sedih
25

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (125 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chekacheku 14-11-2016 07:10 AM
1982-pendapatan ala kadar

2016-pendapatan sekadar ala..

Quote roy3 14-11-2016 07:11 AM
Satu sumber di Kementerian Kesihatan memberitahu, antara alasan utama kenaikan tersebut dise-babkan caj rawatan di hospital kerajaan didakwa tidak pernah dinaikkan sejak tahun 1982.

Selain itu, kenaikan tersebut juga didakwa dibuat ekoran caj rawatan di hospital-hospital kerajaan masih rendah jika dibanding dengan negara-negara ASEAN lain.


Betul ke ini alasannya??knp aku mcm x prcaya?kenaikn rs aku berpunca drp kurg pruntukn bajet
Quote monyet_2015 14-11-2016 07:21 AM
Betul juga tu, tak kisah bayar lebih asalkan mendapat perkhidmatan yg lebih baik, doktor yg lebih baik, ubat yg lebih baik.
Quote TuntungReturn 14-11-2016 07:26 AM
org x bayar pun ramai. agak2 boring lari dri spital.
Quote mrsamz 14-11-2016 07:29 AM
Bagus aku sokong naikkan supaya rakyat bole hargai perkhidmatan kkm..tak silap caj dok kat wad sepital kerajaan dlm rm3-5 sehari..zmn skang caj mcm tu over sgt murahnya..

Kalau ada yg nak bash cakap..abis camne ngan  org yg betul2 susah xda pendapatan tetap...jgn risau di hosp kerajaan ada jabatan khidmat sosial yg bertanggungjawab jaga kebajikan pesakit2 tak mampu ni..setakat yg aku tau nasib merela terbela dan sgt2 dijaga.
Quote tomatome 14-11-2016 07:31 AM
Syukur takbirrr
Quote mirandanicky1 14-11-2016 07:48 AM
Hrp kadar bayaran setimpal dgn pkhidmatan
Quote fishcracker 14-11-2016 08:20 AM
bagusla begitu,
Quote sashabeepg 14-11-2016 08:31 AM
Vavi la semua nak naik ::
Quote Manjahati 14-11-2016 08:35 AM
Semua nk naik.. Kasihanilah
Quote ms_silky 14-11-2016 09:17 AM
Last week silky admitted kat putrajaya. 2 hari je... next day dah disharged. Admitted sbb nak monitor darah tggi. Xde pun masuk air ke darah ke... just checked BP. Kne rm200.
Tp bilik yg sepatutnye 4 org je diorg tambah lg 2 katil jd 6 org. Katanye 1st class...
Quote SWORKS27 14-11-2016 09:54 AM
setuju je...untuk kebaikan mutu perkhidmatan perubatan..apa salahnya...
setakat beli2 barang online boleh aje..
nih sekali sekala masuk hospital dah memekak...
kalau yg betul2 susah tu...hospital kekalkan rate lama...
baru pening sikit hospital nak buat saringan...baru la bertambah kerja sesuai dengan kenaikan caj hospital..
Quote gujiwa 14-11-2016 09:56 AM
ok la tu... 3rd class still maintain.. kebanyakan yang amik second class or first class sbb GLkan?

Quote prettyuglybabe 14-11-2016 10:02 AM
so betul la kata bam dodol selama ni ye yang budget dah kurang?
Quote True-X 14-11-2016 10:03 AM
Alaa.. yg banyaknbunyi pasal naik rege ni bukan pengguna tegar spital gomen...

Aku pengguna tegar spital gomen... dr nenek aku..sampai mak aku.. arwah ayah.. sampai beranakkan anak aku... aku g spital gomen...

Bayaran spital gomen selalu buat aku terkejut..   haramjadah murah
Quote din_atos 14-11-2016 10:06 AM
Kesan TTPA da mula terasa
Quote aechae 14-11-2016 10:08 AM
True-X replied at 14-11-2016 10:03 AM
Alaa.. yg banyaknbunyi pasal naik rege ni bukan pengguna tegar spital gomen...

Aku pengguna tegar ...

Murah tu mmg x logik utk zaman skang kan sis...klu utk zaman 90an bleh lah caj murah gtu... so mmg patut lah naik utk keselesaan jugak...

Yg merungut byk tu ntah2 sakit pn cek in private
Quote ifanonline 14-11-2016 10:11 AM
True-X replied at 14-11-2016 10:03 AM
Alaa.. yg banyaknbunyi pasal naik rege ni bukan pengguna tegar spital gomen...

Aku pengguna tegar ...

tak baik ko kata haramjadah...sepatutnya ucap 'alhamdulilah, murah bayarannya..'

ini lah tanda2 rakyat yg tidak bersyukur...
Quote saladin780 14-11-2016 10:11 AM
aechae replied at 14-11-2016 10:08 AM
Murah tu mmg x logik utk zaman skang kan sis...klu utk zaman 90an bleh lah caj murah gtu... so mmg ...

ya ke..ntah2 x penah jejak spital pon..telan pamoga je..1001 penawar katanya

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.054642 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top