CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Anak Murid Bukan Orang Gaji Disuruh Padamkan Papan Hitam"

15-11-2016 06:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 13178| Komen: 53|Original author: Oleh: Adib Za


Jika sebelum ini, heboh diperkatakan tentang ibu bapa memberi komen dan tidak berpuas hati melihat pelajar didenda duduk atas jalan tar. 


Kisah terbaharu ini juga apa kurangnya. Seorang netizen berkongsi kisah menerusi laman Cikgu Share bagaimana kehidupan seorang guru dan pensyarah pada zaman ini begitu berbeza.

Berbeza kerana sikap pelajar itu sendiri dan juga bagaimana ibu bapa dilihat begitu sensitif bila anak mereka disentuh. Kisah yang satu ini memperlihatkan bagaimana seorang guru ditegur memperhambakan anak murid bila meminta pelajar itu memadam papan hitam.

Adakah ia satu perkara yang boleh diterima logik akal? Baca perkongsian tersebut:

Sekadar gambar hiasan. Sumber: Carian google


Sebuah lagi kisah, seorang rakan saya yang bertugas di sebuah sekolah (bukan sekolah saya) menceritakan bagaimana dia ditegur kerana menyuruh anak didiknya memadam papan hitam. Ditegur supaya tidak menyuruh anak muridnya lagi melakukan sedemikian. Anak didik bukanlah orang gaji. Anak didik bukanlah orang suruhan. Anak didik adalah pelanggan kita.

Sejak itu, menjadi titik noktah. Dia serik.

Tentu tuan pernah menonton video yang viral bagaimana sekolah di Jepun yang mana anak didik yang menyapu lantai dan membersihkan kelas mereka. Jepun negara maju kot!

Ini sebuah cerita di sekolah jiran, yang pada suatu hari seorang guru lelaki menegur seorang anak didiknya tentang disiplin. Menegur sahaja bukan menghukum atau mendenda malah bercakap pun dengan nada yang biasa.

Selepas itu, satu bahagian kereta guru itu dikopak, digores dan dicalar teruk. Guru itu menemui kembali anak didiknya itu.

“Kalau saya tahu awak mahu berbuat sesuatu dengan kereta saya, baik saya berikan awak terus duit daripada poket saya. Ambillah duit saya sekarang.”

Satu sindiran tentang bagaimana guru sudah tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Kerana mengikut undang-undang, guru-guru tidak dibenarkan mengenakan hukuman ataupun denda kepada pelajar. Jika mengenakan hukuman fizikal, guru akan dipertanggungjawabkan. Jika guru menegur, maka semua kereta habis digores satu demi satu. Maka, apakan daya zaman sudah berubah.

Maka, beralihlah mereka ke alam dewasa di IPT dengan keluhan rakan saya yang bertugas selaku pensyarah itu. Rakan saya itu sungguh terkejut menerima whatsapp yang bertanya:

“Tuan datang tak kelas pagi ini ?”

Sedangkan kita dahulu, menunggu 10 hingga 15 minit selepas jam 8 pagi. Ternanti-nanti jika pensyarah itu datang atau kelas dibatalkan sebaliknya tanpa diberitahu.

Jika dahulu, tidak hadir berhari-hari ke sekolah maka datanglah seorang guru yang menanyakan kisah mengapa tidak hadir.

Namun, zaman sekarang, guru datang menanyakan sudah berminggu-minggu tidak hadir. Datang menjemput anak didik ke sekolah dengan motor yang dibawa guru tersebut.

Esoknya, anak didik itu tidak datang juga. Lusanya tidak datang lagi. Guru itu datang lagi sekali.

Ayahnya yang melengkar lagi belum bangun dari tidur, terpisat-pisat selamba menjawab.

“La, saya ingatkan cikgu nak ambil anak saya hari-hari lepas ini”

“Cikgu, kalau nak anak saya datang awal sangat, cikgu buatlah asrama di sekolah itu ya”

Begitulah antara yang peristiwa yang hadir menjengah dalam minda saya apabila menceritakan tentang zaman sudah berubah. Klise sungguh apabila mereka menggunakan frasa sebegitu.




Zaman sudah berubah, cikgu

Zaman tuan-tuan belajar dahulu bagaimana ya? Pernah atau tidak dirotan, dijemur, ketuk ketampi atau apa sahaja yang tidak boleh dilakukan sekarang. Apatah lagi duduk di atas lantai tar? Zaman kita-kita dahulukan. Saya pun pernah ditampar oleh ayah saya sendiri yang juga ustaz di sekolah saya di sekolah rendah dahulu.

Oh ya, satu hari saya pernah menghadiri sebuah bengkel di sekolah berasrama penuh di selatan daerah saya. Ya, sekolah berprestasi tinggi. Sedang saya memarkir kereta saya, saya melihat sekumpulan anak-anak didik bertuah ini sedang berjalan itik di atas padang sambil diperhatikan gurunya. Tangan di belakang. Turut perintah sungguh. Untuk pengetahuan, cikgu itu guru wanita. Harus menuntut ilmulah daripadanya.

Ya, kenangan yang amat dekat di hati. Zaman saya didenda sebegitu. Tersenyum saya melihatnya. Mendengar kata sungguh anak-anak didik itu akan hukuman itu. Dan, begitu beraninya dan tegarnya guru itu. Tak takutkah dipersoalkan kredibiliti hukuman sebegitu?. Kalaulah saya gemarkan memviralkan sesuatu dan suka dengkikan orang lain, saya akan ambil video kejadian itu dan sebar luaskan. Saya akan buat caption paling win.

“Guru denda pelajar sehingga pengsan. Tidak dibenarkan makan. Berjalan itik sehingga lewat petang”

Sudah tentu ayat itu tidak sekemas ayat saya dengan singkatan perkataan yang disukai orang sekarang.

Namun, saya tidak melakukannya kerana saya seorang guru. Hanya guru yang memahami dunia seorang guru. Cabaran dan getir hidup dijalani menjadi seorang guru mendidik yang zamannya sudah jauh berubah sama sekali. Sekalipun yang dilakukan itu sebenarnya untuk niat apa sebenarnya. - CARI 

Foto: Carian google

21

Bagus
14

Marah
12

Terkejut
10

Sedih
17

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (97 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missinpiece 15-11-2016 06:34 PM
Bkn kt skolah je.. Kt tempat kerja pon dh xde budaya menghormati @ memuliakan sesama insan
Quote Artemesiaa 15-11-2016 06:42 PM
Sebab tu ramai yang dah hilang rasa hormat dan kurang disiplin sekarangn ni
Quote pearl.silver 15-11-2016 07:24 PM
Abes tu skarang sapa yg sapu lantai dlm kelas?
Dulu2 kena ada duty roster
Skang, cikgu kelas kne dtg awal sapu lantai ke?
Quote harkktuih 15-11-2016 07:43 PM
Mak bapak jenis gini helok dilanggar lori je.
Quote q@2a 15-11-2016 07:53 PM
Rindunya nk sekolah blk...
Nk dtg awl sekolh, nk susun meja n kerusi..paling xsuka sapu sampah
Quote fishcracker 15-11-2016 07:54 PM
tak tau nak kata apa...
Quote WajibulGhunah 15-11-2016 08:01 PM
pearl.silver replied at 15-11-2016 07:24 PM
Abes tu skarang sapa yg sapu lantai dlm kelas?
Dulu2 kena ada duty roster
Skang, cikgu kelas kne d ...

Kann!! Duty roster

Lgpun balas la jaga cikgu tu atleast tolong padamkn papan putih
Mcm iols dan classmates tanpa disuruh lect g serah diri padamkn papan putih

Berkat tu penting walaupun cikgu2 tu muda prangai jahanam skalipun
Quote batman_2007 15-11-2016 08:04 PM
Sapa yg tinggi mesti kena sapu papam hitam.
Quote adelea 15-11-2016 08:13 PM
missinpiece replied at 15-11-2016 06:34 PM
Bkn kt skolah je.. Kt tempat kerja pon dh xde budaya menghormati @ memuliakan sesama insan

That is so right .. kawan aku siap ckp, apasal aku skema rama. Sbb stp kali klu p kat table sapa2 aku mesti greet how are you or paling kurang hello gud morning/ afternoon lepas tu baru aku tanya bende yg aku nak tanya ..

Dia kata wpun dia jenis ckp lmbut, dia x pernah greet or say hello before ask people.

GEN Y mmg macam tu. X berapa tahu respect colleague. Kdg2 greet tu boleh change peoplw expression. Especially klu mood or tak baik. Kita boleh blend dgn question yg kita nak tanya..

Xde la org tu pressure..

Quote mommymonster82 15-11-2016 08:16 PM
Konon kan bangsa malaysia ni beradab sopan berbudi bahasa..
Quote missinpiece 15-11-2016 08:22 PM
Parents ni kdg2 kita dah cuba sehabis baik dah mendidik anak dieorg. Ade je benda x kena
Quote SalenaGomez 15-11-2016 08:26 PM
WajibulGhunah replied at 15-11-2016 08:01 PM
Kann!! Duty roster

Lgpun balas la jaga cikgu tu atleast tolong padamkn papan putih

Skrg ade pekerja yg akan sapu dr kelas ke kelas
Quote SalenaGomez 15-11-2016 08:27 PM
pearl.silver replied at 15-11-2016 07:24 PM
Abes tu skarang sapa yg sapu lantai dlm kelas?
Dulu2 kena ada duty roster
Skang, cikgu kelas kne d ...

Time kita dulu jgn kata padam papan hitam, berebut nk tolong cikgu bawak kan buku ke bilik guru lagi...glamer ooo..sbb jd org kanan cikgu
Tp laa ni senangnlagi ..sbb pakai white board..manja nau bebudak skrg..kita dulu berabuk2 baju...tp enjoy je tolong cikgu
Quote umbut 15-11-2016 08:31 PM
Dulu sekolah, ada duty roaster.. pagi sebelum cikgu masuk, papan hitam dah bersih.. tarikh dan haribulan pun dah siap2 tulis. Habis, takkan cikgu yg masuk kena bersihkan. Nasib aku tak jadi cikgu, boleh sakit jantung dgn perangai budak 2 sekarang. Gasak
Quote imransulaiman 15-11-2016 08:46 PM
Dulu..., sekolah menengah saya atas bukit lebih kurang. Kalau subjek pj, kena lalu tangga yang berpuluh anak untuk ke padang. Saya kena denda turun naik tangga tu sebab tak siap nota Perdagangan! Huhuhu!
Kalau turun naik normal tu boleh tahan lagi. Ini jalan itik! Uwaaaaa!

Tapi alhamdulillah itu jadi antara kenangan terindah. Tak dendam apa pun dengan cikgu tu.
Quote LautBiru52 15-11-2016 08:54 PM
Rugi la budak2 zaman skrg ni..kite dulu kemain berebut la tlg cikgu..rase bangga bukan kepalang dpt bwk beg cikgu..
Quote manganini 15-11-2016 08:56 PM
LautBiru52 replied at 15-11-2016 08:54 PM
Rugi la budak2 zaman skrg ni..kite dulu kemain berebut la tlg cikgu..rase bangga bukan kepalang dpt  ...

haha betul betul betul..
Quote manganini 15-11-2016 08:58 PM
nampaknya sekarang ni sekolah hanya tempat belajar akademik sahaja.. bukan tempat belajar nilai2 moral, nilai2 kehidupan.. kesiannya
Quote garyura 15-11-2016 09:02 PM
Ini jenis2 mak ayah yg manjakan anak ni...tak beri peluang anak untuk berdikari....mngkin jenis yg senang ada maid kot....

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.055968 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top