Kementerian Pendidikan meminta pihak berkuasa agar melakukan siasatan segera dan terperinci berhubung dakwaan sebuah akhbar berbahasa Cina kononnya terdapat sindiket yang menjual soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016.
Memetik laporan Bernama, Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, laporan polis telah dibuat oleh Lembaga Peperiksaan kelmarin bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan pihak berwajib. Tegas beliau, pihak kementerian memandang serius dakwaan tersebut dan sekiranya terbukti laporan itu adalah palsu, kementerian tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar berkenaan. Pada Ahad, akhbar China Press menyiarkan sebuah artikel yang mendakwa penglibatan sindiket penjualan soalan SPM 2016 itu turut didalangi pegawai tinggi dari KPM sendiri. Terdahulu pada Rabu lalu, Kementerian Pendidikan menafikan berlakunya kebocoran kertas peperiksaan Sejarah Kertas 1 dan 2 seperti yang disebarkan dan viral melalui media sosial.- CARI
|
19
Bagus |
16
Marah |
9
Terkejut |
21
Sedih |
25
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT