Ewah, ewah! Habis madu, sepah dibuang. Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki apabila insan yang disangka kekasih pujaan hati mengkhianati kepercayaan diberi.
Lebih sadis, wanita itu turut menghina dan mengherdik lelaki berkenaan hanya kerana dia tidak sekaya kekasih barunya. Setelah sekian lama tidak berhubung, lelaki itu meminta penjelasan daripada kekasihnya yang berselingkuh. Namun, alasan diberikan wanita itu sungguh mengguris hati. Mesejnya dibalas penuh dengan cacian dan penghinaan. Dengan angkuh dan bongkak, wanita itu akui sudah bertemu kekasih lain yang jauh lebih kaya dan bergaya, malah mampu memberi wang hantaran berjumlah RM 14, 000.
Kisah ini sebenarnya diolah semula daripada pengalaman sebenar yang dialami Admin di sebuah laman sosial di Facebook, iaitu Raksasa. Admin FB itu bertindak menulis semula perbualan di aplikasi WhatsApp kerana tidak mahu membuka aib sesiapa dengan memviralkan cerita orang lain. Perkongsian kisah itu mendapat perhatian ramai netizen yang turut bersimpati dengan nasib lelaki itu, malah ada juga yang berkongsi kejadian sama menimpa mereka. Kepada lelaki di luar sana yang mengalami pengalaman seperti ini, diharap bersabar dan teruskan perjuangan hidup anda! - CARI
|
18
Bagus |
12
Marah |
22
Terkejut |
28
Sedih |
12
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sabar_sabariah replied at 18-11-2016 01:06 PM
dia kata pengalaman sendiri
tapi dia olah dialog tu biar namapk drama lebih..
ekkk??
ADVERTISEMENT