CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MRT Mula Beroperasi 16 Disember, Tambang Serendah RM1 Sahaja

16-11-2016 10:18 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7913| Komen: 75


Perkhidmatan MRT akhirnya secara rasmi diumumkan akan mula beroperasi bulan depan dan difahamkan kadar tambang serendah hanya RM1 sahaja.


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd,  Dato’ Ir. Zohari Sulaiman memaklumkan, prkhidmatan MRT secara rasmi mula beroperasi pada 16 Disember, tetapi setakat ini hanya Fasa pertama untuk Laluan MRT SBK dijangka beroperasi yang meliputi 12 stesen iaitu dari Sungai Buloh ke Semantan.

Manakala Fasa kedua Laluan MRT SBK, meliputi baki 19 stesen iaitu dari Semantan ke Kajang, dijadualkan beroperasi pada pertengahan Julai tahun depan.

Tambah Zohari, perjalanan MRT sejauh 51 kilometer dan melalui 31 stesen, tambang maksima adalah RM6.40 berdasarkan kepada struktur tambang tunai, dan RM5.50 berdasarkan tambang tanpa tunai.

Tambang paling rendah untuk perjalanan satu hentian mengikut struktur tambang tunai pula adalah RM1.10 dan untuk tambang tanpa tunai pula hanya RM1. Itu adalah tambang antara stesen Pasar Seni dan Merdeka.


Oleh kerana Fasa 1 laluan MRT SBK akan beroperasi secara sendirian, tanpa integrasi dengan rangkaian LRT dan monorel sekarang, jadi Dato Zohari mengingatkan para pengguna MRT hanya boleh menggunakan token tunai ataupun Kad Touch n’ Go sahaja sebagai tambang untuk menaiki MRT. 

Seperti yang diamalkan untuk perkhidmatan LRT, monorel, dan bas Rapid KL, terdapat juga diskaun 50 peratus kadar tambang untuk warga emas, pelajar dan golongan orang kurang upaya (OKU) yang menggunakan perkhidmatan MRT dan bas pengantara MRT.

Bagi kanak-kanak dibawah umur tujuh tahun adalah percuma menggunakan perkhidmatan MRT dan bas pengantara MRT.

Untuk mengetahui lebih maklumat mengenai struktur tambang MRT boleh layari laman rasmi Rapid KL iaitu www.myrapid.com.my. - CARI

sumber foto: http://cdn.lelongtips.com.my/

20

Bagus
24

Marah
25

Terkejut
22

Sedih
36

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (155 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Shashashamsudin 16-11-2016 11:16 AM
kat mana ea boleh tengok laluan dia?
Quote umbut 16-11-2016 11:54 AM
Indon baca ni mesti jealous
Quote -electrifying- 16-11-2016 12:22 PM
syukur serendah rm1
Quote kukulangau 16-11-2016 12:23 PM

harap2 bukan time trial je bagi singgit
lepas tu ko charge 8hengget
Quote -electrifying- 16-11-2016 12:24 PM
kukulangau replied at 16-11-2016 12:23 PM
harap2 bukan time trial je bagi singgit
lepas tu ko charge 8hengget

no komen sis... mcm kite xtaw perangai dorg mcm mne kan...
always prepare for the worst
Quote Acik.Kepam 16-11-2016 12:29 PM
kukulangau replied at 16-11-2016 12:23 PM
harap2 bukan time trial je bagi singgit
lepas tu ko charge 8hengget

itu harga minimum, bukan flat rate RM1 tambang sister.nanti tengok tmabang ada lebih RM1 acik acik kepam bimbo menggelupor salah kan rosmah najib pelbagai padahal diri sendiri pun bimbo tak faham konsep.



Quote jejaka00 16-11-2016 12:33 PM
kukulangau replied at 16-11-2016 04:23 AM
harap2 bukan time trial je bagi singgit
lepas tu ko charge 8hengget

of coz lar trial aje .... tengok tahun depan canek
Quote Artemesiaa 16-11-2016 12:45 PM
Ala cam tak biasa memula je singgit lepas tu naik berhinggit
Quote cmf_conan 16-11-2016 12:50 PM
tambang serendah RM1.. me baca.. tambang paling rendah RM1..
lrt/komuter tambang paling rendah berapa sekarang?
Quote kukulangau 16-11-2016 01:09 PM
Acik.Kepam replied at 16-11-2016 12:29 PM
itu harga minimum, bukan flat rate RM1 tambang sister.nanti tengok tmabang ada lebih RM1 acik acik ...

hehehe maksud aku pun begitu lahjangan canang je min singgit pastu lepas trial min nye saja dah 5.90
Quote Acik.Kepam 16-11-2016 01:12 PM
kukulangau replied at 16-11-2016 01:09 PM
hehehe maksud aku pun begitu lahjangan canang je min singgit pastu lepas trial min nye saja dah 5. ...

acik rasa minimum fare lrt sekarang RM10 kah?
so apa basis untuk berlebihan dalam prasangka buruk??
Quote kukulangau 16-11-2016 01:13 PM
jejaka00 replied at 16-11-2016 12:33 PM
of coz lar trial aje .... tengok tahun depan canek

ye lah nanti mesti keluar tambang di negara kita murah sekali compared to negara luar



Quote kukulangau 16-11-2016 01:22 PM
Acik.Kepam replied at 16-11-2016 01:12 PM
acik rasa minimum fare lrt sekarang RM10 kah?
so apa basis untuk berlebihan dalam prasangka bu ...

maksud akakkk jgn gula2kan sangat masa nak intro tu kalau sudahnya nanti akan naik tinggi jugek
Quote supernaturalee 16-11-2016 01:34 PM
baru2 bg lah free

Quote supernaturalee 16-11-2016 01:35 PM
brapa bnyk nyawa tlh terkorban ye
dlm proses pembinaan

Quote MH3703 16-11-2016 01:40 PM
tambang tanpa tunai tu means yg guna season card ke? kalu gitu,kira murah jugak lah ekk..nak cuba try test tgklah naik sekali..walaupun den tak naik transporttaion2 ni...
Quote InVendeTTa 16-11-2016 01:45 PM
x relevan bagi aku psl xde mrt tp kita tgok tahap berjaya dak mrt ni kurangkan jem area damansara,pj sna..iolss saspek sama jek psl malaysian jakun nak drive n malas nak berdiri. hagak sejak puchong lrt3 tu start,dah x jem ke pucong tu? u b the judge la ek
Quote sambaldurian 16-11-2016 01:51 PM
cmf_conan replied at 16-11-2016 12:50 PM
tambang serendah RM1.. me baca.. tambang paling rendah RM1..
lrt/komuter tambang paling rendah bera ...

Rs nye klu lrt satu stesen rm0.70 kot guna tng
Quote ipin 16-11-2016 02:19 PM
lrt satu stesen rm1.10

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.059828 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top