Perjuangan pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying dan Tan Kian Meng/Lai Pei Jing dalam saingan badminton Siri Super Terbuka Hong Kong, berakhir pada pusingan pertama semalam.
Memetik laporan Utusan Malaysia, Peng Soon/Liu Ying yang turun sebagai pilihan keempat kejohanan mudah dijinakkan pasangan beregu daripada Korea Selatan, Yoo Yeon Seong/Chang Ye Na 12-21, 11-21 dalam pertarungan selama 37 minit. Kekalahan tersebut merupakan kekalahan pertama Peng Soon/Liu Ying di tangan pasangan Korea Selatan itu selepas mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut pada pertemuan sebelum ini. Dalam satu lagi perlawanan menyaksikan Kian Meng/Pei Jing terpaksa akur kepada pasangan Yugo Kobayashi/Misaki Matsutomo dari Jepun apabila tewas 16-21, 18-21 dalam aksi selama 34 minit. Sementara itu, Ong Yew Sin/Teo Ee Yi meneruskan perjuangan ke undian utama beregu lelaki bersama-sama Goh V Shem/Tan Wee Kiong, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong dan Lim Khim Wah/Ong Jian Guo. - CARI
|
32
Bagus |
31
Marah |
40
Terkejut |
35
Sedih |
32
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT