CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Geram Nora Difitnah: Johan Nawawi Bakal Buat Laporan Polis

24-11-2016 10:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 23253| Komen: 166|Original author: Oleh: Myra Rozi

Sumber Foto: IG Johan Nawawi

Isu dan kontroversi yang melanda peserta Gegar Vaganza 3, Nora Ariffin sebelum ini nampaknya menjadi semakin serius apabila suami penyanyi ini, Johan Nawawi sudah mula masuk campur.

Johan yang juga seorang komposer bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pengguna laman sosial yang memfitnah dirinya dan isteri.

Dia juga sudah mendapatkan nasihat daripada bahagian siasatan jenayah siber Polis Diraja Malaysia Bukit Aman berhubung perkara itu.

Sumber Foto: IG Johan Nawawi

"Saya sudah membuat beberapa paparan skrin akaun pengguna laman sosial beserta komen mereka yang memfitnah saya dan keluarga. Bagi saya perkara itu mengganggu ketenteraman kami sekeluarga," katanya kepada Harian Metro.

Walaupun sebelum ini dia hanya mendiamkan diri, namun perkara ini sudah melampaui batasan sehingga menjadi fitnah dan dia tidak akan teragak-agak lagi untuk membuat laporan polis.

Sebelum ini, Nora telah menukar lagu genre dangdut kepada rock dan segelintir pihak bertambah marah apabila Nora diberikan tugasan menyanyikan lagu sendiri berjudul Sandiwara.

Sumber Foto: IG Johan Nawawi
"Kenapa perlu menuduh saya membayar pihak Astro agar isteri saya mendapat lagu yang sesuai dengannya? Tak ada sebab saya nak berbuat sedemikian. Lebih teruk apabila ada komen mengatakan isteri saya mempunyai hubungan sulit dengan VIP. Semua itu mengarut," katanya.

Johan juga telah memuat naik status di laman Instagramnya tentang sikap segelintir netizen bersikap kurang ajar dan menyelar tindakan mereka yang seolah-olah tidak sensitif dengan isu sebegini.

Sumber Foto: IG Johan Nawawi
Kasihan Nora dan sekeluarga. Diharap isu ini dapat diselesaikan dengan sebaiknya, ya? -CARI
13

Bagus
18

Marah
9

Terkejut
7

Sedih
10

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (77 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mawar_Helena 24-11-2016 10:44 AM
Emm..no comment
Quote framecermin 24-11-2016 10:47 AM
Tak minat Nora... Dia tak de aura utk jadi juara.
Quote bini_fl 24-11-2016 10:50 AM
yg ni apa pulak..dah ada la kat thread sebelum ni..wartawan cari xpyh la buat semak lg..
Quote bambimo 24-11-2016 10:54 AM
Lebih teruk apabila ada komen mengatakan isteri saya mempunyai hubungan sulit dengan VIP. Semua itu mengarut


x agak2  la org yang menfitnah....VIP pun ada taste hokaayyyy..baik la dia try kak lina pompom

Quote putehkundor 24-11-2016 10:56 AM
Fetish mak2 sangat VIP tu
Quote Daisyna 24-11-2016 10:57 AM
nexttt,tak pernah minat langsung dgn dia...better liza hanim dari dia ni
Quote sukacactus 24-11-2016 10:57 AM
Sampai camtu teruk kena fitnah, mmg patut report la pun
Aku pun bkn peminat nora tp nak buat citer tu agak2 la
Quote jerut_dlur 24-11-2016 11:01 AM
Hubungan sulit dengan VIP ni more of a compliment than an insult
Quote edoraixora 24-11-2016 11:05 AM
untung lar orang ade laki nk bekap

kak lina pompom xde laki, hadap lar sesorang umpatkeji netizen
Quote Duta lover 24-11-2016 11:06 AM
So nora minggu ni nyanyo sambil pakai tudung menutup aib ke. Hew2. Malu gle nk perform
Quote FARRAZOOL 24-11-2016 11:27 AM
Laki kpd retis sendu yg kaki sentap
Quote aldilla_zahraa 24-11-2016 11:30 AM
sedih betul laki bini sendu ni
kat luar sana beratus juta orang kena kutuk bagai, kau ingat polis ada masa layan kau? banyak lg penyamun yang polis kena kejar kat luar sana
Quote masdiana-ana 24-11-2016 11:45 AM
betul kot..iols baca komen2 netizen kt fb...melampau kot komen seorg2.. too muchlah.. forummer cari pun sama juga..mcm iols pun x suka kak lina ..tapi ada forummer siap komen lg kak lina nie saikolah..split identitilah..  agaklah nk kritik.. hiburan jer pun.. nk kritik nora diva ke suara hauk ke..x kisahlah.. nie sampai luar dalam ko nk kritik .. mestilah johan bengang.. yg korang kutuk tue bini dia..

Quote haryatie 24-11-2016 11:55 AM
sentapppp...
tp melampaunya smpai fitnah tahap tu..
maruah org tuuu..
Quote bottombikini 24-11-2016 12:00 PM
laki bini drama king queen....deserved each other kekdahnye
Quote zamzam 24-11-2016 12:01 PM
cantiknya nora..
Quote pinky_amoi 24-11-2016 12:02 PM

Quote MsKathryn 24-11-2016 12:55 PM
1st pic tu dh x nmpk leher si johan
Quote fazila17 24-11-2016 01:32 PM
So by now dah buat report polis ke?

Suruh la bini ko tarik diri je johan

pas tu simpan je dia kat rumah

Tak habis2 nak buat kecoh dari dulu

Negative vibe sungguh

Lihat semua komen(166)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.078273 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top