Serius tempat yang sangat 'best' bila sebuah kafe di Rawang menggabungkan sekali tempat makan dengan 'port' menggunting rambut serta ada seksyen khas untuk peminat 'vape'.
Pelbagai menu hebat yang kebanyakannya adalah sajian ala Barat ditawarkan di sini antaranya, Macaroni Fries, Spaghetti Bolognese, Fettuchine Carbonara, Chicken Chop dan Meat Ball Harmony. Harmony Zone Cafe ini juga mempunyai keunikannnya yang tersendiri iaitu satu-satunya kafe yang menawarkan "Air Tower" iaitu air minuman yang diisi dalam bekas yang sangat tinggi. Pelanggan boleh memilih sendiri perisa minuman apa yang anda gemari untuk "Air Tower" yang boleh dikongsi dengan lebih 5 orang! Ada juga ditawarkan pelbagai barangan 'vape', khidmat menggunting rambut professional untuk kanak-kanak dan orang dewasa selain menjual barangan penjagaan rambut seperti pomade. Suasana yang nyaman dan hiasan kafe yang menarik membuatkan ramai pelanggan yang pernah datang mencuba untuk datang lagi ke sini buat kali kedua. Apa tunggu lagi, jom serbu Harmony Zone Cafe di alamat: 12A, Jalan Tun Teja 1, Taman Tun Teja Rawang, Selangor Waktu perniagaan: Selasa-Ahad (12pm-12am) Sabtu (12pm-1am) Jumaat (3pm-1am) Tutup:Setiap Isnin Nombor Telefon: Harmony Zone HQ - 0360900553 Acai - 0183958848 Jidinz - 0125242484 Azim - 0126177324 Lepas ni bolehlah cuba habiskan masa melepak dan bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan di sini, anda pula bagaimana? -CARI
|
26
Bagus |
17
Marah |
21
Terkejut |
11
Sedih |
16
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT